Acara Broga


Selain beracara tabur, aku selalu jugak pegi trekking ke bukit broga. Broga ni taklah setinggi tabur dan trek dia pon simple dan straight forward je. Kalau dari KL nak ke sini, drive ke Kajang (kalau ikut plus highway lagi senang, kemudian masuk ke Kajang Silk H/way head to Semenyih. Dari pekan Semenyih, terus saja sampai jumpa junction petronas di sebelah kanan, belok ke kiri. Terus melepasi satu kolej swasta, dlm 6-8km for sure ada kereta bnyk² parking tepi jalan haa tula jalan masuk ke broga. Kalau nak parking dlm ladang kelapa sawit tu, tuan tanah kenakan bayaran RM2, kalau nak free, parking jela tepi jln tu kalau ada tmpt kosong lagi. Jangan terkejut dengan betapa ramainya homo sapient yg bertandang ke Broga ni. Utk mengelakkan org ramai, boleh la start trekking awal pagi selepas subuh (org tak smpai lagi & boleh layan sunrise), ataupun ketika matahari hampir tegak atas kepala (org dah balik). Or else, pegi waktu petang dan boleh layan sunset juga.

 Tgk betapa ramainya manusia kat Broga, mcm ada pesta gamaknya

Untuk 15-20 minit yg pertama akan melalui ladang kelapa sawit, kebun² dan belukar². ½ jam kemudian, akan ternampaklah puncak broga yang pertama (daripada total 3 puncak) yang hampir² botak dek kerana terlalu ramai org melaluinya. Hati² ye kerana jalannya sgt curam dan licin terutamanya musim hujan. Bagi org² gayat mcm aku tak payah la jenguk² kebelakang masa naik, tak naik karang sangkutla kat tgh tu takut nak gerak huhu.. tips masa turun plak, jgn pandang ke depan, pandang jek kaki sendiri mana nak langkah :P

 Ini pemandangan dari puncak kedua ke puncak pertama
 Ini pemandangan dari puncak pertama ke puncak kedua
(ye, manusia berbaju biru itu saya :P)
Ini pemandangan dari puncak kedua ke puncak ketiga dan ini jalan turun dari puncak pertama lihat betapa botak dan licin tanah itu

Dari puncak pertama ke puncak kedua boleh la berlarian ala² cerita Hindustan gitu. Puncak broga indah dgn bunga lalang yg menutupi bumi. Dari puncak kedua ke puncak ketiga trekking kembali curam seperti nak naik puncak pertama td. Paling seksa nak turun sbb trek licin so kebanyakkan org amek jalan mudah nak turun slide atas lalang, ada gak la yg tunggang terbalik, huhu aku tak sanggup! Dari satu puncak ke satu puncak, cuma mengambil masa 5-10 minit je tp aku boleh amek lebih dari tu sibuk dok amek gambar bagai. Pemandangan dari tmpt tinggi seperti biasa mmg superb sampai ada kawan aku tgk gambar broga dia ingatkan kat oversea mana.

 Acara pagi yang indah dgn kawan versi blue sky, golden grass
~ langit itu original biru, wawi sungguh2 tak percaya

Ini pulak, acara mengheret ain naik bukit :P
(yess!! akhirnya berjaya setelah bertahun mencuba, hee..  )

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum