Showing posts with label Border Crossing. Show all posts
Showing posts with label Border Crossing. Show all posts

Kunming to Hanoi Overland : Sapa

Assalamualaikum..

**Maaf atas semua komen tidak berbalas, ada sedikit kesilapan teknikal yang rasanya melibatkan google+ semua komen untuk post Sapa dan selepasnya tidak kelihatan & tak sure macam mana nak retrieve balik. Tapi sekarang rasanya dah boleh komen seperti biasa** Maaf juga dah berkurun tak buat entry :)

Anyway, mari sambung cerita yang lepas

Masih hari yang sama, 30 Januari 2013. Eh, kejap je dah nak masuk 2015 ni :p Nak masuk 2 tahun dah ni.. huhuhu. Banyaknya entry beraturrrrr  x__x

Barulah fikiran tenang sambil menikmati kopi. Kami menggunakan sebaiknya wifi percuma dari kedai kopi tu mem-browse through available guesthouse. Siap pinjam telefon tuan kedai nak booking. Tapi disebabkan masalah bahasa, tiada booking yang dibuat. Kami pasrah meredah saja. Selesai minum kami ke stesyen bas/keretapi Sapa. Dalam 5minit dengan teksi. Selepas mendapatkan van untuk ke Sapa kami ke kaunter tiket keretapi pula untuk tiket ke Hanoi. Akan tetapi di sebabkan waktu itu adalah sekitar Chinese New Year (tak ingat orang Vietnam panggil sambutan apa) tiket keretapi telah habis dijual, yang tinggal hanya tiket esecutive dan harganya boleh buat pergi vietnam lagi sekali dengan flight hokeh. Jadi lupakan saja.
 
Stesyen keretapi Lao Cai. Naik van ke Sapa dari sini ye
 
Sekitar pekan Lao Cai. Hujan!

 
Terpaksa meninggalkan stesyen keretapi dengan rasa hampa, perjalanan ke Sapa selama 2jam diteruskan. Waktu itu hujan. Sejuk menggigil la juga, Sapa terletak di kawasan gunung di utara Vietnam jadi kalau winter (walaupun rare untuk ada salji) suhu tetap sejuk. (Untuk pengetahuan, awal tahun ini 2014 ada salji turun di Sapa, begitu juga Kunming). Kami minta van turun dimana-mana guesthouse yang kami nampak dan macam berkenan. Dah tak ingat nama guesthouse tersebut (dah lama sangat!) rate yang dikenakan USD20 untuk twin room with ensuite untuk 2 malam. Bererti USD10/night utk bilik 2 orang, sorang jatuh RM15 saja untuk 1 malam. Ok sangat, bilik pun besar, bersih dan selesa. Kami setuju, dalam pada mengorek-ngorek barang baru aku sedar beg makanan kami tertinggal di dalam van! Menangis tak berlagu la jawapnya, nasib baik periuk nasi dalam backpack. Sudahlah aku dok berjimat-jimat sardin konon nak makan paling last sebab lauk paling sedap. Sudahnya tak merasa. Nanges!! T_T
 


Suasana OTW naik ke Sapa. Tak nampak sangat pemandangan sebab hujan
 
Malam itu terpaksalah merayap mencari makanan. Kami singgah kedai runcit, beli kopi 3in1 Vietnam, beli layer cake sedozen (made in Malaysia siap ada tanda halal). Itu yang kami paling yakin nak makan. Tiada aktiviti yang dibuat, kami hanya merayap-rayap sekitar pekan meninjau-ninjau lambakan barangan outdoor sekitar Sapa. Kedai pun tutup awal, jam 9 malam dah seperti bandar mati. Esok kami akan masuk kampung. 
 
 Sekitar pekan Sapa
 Sekitar pekan Sapa. Nampak tak ramai peniaga2 mengekori mat salleh tuu.. Mujur kami tidak diekori. Nampak sangat sengkek :P
Kedai makanan halal. Indian food
 
 
Oklah, since malam tu kami tak buat apa-apa, aku sambung cerita masuk kampung lain kali ek. Kalau aku sambung lah. heeee, terima kasihlah sebab sudi membaca & atas email-email korang. Mana yang tak ter reply tu InsyaAllah aku reply nanti yek.
 
Jya! 


Kunming to Hanoi Overland : Yuanyang to Sapa

Assalamualaikum..
 
Tiba-tiba macam rajin kan. Padahal pergi site meeting nun kat Jitra sementelaah meeting habis sambil menunggu flight balik yang di malam hari dapatlah masa terluang sedikit nak mendraft entry ni.
 
Jom sambung bebelan di entry Yuanyang sebelum cerita ini masuk anniversary kedua.
 
Hari ke-6, 30 Januari 2013.

Selepas bersunrise sekitar guesthouse kami segera mengemas beg, mandi, masak air buat nestum sarapan sepantas kilat. Christop dah siap lama, alah orang lelaki bersiap memang sekejap semberono je. Bau tuala je pun dah tau, basah-basah tak lipat main sumbat je dalam beg. Huahuahua sempat aku mengumpat. Kami minta dia jalan dulu dan tunggu di Youth Hostel sementara kami bersiap. Mengangkut panda 15kg mendaki lereng bukit saaanggaat rasa nak campak beg tu guling-guling masuk sawah. Gila psycho. Dah la sejuk menggigit, udara nipis, tapi kugagahi jua T_T. Semput tahap mintak nyawa lah bila sampai dekat Christop. Terus berazam nak jogging hari-hari bila balik Malaysia kononnya nak bina stamina (KONONNYA sahaja lah) azam tinggal azam hampeh. Pasangan Canada awal-awal dah gerak dulu nak tangkap gambar katanya. Di Youth Hostel kami sempat masuk sambil menelek hiasan dalaman hostel kebetulan pemandu van yang sedia ada di depan kami ni mahu ke Nansha, umpama orang mengantuk disorong bantal, besar tapak tangan padang bola kami tadahkan, apa lagi tumpang je lah. Fuhh selamat azab nak naik tangga mencanak ke jalan besar. Di tengah jalan ternampak pasangan Canada, kami minta van berhenti mengangkut mereka sekali maka berbondonganlah kami ber-5 dalam van.
Pemandangan pagi sekitar guesthouse
 
Sampai di pekan Nansha setelah mengucapkan selamat jalan kami berpecah mengikut haluan masing-masing. Aku dan Fatt ke stesyen bas, mahu mendapatkan tiket ke sempadan China/ Vietnam ~ Hekou/ Lao Cai. Hari masih awal, lebih kurang jam 9.30 pagi, kami berjaya mendapatkan tiket ke Hekou untuk serta merta. Perjalanan ke Xinjie mengambil masa 2 jam dan Nansha ke Hekou 4 jam. Perjalanan ke Nansha menuruni bukit bukau, jalan bengkang bengkok, siapa tak tahan mabuk mesti muntah, rakyat tempatan pun ramai yang muntah. Di tengah jalan pemandu bas berhenti ke tandas kami sempat ke seberang jalan membeli limau (lapar weh sarapan nestum sebungkus je kot) dah limau je yang dijual di situ. Murah sangat ¥2 untuk 5 biji (RM1). Manis! Sampai di Xinjie kena bertukar bas, bas akan bergerak ke Hekou jam 12, ada setengah jam lagi, sementara aku jaga beg atas bas Fatt pergi membeli apa-apa yang boleh di makan termasuk jagung tongkol. hukhukhuk.. Den tak boleh makan jagung tongkol! sangkut ler gigi besi T_T .
Toilet break, kami ambil kesempatan membeli buah
Alat menimbang yang sangat klasik. Ada ke kat Malaysia?
Pekan Xinjie nun di lembah sana
Itulah jalan yang di lalui antara Xinjie ~ Nansha
Muntah Hijau

Di atas bas kami jumpa lagi dengan pasangan biniku gangster. Mereka juga akan ke Vietnam tetapi akan bermalam di Hekou kerana Visa mereka bermula hari esok. Perjalanan ke Hekou melalui kampung-kampung dan macam biasa jalan bengkang bengkok, sambil layan lagu cina, aku sampai hilang bilangan nak kira berapa kali pakcik driver ulang main lagu tu. Ada sekali berhenti untuk pemeriksaan tentera. Passport kami ber-4 selaku rakyat asing di ambil rekodnya dan dalam 10 minit kemudian dipulangkan semula. Kami sampai di Hekou lebih kurang jam 4petang. Stesyen bas macam stesyen mati, semua orang turun tau-tau sudah tiada orang. Pasangan biniku bangster pun dah hilang, kami ambil teksi untuk ke Lao Cai, dalam 5-10 minit sahaja, kami minta teksi turunkan kami di immigration. Turun teksi tercangak-cangak juga celah mana ni? Puas la terpusing-pusing mencari nak cross borde rkat mana ni? Laahhh, belakang kitorang saja rupanya! tak macam tempat cop passport pon! Agak lawak juga encik immigration China ni, tanya itu ini, lepas tu macam tak tahu nak cop di mana. Mungkin sebab jarang Malaysian lalu di situ. Sampaikan dari tiada manusia sehingga barisan panjang berjela.
Ini lah bas Nansha ~ Xinjie
Antara pemandangan tengah jalan
Rakyat tempatan. Nampak tak yang basah-basah atas lantai tu? Ada orang muntah dalam bas!
Security check
Melalui pekan-pekan kecil
 
Melintas border secara berjalan kaki sahaja melalui jambatan dalam 5 minit ke bangunan immigration Vietnam pula. Sepanjang jalan setiap manusia yang bertembung mesti mengatakan 'Malaysia! Malaysia!' Adoii, korang tak pernah nampak orang Malaysia ke sebelum ni? Tiba-tiba rasa cam artis giteww. Puii. Alhamdulillah selamat melepasi.

Itu haa tempat cop passport, ada di celah pokok rupanya
Itu aku. Nampak tak barisan dah panjang
Dah melepasi immigration China kena cross over jambatan ni. Ini pintu gerbang sempadan sebelah China
Pintu gerbang sempadan di sebelah Vietnam
Bangunan immigration Vietnam
 
Berbalik kepada semasa melepasi sempadan ada seorang manusia yang menegur kami rupa-rupanya ada udang sebalik mee. Dia adalah ulat teksi ke Sapa. Melepasi immigration Vietnam dia segera mendapatkan kami dan cuba mendesak untuk kami mengambil transport dengannya dengan harga yang agak mahal kalau dibandingkan dengan research kami. Kami cuba bincang tepi tapi biasalah dah nama pun ulat tiket tetap cuba mendesak, terjerit juga Fatt kami kemudian terus angkat beg berlalu pergi walaupun harga yang dilaungkan sudah labih rendah berbanding research kami. Kami singgah masuk ke kedai kopi, tak kisah ler yang penting lari dari manusia-manusia yang cuba ambil kesempatan. Sedapnya kopi Vietnam!
 
Oklah, aku pergi ngopi dulu lagipun dah berjela ni lain kali aku sambung lagi yek. Jya!
 

Blogger Templates by Blog Forum