Showing posts with label Koh Lipe. Show all posts
Showing posts with label Koh Lipe. Show all posts

Islanding

Assalamulaikum..

Lama sungguh tak update blog. Hampir lupa yang aku ada bendalah ni.

Seminggu selepas ber rakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian aku berenang-renang pula di tepian pantai. Yup, its beach time peeps! 3 pulau dalam masa sebulan. Letih la juga. Tapi kecintaan aku terhadap pulau terlalu mendalam sehingga lautan dalam sanggup ku redahi. Erk, apa aku merapek ni??!

Destinasi berkepulauan pertama- Koh Lipe. Aku pernah ke sini 2 tahun lepas. Naik bot laju melalui Langkawi terus ke Koh Lipe. Kali ini aku cuba masuk dari tanah tumpah darah Koh Lipe- Thailand. Pengalaman yang agak tak menyenangkan - bas ke Hatyai lewat 2 jam (scheduled on 9pm tapi bas sampai jam 10.30 dan gerak jam 11.00). Sudah la lambat, singgah pula di Ipoh mengisi minyak, tukar driver segala. Azab seterusnya kebetulan hari kami sampai menandakan hari pertama musim hujan di Koh Lipe. What?? Makanya perjalanan feri 2 jam dari Pak Barra ke Lipe sangatlah bergelora dengan air cond yang tak berapa berfungsi dan kapasiti manusia yang ternyata melebihi muatan maka sangat ramai yang mabuk laut hingga udara menjadi sangat tepu. Nasib baik aku agak kalis mabuk.
Nasib baik juga 2 hari kemudiannya langit cerah dan biru. Di Lipe tidak pula bersnorkel segala, hanya mandi manda melepaskan rindu mandi laut. Hari pulang terlebih lagi ujian. Bot yang dijadualkan jam 9.30 pagi tersangat penuh dek kerana birokrasi si penjaga tiket bot yang menerima rasuah terang-terangan makanya kami yang bertiket tak dapat pulang, yang tak bertiket bersesak-sesak dalam feri. Terdamparlah kami menunggu bot laju dalam 2 jam lagi. Lebih kurang jam 12.30 bot sampai dan Alhamdulillah sampai ke tanah besar jam 2 petang. Kami sudah sepakat menukar haluan teksi terus ke sempadan (asalnya ke Hatyai dan dari Hatyai naik bas ke KL) memandangkan tiket bas untuk pulang belum di beli. Itu ini makan segala jam 6 petang (waktu Thai) sampai di sempadan (Padang Besar). Jalan kaki saja melintas sempadan kami naik teksi sapu ke bandar Changloon dengan harapan dapat naik bas jam 8++ malam. Malangnya hanya bas 10.30malam yang ada sampai di Putrajaya jam 6.30pagi terus je pergi kerja! Arrghh!!

Lupakan Lipe, 2 minggu lepas tu aku sudah berada dalam keretapi malam menuju ke Tanah Merah, Kelantan - ke destinasi berikutnya Pulau Perhentian. Kali ini tak kurang juga ujian debaran mencari tempat tidur. 2 tahun lepas aku terjah je ke sini tiada masalah mendapatkan penginapan. Tambahan pula minggu sebelumnya cuti sekolah sudah berakhir jadi perkiraan kami tak mungkin tiada bilik nampaknya meleset akhirnya kami terpaksa berkhemah mujur tauke chalet murah hati khemah siap tilam segala. Selain itu segala yang lain seperti yang dirancang sampai rasa nak datang lagi dan lagi. Pulang pula dengan Air Asia memang perjalanan yang menyenangkan!


Minggu berikutnya aku memandu pula ke Jeti Marang, Terengganu - ke destinasi seterusnya Pulau Kapas. Kali ini memang dirancang untuk berkhemah dan memasak segala. Aku menempel jek kat family kawan :). Sanggup aku terjun laut ditengah hari buta lepas tu melantak tidur sampai ke petang- kemudian acara sotong pula. Tahun ini sotong meriah! Mujur cuaca di pulau tidak terjejas walaupun waktu itu hampir seluruh negara dilanda jerebu yang sangat teruk. Pulang dengan gembira bersama Adra, Adam, Qasdina & Qaisara. Sampai sekarang tak habis cerita lagi kot depa ek kawan?? :P

Sekian itu sahaja cerita pulau aku ada rezeki lepas raya aku masuk lagi :)

Jya!

Koh Lipe, Thailand ~ Mei 2011

Assalamualaikum..

Lama tak jenguk sini. Bz tak sempat nak update (padahal malas update! :P) Sempena cuti hari buruh yang jatuh pada hari ahad yang memberikan cuti umum di hari isnin, aku berkeputusan melawat ain di Penang lantas membawa dia berjalan² ke Koh Lipe (pronounce as koh lee-pei), Thailand. From Malaysia, there are 2 ways to get there - masuk ikut hatyai ~ satun and get a boat from pak barra to koh lipe or straight away get a boat from langkawi terus je sampai koh lipe. Hari jumaat malam aku terbang ke Penang di sambut ain dan esoknya pagi² kami sudah sampai ke tanah mahsuri. Disebabkan bot bertolak jam 2.30p.m maka kami terus ke Langkawi cable car. Hari agak mendung ketibaan kami disambut dengan penutupan kaunter tp nasib baik ½ jam kemudian dibuka kembali.
 Flight pagi ke Langkawi
Terus ke Langkawi cable car

Lebih kurang 2jam di atas sana, kami turun dan terus ke Terminal Harbour, berlunch KFC sambil tunggu waktu boarding. Bot berlepas jam 2.30 p.m perjalanan selama 1 jam, kami selamat sampai ke koh lipe jam 2.30 p.m local time.
 Sambil menunggu bot
tu haa botnya.. speed bot jek

After clearing passport @ Lipe’s cute little immigration hut, we straight away checked in our chalet. Kami menginap di Bonus Resort (RM80 1mlm) dan kemudian menghabiskan hari itu dgn berjalan² keliling pulau dan sekitar kampung dan sempat juga kami ke sun set beach. Locals are very friendly. Ke mana sahaja kami pergi pasti ada org kampung menegur bertanya khabar, berapa lama di Lipe dan sebagainya. Ramai juga locals yg boleh ckp b.melayu terkezut gak aku tetiba dia kecek kelate dgn aku, haha.. And to my surprise most of locals thought that I am thai people from their mainland hehehe.

 Safely arrived @ Lipe. Childrens running along the coast naked and the man behind ain is just cant wait to get in the crystal clear water, he jumped from the boat and swim to the beach
The immigration office
owh, thats me :), my tudung blends well with the wall, haha

The next day, masa untuk berendam sampai lebam! Hehe.. we booked package of THB550 for 5 islands from 10a.m ~ 5p.m. wahh!! Memanglah rendam sampai lebam weh!

 
 Berjalan-jalan sekitar pulau

Pulang petang itu terus sahaja mencari makan. Lapar weh.. heee.. Di sini banyak kedai roti canai, tp dorang panggil pancake. Pancake ni mostly berinti seperti mangga, pisang, telur dan macam² lagi dimakan kosong atau bersama samada susu, nuttella atau jem. Kira topping yang manis² bukan mcm kita makan dgn kari dan dhal.

Di hadapan entrance Bonus Resort, dan pancake kami :) mlm tu melantak nasi lagi :))
Masa untuk pulang. Flight sgt penuh haritu, mcm naik bas pon ada aku rasa

Esoknya kami cuma jalan² ambil gambar sementara menunggu waktu untuk pulang. Sekian kisah aku dan ain ke Lipe & BTW, I’ll be getting tanner this weekend, wait for my next update! :D

Blogger Templates by Blog Forum