Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts
Showing posts with label Jalan-jalan. Show all posts

Wisata ke Jawa Tengah ~ Yogjakarta

Assalamualaikum...

Lama sungguh nak keluarkan 1 entry pun. Maaf lah ye, kebelakangan ni tenaga aku macam tak cukup, letih memanjang. Tambah pula blogspot asyik ada masalah. Anyway, jom sambung ceritera jalan-jalan.

Tidak lama untuk aku merancang perjalanan ke Yogjakarta, beberapa minggu pulang dari Hanoi aku mendapati (dapati ek?) tiket pergi balik ke Yogjakarta cuma RM165 untuk cuti hari pekerja jadi semestinya jiwa terkinja-kinja klik butang 'buy now'. Kali ni macam cerita berkepulauan aku cerita secara ekspress juga sebab aku juga mendapati dua tiga menjak ni sangat ramai rakyat Malaysia yang terlepas ke Yogjakarta dan blogging pasal Yogja. Untuk mengelakkan korang baca cerita sama yang berulang-ulang, aku tulis secara ringkas & laju-laju yek. Kali ini aku dah arrange supir dari Kuala Lumpur lagi untuk 2 hari (hari ke-2 dan ke-3).

Itinerary ringkasnya:
Day 1 - Arrival, Free & easy
Day 2 - Prambanan Temple, Kraton & Taman Sari
Day 3 - Borobudur & Dieng Plateau
Day 4 - Free & easy, departure

Sepanjang di sana kami menginap di Ameera Boutique Hotel, Jalan Dagen. Hanya 5 minit ke Malioboro dan kedudukan Jalan Dagen ni di tengah-tengah Malioboro. Kami sampai di Jogya lebih kurang jam 5 petang, terus ke hotel, bersiap ala kadar dan malam tu kami berjalan dari hujung ke hujung sambil berlesehan (lesehan : makan bersila) di Malioboro. Lesehan memang terkenal di Yogja dan kalau bernasib baik ditemani ngamen (penyanyi/ pemuzik jalanan) yang sedap telinga mendengar. Kalau nasib tak baik tadah jelah telinga tu sambil makan dan buat-buat macam korang sedang menikmati alunan muzik yang diperdengarkan. Ada juga beberapa kumpulan ngamen secara besar-besaran dan aku rasa agak kagum jugaklah.
Pasar Sore
Ngamen secara berjemaah. Terkesima la jugak menontonnya
Horay!! fridge magnet yang banyak.. ada di Pasar Seni Nadzar. Kedai pertama kot di Malioboro. Kalau keluar dari Jalan Dagen belok ke kiri sampai pangkal jalan Malioboro. Kasir (cashier) tu pelik tengok aku beli banyak FM, 'yang dari Malaysia banyaknya pasti beli magnet!' heee.. tu je yang murah sayang oi! ni pun tak murah, satu lebih kurang RM10

Hari ke-2 seawal jam 5.30 pagi kami dah bersiap-siap untuk ke Prambanan. Supir janji jam 6 pagi tapi lewat sampai 6.30 pagi. Aku potong payment dia siapa suruh lambat, gigih kot aku bangun pagi gosok gigi dengan mata masih terpejam! Lebih kurang sejam kemudian kami sampai di Prambanan dan ternyata kami antara pengunjung terawal. Ada kopi/ teh panas dan air mineral disediakan maka kami minum kopi di cicah roti gardenia. Sedap! Bayaran masuk untuk pelancong asing adalah IDR170.000 tapi supir aku baik hati bagi kami harga tourist guide (ada diskaun 10% kot aku tak ingat). Kompleks candi Prambanan tidaklah sebesar Angkor Wat di Siem Reap tapi structurnya lebih besar dan tinggi (Prambanan dikatakan candi hindu tertinggi di SEA). Selain prambanan ada juga candi-candi kecil yang lain dan yang kedua terbesar dalam kompleks itu adalah candi Sewu (pada pandangan aku lebih menarik senibinanya berbanding Prambanan). Candi Sewu terletak di hujung kompleks Prambanan dan kena jalan sikit. Masih banyak lagi kerja-kerja konservasi yang perlu dijalankan di sini. Erk.. arkib sini ada kerja kosong tak aku nak apply!
Candi Prambanan
Candi Sewu

Sangat banyak kerja lagi hokeh!

Lepas candi Sewu, barulah kitorang sibuk-sibuk nak tengok video show pasal prambanan ni. Owh, rupanya ada cerita disebalik. Kitorang siap bantai gelak sebab cerita dia bercampur aduk dengan kengkonan zaman sekarang. Kalau penganut Hindu mesti faham cerita tu, kami cuma sekadar ambil tahu saja. Sampai di hotel lebih kurang jam 10.30 pagi, sempat juga mengharung piket pelajar university. Ketika bersiap-siap untuk keluar semula, Hifzan mendapati kameranya tiada. Hmm.. usaha juga kembali ke Prambanan mencari. Siap buat announcement. Tapi takde rezeki sampai kesudah tiada berita. Teringat aku hilang rantai emas di OZ dulu. huhu. 

Piket

Sekembali dari Prambanan kami terus ke Keraton dan Taman Sari. Dapat harga local. Aku tak bukak mulut pun. hehe. Tapi di Yogja cara berpakaian memang susah sikit nak bezakan dengan Malaysian. Sebab Yogja banyak universiti jadi mungkin fesyen lebih up to date. Keraton ni adalah kawasan di dalam kota Istana dan Taman Sari adalah sebahagian dari kawasan Keraton. Bangunan utama Keraton tiada apa-apa sangat, tak melawat pun takpe dan agak-agak menyeramkan jugalah. Taman Sari adalah tempat sultan mandi bersama gundik pilihan. Ada 2-3 kolam di dalam Taman Sari 1 kolam untuk gundik-gundik mandi, kemudian sultan akan mengintai dari menara dan memilih gundik pilihan hati untuk mandi bersamanya. Lebih kurang gitulah. Kami di bawa menjelajah kawasan Keraton dan Taman Sari oleh seorang tempatan. Mula-mula rasa cuak juga, tapi dia memang ikhlas nak terangkan sejarah kawasan dia. 2 jam juga pusing-pusing keraton sampailah ke masjid bawah tanah yang tak digunakan lagi. Kagum jugak lah dengan architecture masjid tu. Bukan dari segi kehalusannya, tapi dari segi pemikiran ianya di bina. Aku pun tak pandai nak terangkan macam mana.
Ruang legar bangunan utama istana

Keraton juga sangat terkenal dengan hasil batik/ Kami di salah satu ruang dalam istana

Taman Sari

Masjid bawah tanah

Malam tu kami berlesehan lagi sambil melayan ngamen, lepas tu khatamkan lagi hujung ke hujung Malioboro. Eh, tadi aku kata nak cerita secara ekspress tapi aku rasa mcm dah panjang sangat ni. Malas pula nak tunggu lagi panjang, aku up jelah dulu yek. Nanti-nanti aku sambung pasal Borobudur dan Dieng Plateau.

Jya!




Trip DownUnder : Adelaide (Part 2)

Assalamualaikum...

Sambungan dari entry lepas.

Hari ke 7, 16 November 2012. Hari itu flight kami ke Canberra jam 2 petang, jadi kami ada masa sebentar untuk berfoya-foya di sekitar Adelaide. Memandangkan kereta dah dipulangkan kami jalan kaki sahaja dari hostel ke pusat bandar. Tujuan utama adalah Central Market & China Town. Sekitar bandar kami disajikan dengan pemandangan musim bunga. Ungu menghiasi sepanjang jalan. Cantik.
Kawasan perumahan
Taman awam
Beautiful spring in Adelaide

Sampai di Central Market lebih kurang 20minit kemudian. Hmmm.. masih sangat pagi. Banyak kedai belum buka. Kebetulan kami sampai kedai sourvenir di bahagian hadapan sekali sedang di buka. Dapat lah kami harga pecah telur. Tak banyak boleh di lihat, kami bergerak kembali ke hostel. Kalau terlambat tak ke naya terlepas flight. Dalam jam 11 pagi masing-masing sudah siap. Selesai urusan check out aku tanya receptionist tu nak naik bas ke airport macam mana. Dia kata tunggu di seberang jalan depan hostel je. Katanya lagi, longgokkan beg tepi jalan supaya pemandu bas dari jauh tahu ada orang tengah tunggu bas. All right! That's great. Tak payah susah-susah jalan jauh mengangkut mak koala di belakang. Kami pun melintas.
Dengan beg besar masing di seberang jalan berhadapan hostel

15 minit berlalu... *bunyi cengkerik malam* mana bas ni? 1/2 jam berlalu *bunyi katak malam mula kedengaran*.. ishk.. betul ke ni? Tiba-tiba pembantu hostel melintas jalan mendapatkan kami. "Hey girls, do you did any arrangement for the bus?" "What arrangement?" *muka sangat blur* "well, the bus is not just pass by, you need to notify them!" "owh, really? Is it still possible to do that arrangement now? Our flight is at 2pm" "Hmm.. since there are 7 of you it is cheaper to charter a van. Let me help you. Come!" Kami mengekori dia melintas semula ke depan hostel. Dia mendapatkan seseorang yang sedang berinternet di lounge hostel. "Ok girls, here you go. Its only $30 per van. Bus fare is $16 per person." Lantas dia tolong mengangkat beg-beg kami kedalam van. "Thanks you Mr Gary!" heee.. sukati bagi nama. Kitorang pun tak sure sebenarnya, sebab macam terdengar ada orang panggil dia Gary. Nasib baik masih ada orang yang baik hati menolong. Oh ya, Hifzan tidak bersama kami sebab dia tidur di rumah Kak Yang malam tadi. Kami akan jumpa dia di airport. Hari itu Kak Yang berjanji untuk masakkan kami nasi lemak. Yeay! Semoga murah rezeki Kak Yang.

Kami sampai di airport agak awal. Proses check in dan luggage drop Qantas sangat mudah. Semuanya self service. Kiosk dan kaunter drop luggage yang disediakan sangat banyak dan semuanya berfungsi. Staff  juga ramai yang standby kalau ada mesin rosak dan kalau ada customer tak tahu guna machine. Tak macam Air Asia, kaunter je banyak, tapi yang buka hanya 1. Staff pun muka ketat semacam. Kiosk self check in, di LCCT adalah beberapa ketul. Dengan Q yang maha panjang. Adik Hifzan pernah terlepas flight sebab terpaksa beratur panjang untuk self check in kiosk tu. Hifzan mnyusul beberapa minit kemudian. Kak Yang ke Ikea berhampiran untuk membungkus makanan katanya. Tak sempat bungkus di rumah sebab terlajak bangun pagi. Kat airport takde port nak bungkus. Oh Kak Yang you are so sweet! memuah! muahahahaha... Kami tinjau papan boarding. Alamak, flight delay!
Qantas check in area. Semua self service

Lama juga kami tunggu Kak Yang. Nasib baik juga flight delay. Akhirnya Kak Yang muncul dengan lunch kami. Setelah berbabai-babai dengan Kak Yang kami ke boarding hall gate. Nak makan kat mana ni? takde meja. Takkan nak bersila depan kastam ni. Ain dengan beraninya pergi tanya pakcik kastam tu, kitorang bawa bekalan makanan tapi kitorang nak makan bukan nak bawa naik flight. Boleh lepas tak lalu kastam? Tau reaksi pakcik kastam tu? Dia mengangguk dan memberi isyarat untuk kami melalui pemeriksaan. Wallau weh! Dengan gembira sengih sampai telinga melepasi kastam. Dalam boarding hall bagai pucuk di cita ulam mendatang kawasan di tengah-tengah memang disediakan meja-meja dan kerusi. Ala-ala food court gitu tapi takdelah banyak sangat F&B outlet. Kami segera duduk dan makanan di agih-agihkan. Kak Yang dah siap bungkus satu-satu untuk setiap seorang. Habis semua. Memang kami belum makan apa-apa untuk hari itu. Kali ni takde gambar makanan. Lapar punya pasal.
Sesi berbabai-babai dengan Kak Yang. Thank you so much Kak Yang!
Bye Adelaide! Ada rezeki aku datang lagi
Dalam flight makan lagi. Scone & cookies tu sangat sedap! Ada logo halal, boleh di makan tanpa was was

Perjalanan mengambil masa 3 jam dari Adelaide ke Canberra. Flight kecil sahaja, macam Firefly. Bergegar-gegar la jugak masa nak landing. Dalam flight makan lagi. Dah memang dapat free kan. Kami selamat mendarat lebih kurang jam 4 petang. Apa ada kat Canberra ni? nanti aku sambung dalam entry seterusnya ye. Jya!

Trip DownUnder: Adelaide (Part 1)

Assalamualaikum...

Sambungan dari perjalanan ke Adelaide. Entry kali adalah kurang gambar yek.

Kami memasuki kawasan pinggir bandar Adelaide menjelang 4.30 petang. Agak mengelirukan juga susun atur bandar Adelaide ni. Susunan dalam grid. Kena tahu betul-betul kawasan mana. Nak tanya local pun mereka akan tanya balik kita area mana. Sebut nama jalan jangan harap boleh dapat direction straight away. Nasib baik la ada GPS. Pun begitu berpusing-pusing juga sebab jalan banyak yang sehala. terlepas simpang kenalah patah balik. Di sini kami menginap di Adelaide Travellers Inn. Dalam banyak-banyak hostel sepanjang di OZ, hostel ni antara yang menduduki tangga terbawah. Walkway sempit, lantai bilik lantai kayu which is great actually sebab tak sejuk macam lantai konkrit tapi no maintenance jadinya memang banyak selumbar la lantai tu. Customer service pun tak berapa nak ok. Receptionist tu di tanya 10 patah jawap 2 patah. Langsung tak membantu.
Entrance to Adelaide Traveller Inn
Bilik dorm yang sempit dengan barang roommate halimunan yang bersepah-sepah

Semasa booking aku dah note untuk dorm 4orang X 2 bilik. Tapi dia bagi kami dorm 6 org dan bilik 3 orang. Dorm 6 orang tu ada sorang roomate halimunan yang kami pun tak tau siapa sebab tak jumpa pun. Tapi barang dia masyaAllah banyaknya dan bersepah-sepah! Aku rasa macam nak tolong kemas je. Kasut je lebih dari 5 pasang. Periuk belanga, senduk sudip segala. Dahla dorm tu kecil je. Cuma yang bagusnya dorm ni toilet dalam bilik so tak payah rebut-rebut kat public toilet. Anyway, nasib baik cuma di sini untuk semalam je. Ikut plan asal nak stay Adelaide 2 malam, nak ke Kangaroo Island. Tapi setelah plan di rombak, cuma boleh 1 malam saja di sini. Jadilah. Trafik di Adelaide lebih hektik dari Melbourne dan bandar-bandar lain yang kami dah lalui sepanjang jalan. Lebih kurang macam KL. Ada je bunyi hon. Langgar juga lampu merah. Tapi speed limit tetap maintain dalam bandar 60 km/j!

Setelah urusan check in selesai aku dan Hifzan bergegas ke Airport untuk pemulangan kereta. Aku ajak Jamilah sebab aku tak berapa reti nak ikut arahan GPS. heee.. Aku tend untuk tengok map, lepas tu bila dia bercakap aku jadi confuse pula dengan apa yang aku faham dari map. Agak kekok juga drive dalam bandar Adelaide. Lampu untuk aku belok ke kanan hijau, tapi kereta di hadapan untuk terus ke arah aku pun hijau. errr... OK, bertenang.. bagi kereta depan jalan dulu. Berhenti lah aku di tengah-tengah jalan. Bila dah clear baru belok. Hmm.. nasib baik betul. Kalau tak sia-sia dapat saman. Enforcement di Adelaide sangat ketat berbanding bandar lain. Volunteer visitor centre pun ingatkan kami berkali-kali. Tapi suasana life di Adelaide lebih santai berbanding Melbourne dan Sydney. Orang Asia pun takdelah bersepah-sepah. Bandarnya juga lebih cantik. Kebetulan masa tu spring ada banyak pokok berbunga purple sedang berbunga dengan lebatnya. Menambah keindahan bandarnya.
A glimpse of Adelaide City
Hertz, Adelaide Airport

Dalam 15 minit kami sampai di airport. Tempat memulangkan kereta sewa samada Hertz, Euro dan Avis (aku tak pasti untuk company lain) di tingkat bawah. Selesai pemeriksaan kami di minta mengisi minyak penuh (owh.. tak tau la pulak kan, kalau tau awal-awal dah isi siap-siap) kalau tak Hertz akan charge flat rate AUD5 seliter (kalau tak silap aku) which is mahal gila kalau compare dengan harga semasa. Dalam 15 minit kemudian kami kembali dengan tangki penuh. Selesai pemulangan Kak Yang datang mengambil kami. Dia dah siap masak nasi dagang untuk picnic petang tu. Sempat juga Kak Yang membawa kami pusing Adelaide, kenalkan dengan sorang dua kawan OZ dia. Lepas tu sesat pula tak tau macam mana nak cari hostel kami. Pulak! Kami cakap di Hut Street, tapi celah mana Hut street tu pun dia tak tau. Lama juga berpusing-pusing tiba-tiba dekat satu simpang terjumpa Hut Street. Yeay! Boleh makan makanan Malaysia!

Kami ke taman awam yang berhampiran dengan hostel. Di Australia tiada siapa yang kisah kalau nak picnic kat mana-mana pun bila-bila masa. Ingat tak kitorang pernah picnic tepi traffic light otw ke Mornington Peninsula. Kami bentang tikar dan Kak Yang mula mengeluarkan hasil masakannya hari itu satu persatu. Dia masak nasi kerabu dengan lauk ayam panggang dan ayam masak merah. Wahh!! meriah sungguh. Dia siap tapau 2 keping roti nan sebesar sejadah (kata Jamilah). Kami 9 orang, makanan macam cukup untuk 20++ orang. Ada lebih siap tapau. Memang puas makan hari itu setelah sepanjang hari hanya bergantung kepada kudapan semata. Terima kasih Kak Yang! Petang di tempat terbuka begitu suhu memang sejuk. Sekali lagi makan dalam keadaan menggigil. Kali ni tiada matahari macam di Apollo Bay walaupun sejuk masih ada matahari.
Dinner mewah kami petang itu. Nampak tak roti sebesar sejadah tu?
Kami bersama lovely Kak Yang. Makan sambil menggigil
Jumpa ini di walkway hostel. Ada orang nak curi ke? hehehe.. kalau aku susah-susah, bawak je la masuk dalam bilik

Esok kami akan meronda-ronda sekitar Adelaide sebelum bertolak ke airport untuk ke Canberra pula. Nantikan sambungannya yek. Jya!

Trip DownUnder ~ Menuju Adelaide

Assalamulaikum..

Sambungan dari Grampians (Part 2).

Hari ke-6, 15 November 2012. Hari itu kami akan menempuh perjalanan melebihi 6jam memandu ke Adelaide. Jam 7 pagi masing-masing sudah siap packing dan kami bersarapan ala kadar mengalas perut. Instead of ikut jalan menuju ke Stawell kemudian ikut Western Highway ke Horsham, kami berkeputusan mengikut jalan short cut melalui jalan mount Victoria semalam yang juga menuju Horsham. Dari Halls Gap ke Adelaide, bandar-bandar yang akan kami lalui adalah Horsham ~ Nhill ~ Kaniva ~ Bordertown ~ Keith ~ Tailem Bend ~ Murray Bridge ~ Adelaide. Memang jauh. Perjalanan melebihi 500km. Kalau tak kejar masa, aku sarankan korang buat 2 hari sebab banyak juga tempat menarik yang boleh disinggahi dan taklah penat sangat. Kami plan untuk singgah Horsham visitor center mengumpul maklumat dan berhenti di Nhill singgah ke Little Desert National Park.
Sarapan pagi
Di hadapan Brambuk Backpackers
Bye bye brambuk!

Sekali lagi pagi tu memang banyak kangaroo baru keluar sarang. Sejam setengah melepasi jalan berliku merentasi gunung ganang kami sampai di Pekan Horsham, haruslah ke Visitor Centre selain mengumpul info dan peta, juga sesi menunaikan sagala hajat terpendam. 5 minit dari Visitor Centre kami singgah ke Horsham Botanical Garden. Tak lama hanya tengok bunga-bungaan. Perjalanan diteruskan melalui kawasan mendatar dan penuh dengan err aku tak pasti ladang gandum ke lalang di sepanjang jalan. Ada juga kami berhenti saja-saja mengambil gambar. Jalan tu macam takde sebarang kenderaan yang lalu. Adalah 2-3 buah kereta yang bertembung dengan kami. Jalan juga agak kecil, tapi speed limit 100km/j. Maka haruslah berhati-hati.
Besar kan aloe vera tu
Somewhere no where in Horsham
Boleh guling-guling atas jalan

Sejam setengah dari Horsham kami sampai di Nhill. Muka bumi dan vegetation sekeliling mula berubah dari kawasan gunung berhutan tebal, ke kawasan ladang hingga ke kawasan gurun. Kami ke Little Desert Nature Lodge. Agak keliru juga pintu masuknya. Belok ke kanan, ada gate yang sangat besar dan tiada sesiapa disitu. Oh, rupanya ada signage "To open electric gate, please drive onto the concrete slab". Gerrrrrrr!!! Pintu pun terbuka, ala-ala ali baba bujang lapuk pulak. Dalam 5 minit ke dalam barulah nampak kawasan lodge. Macam tiada hidupan pun di situ. Senyap sunyi. Kami masuk ke kaunter reception untuk bertanya. Kami diberikan sedikit penerangan mengenai trek yang ada. Kami pilih trek paling dekat yang akan mengambil masa lebih kurang 1/2jam satu pusingan. Walaupun namanya little desert tapi takdelah gersang macam gurun sahara. Pokok banyak je. Nasib baik banyak pokok sebab walaupun suhu agak sejuk tapi matahari boleh tahan terik. Nasib baik cuaca mendung. Ada jugalah terjumpa kangaroo lagi. Kali ni dah tak peghak sangatlah. Sampai semula ke lodge kami nampak pula seekor emu sedang meragut rumput di celah kereta kami. Cuba juga perlahan-lahan menghampiri, tapi mestilah dia perasan kan dan larilah dia.
Inilah pintu pagar ali baba moden
Walaupun desert, tapi ada kolam
Emu! jangan lari!!

Selepas melihat-lihat sourvenir di kaunter tadi, kemudian kami bergegas ke destinasi utama hari itu. Kereta mesti dipulangkan hari ini juga. Melalui jalan kampung aku memang belasah tak ikut speed limit. Kami berhenti sekali mengisi minyak, mengosongkan 'tangki' dan membeli bekalan. Lapar! Sepanjang jalan hujan renyai-renyai. Kami sampai di Adelaide lebih kurang jam 4.30 petang. Di Adelaide kami di sajikan dengan masakan istimewa dari Kak Yang ~ kawan Hifzan & aku. Aku sambung cerita di Adelaide dalam entry akan datang yek. Jya!


Blogger Templates by Blog Forum