Trip DownUnder ~ Melbourne (Part 1)

Assalamulaikum..

Jom start cerita pasal trip down under to Australia. Tiket flight sudah dibeli seawal February yang lepas semasa promosi Air Asia. Kami menaiki flight malam pada hari Jumaat, masing-masing masih bekerja hari itu dan masing-masing cuba mencari alasan pulang awal sedikit dari biasa untuk mengelakkan jem petang Jumaat. Perjalanan ke Airport saja sudah mendebarkan dengan hujan yang maha lebat, traffik tidak begitu menyebelahi terutama di Dengkil menuju ke LCCT. Alhamdulillah kesemua 8 orang sempat sampai dan berlepaslah kami ke tanah kangaroo.
Hujan agak lebat malam tu, nasib baik tak delay

Keras bon**t weh 8 jam dalam tu. Nak tidur pun bukan boleh tidur sangat dengan posisi duduk tu. Keluar dari perut kapal terbang aku dah terbayang pesanan-pesanan dari ramai orang yang mengatakan pihak kastam australia yang sangat ketat. Sekiranya membawa makanan dan ubatan silalah declare bagi mengelakkan tertangkap dan barangan tersebut akan dibuang depan mata. Immigration di lepasi tanpa masalah. Selepas itu memang bersepah-sepah pegawai yang secara rawak mendapatkan sesiapa yang sampai dan bertanya soalan-soalan seperti nak ke mana, berapa lama di sini, travel macam mana dan banyak lagilah. Lepas yang itu tibalah ke kaunter kastam. Berdebar-debar jugalah takut segala yang di bawa di campak masuk tong sampah. Sebagai salah satu langkah berjimat sah-sah kami membawa bekalan makanan termasuklah beras, pre-pack instant Brahims, maggie, tuna, sardin dan sebagainya. Yup memang ala-ala berani mati jugalah kan bawa masuk segala macam barang untuk melepasi kastam yang dikatakan antara paling cerewet dalam dunia. Semuanya sudah lengkap kami senaraikan. Memang awal-awal kami thick kat declaration card untuk item membawa barang makanan dan ubatan

Pegawai : "OK, let me see your bag. You want to declare things right. So you have foods & meds"
Kami : "YESSS!!!" Lantas menyerahkan senarai yang hendak di declare
Pegawai : "Owh! you got a list!" (muka terkejut) "Let me see..."
Dia menuding ke tulisan Brahims dan minta barang itu di keluarkan, kemudian merujuk kepada rakan sekerjanya. Mereka membelek-belek dan bincang tepi dan kemudian "That's fine!" Pegawai tadi kembali kepada kami
Pegawai : "Does everyone got the same thing?"
Kami : "YESSS!!!"
Pegawai : Let me see another bag randomly, just 1 bag"
Seorang dari kami menyerahkan paket yang sama
Pegawai : "Ok then, you can go"
Kami : "Thank You!" dalam hati melonjak gembira, dia hanya tengok paket lauk. Beras, tuna, sardin segala lepas! Alhamdulillah, jimat sikit duit makan

Korang boleh check jenis makanan yang boleh/tak boleh dibawa masuk ke Australia kat sini.
Contoh food list yang aku buat

Semasa mendarat pilot mengumumkan cuaca baik dengan suhu 11°c. Dalam airport masih tak terasa, keluar saja dari bangunan sudah terasa kesejukan angin menyucuk kulit. Kami segera mencari booth merah sky bus. Tiket sehala berharga $16 tapi kami dapat group ticket dengan harga $120= $15 /person. Yeay!! thats what good about travelling in a group, you'll get discount! Walau pun cuma $1 it is still a saving. Disebabkan kami ramai dan barisan sudah agak panjang 'pengurus' penumpang meminta kami naik bas seterusnya jadi kami terus bersahaja melepak di bahagian hadapan barisan kerana we will be the first on the next bus. Sempat juga bergambar-gambar penjaga kaunter siap tutup kaunter sekejap tolong kami ambil group photo. What a very friendly 1st immpression! Sudahlah tadi bagi kami diskaun kan.
Us upon arriving. In front of the skybus kiosk

Sampai bas seterusnya kami naik tanpa berlengah. Nampaknya ada makcik yang tak puas hati sebab dia menyangka kami potong barisan. Membebel pasal beg pulak bagpack & small luggage letak kat 2nd layer, yg bawah sekali untuk luggage besar, rasa macam nak campak beg 10kg tu kat dia, tak cukup besar ke bagpack 65l aku ni nak letak kat bawah? Ahh.. blah la kau mat salleh, ada mat salleh lain letak beg laptop kat bawah tu kau takde pula nak marah? Racist gila! Sukati kau lah, kami buat muka toya + muka menyampah.

Bas berhenti di Southern Cross Station. Ada perkhidmatan shuttle bus percuma bagi yang menginap di kawasan yang jauh dari stesyen tersebut. Aku dah booking di All Nation Backpackers yang cuma 2 streets away maka kami hanya perlu jalan kaki. Kesemua hostel sepanjang berada di sana telah aku booking siap-siap takut risiko takde katil sebab kami ramai. Disebabkan masih awal dan belum lagi waktu check in kami tumpang tinggalkan beg di hostel dan tanpa berlengah menuju destinasi pertama- Queen Victoria Market.
Nanti aku sambung cerita jalan-jalan kami sekitar Melbourne yek. Jya!

10 comments:

    Wow..beramai-ramai pegi..menarik tu. Dulu saya demam time ke sana..memang bawa la segala ubat bagai..bodo skit la pasal declare mendeclare ni..xde wat mendepun la. Tapi Alhamdulillah takde apa berlaku..bila masuk bilik time nak telan ubat tu my sis terkejut sy bawak ubat..hahaa. then time tu baru tau..haha.

     

    Zila, ada pro & con la buat rombongan cik kiah ni.. Nila 1st time buat rombongan cik kiah, hee.. Tula, org kata nasib-nasib juga kastam ni kekadang lepas je.. kitorang ni sebagai langkah berjaga2 karang tertangkap susah pulak

     

    muka org2 beriman je yg lepas. hahaha..ops matilah buat statement gini. i love melben. tapi gmbrku habis semua hilang sbb hd jahanam. pffttt. terpaksa ripit lagi :(

     

    Fatt, haha.. so kita2 ni berwajah org beriman lah uek?? :P moh ke Melbourne lagik, terus turun Tazmania, ada feri kereta dari melben ke tsmnia...

     

    wah...sgt membantu..i'm searching for info psl food nk bawak ke OZ..thanks for the info..really appreciate it..risau sbb byk tmpt nak pegi yg jauh dr town, so sgt susah nk dpt Halal Food..mau mati kering seminggu tak makan kang..hehehe

     

    slm nak tanya, kalau ready made food yg mcm brahim tu even ada daging still lepas ek? td jumpe beef rendang, mcm menarik je nk bawak g sana, tp ragu2 leh bwk ke tak..hee..pls advice..

     

    Yayan, boleh bawak rendang tu, just make sure takde bones dlm tu.. kena raba2 sikitlah packaging tu utk make sure xde tulang, ayam pun sama, make sure no bones

     

    Ada maslh x nak dptkan hotel.

     

    Afend, masa sy ke sana xde masalah nk dptkan hostel/hotel. Boleh check hostelbookers atau hostelworld klu nk cari hostel.Hotel boleh check di Agoda/bookings.com/tripadvisor atau lain2 enjin carian internet. Kalau trip singkat di galakkan book siap2 rather than terjah

     

    so sis,, sure eh produk brahim's cthnya nasi goreng ayam, nasi briyani kambing still boleh bwk eh ke aussie? sy bkn apa, sy pi under persatuan, sy kene handle bahagian makanan. apa2 jadi, sy yg kene marah nanti. haha

     

Blogger Templates by Blog Forum