Showing posts with label Vietnam. Show all posts
Showing posts with label Vietnam. Show all posts

Kunming to Hanoi Overland : Sapa

Assalamualaikum..

**Maaf atas semua komen tidak berbalas, ada sedikit kesilapan teknikal yang rasanya melibatkan google+ semua komen untuk post Sapa dan selepasnya tidak kelihatan & tak sure macam mana nak retrieve balik. Tapi sekarang rasanya dah boleh komen seperti biasa** Maaf juga dah berkurun tak buat entry :)

Anyway, mari sambung cerita yang lepas

Masih hari yang sama, 30 Januari 2013. Eh, kejap je dah nak masuk 2015 ni :p Nak masuk 2 tahun dah ni.. huhuhu. Banyaknya entry beraturrrrr  x__x

Barulah fikiran tenang sambil menikmati kopi. Kami menggunakan sebaiknya wifi percuma dari kedai kopi tu mem-browse through available guesthouse. Siap pinjam telefon tuan kedai nak booking. Tapi disebabkan masalah bahasa, tiada booking yang dibuat. Kami pasrah meredah saja. Selesai minum kami ke stesyen bas/keretapi Sapa. Dalam 5minit dengan teksi. Selepas mendapatkan van untuk ke Sapa kami ke kaunter tiket keretapi pula untuk tiket ke Hanoi. Akan tetapi di sebabkan waktu itu adalah sekitar Chinese New Year (tak ingat orang Vietnam panggil sambutan apa) tiket keretapi telah habis dijual, yang tinggal hanya tiket esecutive dan harganya boleh buat pergi vietnam lagi sekali dengan flight hokeh. Jadi lupakan saja.
 
Stesyen keretapi Lao Cai. Naik van ke Sapa dari sini ye
 
Sekitar pekan Lao Cai. Hujan!

 
Terpaksa meninggalkan stesyen keretapi dengan rasa hampa, perjalanan ke Sapa selama 2jam diteruskan. Waktu itu hujan. Sejuk menggigil la juga, Sapa terletak di kawasan gunung di utara Vietnam jadi kalau winter (walaupun rare untuk ada salji) suhu tetap sejuk. (Untuk pengetahuan, awal tahun ini 2014 ada salji turun di Sapa, begitu juga Kunming). Kami minta van turun dimana-mana guesthouse yang kami nampak dan macam berkenan. Dah tak ingat nama guesthouse tersebut (dah lama sangat!) rate yang dikenakan USD20 untuk twin room with ensuite untuk 2 malam. Bererti USD10/night utk bilik 2 orang, sorang jatuh RM15 saja untuk 1 malam. Ok sangat, bilik pun besar, bersih dan selesa. Kami setuju, dalam pada mengorek-ngorek barang baru aku sedar beg makanan kami tertinggal di dalam van! Menangis tak berlagu la jawapnya, nasib baik periuk nasi dalam backpack. Sudahlah aku dok berjimat-jimat sardin konon nak makan paling last sebab lauk paling sedap. Sudahnya tak merasa. Nanges!! T_T
 


Suasana OTW naik ke Sapa. Tak nampak sangat pemandangan sebab hujan
 
Malam itu terpaksalah merayap mencari makanan. Kami singgah kedai runcit, beli kopi 3in1 Vietnam, beli layer cake sedozen (made in Malaysia siap ada tanda halal). Itu yang kami paling yakin nak makan. Tiada aktiviti yang dibuat, kami hanya merayap-rayap sekitar pekan meninjau-ninjau lambakan barangan outdoor sekitar Sapa. Kedai pun tutup awal, jam 9 malam dah seperti bandar mati. Esok kami akan masuk kampung. 
 
 Sekitar pekan Sapa
 Sekitar pekan Sapa. Nampak tak ramai peniaga2 mengekori mat salleh tuu.. Mujur kami tidak diekori. Nampak sangat sengkek :P
Kedai makanan halal. Indian food
 
 
Oklah, since malam tu kami tak buat apa-apa, aku sambung cerita masuk kampung lain kali ek. Kalau aku sambung lah. heeee, terima kasihlah sebab sudi membaca & atas email-email korang. Mana yang tak ter reply tu InsyaAllah aku reply nanti yek.
 
Jya! 


Kunming to Hanoi Overland : Yuanyang to Sapa

Assalamualaikum..
 
Tiba-tiba macam rajin kan. Padahal pergi site meeting nun kat Jitra sementelaah meeting habis sambil menunggu flight balik yang di malam hari dapatlah masa terluang sedikit nak mendraft entry ni.
 
Jom sambung bebelan di entry Yuanyang sebelum cerita ini masuk anniversary kedua.
 
Hari ke-6, 30 Januari 2013.

Selepas bersunrise sekitar guesthouse kami segera mengemas beg, mandi, masak air buat nestum sarapan sepantas kilat. Christop dah siap lama, alah orang lelaki bersiap memang sekejap semberono je. Bau tuala je pun dah tau, basah-basah tak lipat main sumbat je dalam beg. Huahuahua sempat aku mengumpat. Kami minta dia jalan dulu dan tunggu di Youth Hostel sementara kami bersiap. Mengangkut panda 15kg mendaki lereng bukit saaanggaat rasa nak campak beg tu guling-guling masuk sawah. Gila psycho. Dah la sejuk menggigit, udara nipis, tapi kugagahi jua T_T. Semput tahap mintak nyawa lah bila sampai dekat Christop. Terus berazam nak jogging hari-hari bila balik Malaysia kononnya nak bina stamina (KONONNYA sahaja lah) azam tinggal azam hampeh. Pasangan Canada awal-awal dah gerak dulu nak tangkap gambar katanya. Di Youth Hostel kami sempat masuk sambil menelek hiasan dalaman hostel kebetulan pemandu van yang sedia ada di depan kami ni mahu ke Nansha, umpama orang mengantuk disorong bantal, besar tapak tangan padang bola kami tadahkan, apa lagi tumpang je lah. Fuhh selamat azab nak naik tangga mencanak ke jalan besar. Di tengah jalan ternampak pasangan Canada, kami minta van berhenti mengangkut mereka sekali maka berbondonganlah kami ber-5 dalam van.
Pemandangan pagi sekitar guesthouse
 
Sampai di pekan Nansha setelah mengucapkan selamat jalan kami berpecah mengikut haluan masing-masing. Aku dan Fatt ke stesyen bas, mahu mendapatkan tiket ke sempadan China/ Vietnam ~ Hekou/ Lao Cai. Hari masih awal, lebih kurang jam 9.30 pagi, kami berjaya mendapatkan tiket ke Hekou untuk serta merta. Perjalanan ke Xinjie mengambil masa 2 jam dan Nansha ke Hekou 4 jam. Perjalanan ke Nansha menuruni bukit bukau, jalan bengkang bengkok, siapa tak tahan mabuk mesti muntah, rakyat tempatan pun ramai yang muntah. Di tengah jalan pemandu bas berhenti ke tandas kami sempat ke seberang jalan membeli limau (lapar weh sarapan nestum sebungkus je kot) dah limau je yang dijual di situ. Murah sangat ¥2 untuk 5 biji (RM1). Manis! Sampai di Xinjie kena bertukar bas, bas akan bergerak ke Hekou jam 12, ada setengah jam lagi, sementara aku jaga beg atas bas Fatt pergi membeli apa-apa yang boleh di makan termasuk jagung tongkol. hukhukhuk.. Den tak boleh makan jagung tongkol! sangkut ler gigi besi T_T .
Toilet break, kami ambil kesempatan membeli buah
Alat menimbang yang sangat klasik. Ada ke kat Malaysia?
Pekan Xinjie nun di lembah sana
Itulah jalan yang di lalui antara Xinjie ~ Nansha
Muntah Hijau

Di atas bas kami jumpa lagi dengan pasangan biniku gangster. Mereka juga akan ke Vietnam tetapi akan bermalam di Hekou kerana Visa mereka bermula hari esok. Perjalanan ke Hekou melalui kampung-kampung dan macam biasa jalan bengkang bengkok, sambil layan lagu cina, aku sampai hilang bilangan nak kira berapa kali pakcik driver ulang main lagu tu. Ada sekali berhenti untuk pemeriksaan tentera. Passport kami ber-4 selaku rakyat asing di ambil rekodnya dan dalam 10 minit kemudian dipulangkan semula. Kami sampai di Hekou lebih kurang jam 4petang. Stesyen bas macam stesyen mati, semua orang turun tau-tau sudah tiada orang. Pasangan biniku bangster pun dah hilang, kami ambil teksi untuk ke Lao Cai, dalam 5-10 minit sahaja, kami minta teksi turunkan kami di immigration. Turun teksi tercangak-cangak juga celah mana ni? Puas la terpusing-pusing mencari nak cross borde rkat mana ni? Laahhh, belakang kitorang saja rupanya! tak macam tempat cop passport pon! Agak lawak juga encik immigration China ni, tanya itu ini, lepas tu macam tak tahu nak cop di mana. Mungkin sebab jarang Malaysian lalu di situ. Sampaikan dari tiada manusia sehingga barisan panjang berjela.
Ini lah bas Nansha ~ Xinjie
Antara pemandangan tengah jalan
Rakyat tempatan. Nampak tak yang basah-basah atas lantai tu? Ada orang muntah dalam bas!
Security check
Melalui pekan-pekan kecil
 
Melintas border secara berjalan kaki sahaja melalui jambatan dalam 5 minit ke bangunan immigration Vietnam pula. Sepanjang jalan setiap manusia yang bertembung mesti mengatakan 'Malaysia! Malaysia!' Adoii, korang tak pernah nampak orang Malaysia ke sebelum ni? Tiba-tiba rasa cam artis giteww. Puii. Alhamdulillah selamat melepasi.

Itu haa tempat cop passport, ada di celah pokok rupanya
Itu aku. Nampak tak barisan dah panjang
Dah melepasi immigration China kena cross over jambatan ni. Ini pintu gerbang sempadan sebelah China
Pintu gerbang sempadan di sebelah Vietnam
Bangunan immigration Vietnam
 
Berbalik kepada semasa melepasi sempadan ada seorang manusia yang menegur kami rupa-rupanya ada udang sebalik mee. Dia adalah ulat teksi ke Sapa. Melepasi immigration Vietnam dia segera mendapatkan kami dan cuba mendesak untuk kami mengambil transport dengannya dengan harga yang agak mahal kalau dibandingkan dengan research kami. Kami cuba bincang tepi tapi biasalah dah nama pun ulat tiket tetap cuba mendesak, terjerit juga Fatt kami kemudian terus angkat beg berlalu pergi walaupun harga yang dilaungkan sudah labih rendah berbanding research kami. Kami singgah masuk ke kedai kopi, tak kisah ler yang penting lari dari manusia-manusia yang cuba ambil kesempatan. Sedapnya kopi Vietnam!
 
Oklah, aku pergi ngopi dulu lagipun dah berjela ni lain kali aku sambung lagi yek. Jya!
 

Kunming to Hanoi Overland ~ The Beginning

Assalamualaikum...

Asyik cerita OZ je macam bosan pulak kan. Lanjutan dari episod intro.

Seminggu dua selepas aku balik dari Australia dan Fatt balik dari Nihon, macam biasa berfoya-foya di padang pasir selepas pulang kerja topik biasa adalah pasal destinasi seterusnya. Aku kata 2013 aku nak masuk China sebab belum pernah jejak lagi, Fatt kata pi lah jelajah China, iols dah puas merayap China. Ntah macam mana boleh termasuk topik Kunming sebab aku kata AA baru buka route ke sana Fatt kata mana ada, kena dari Bangkok. Belek punya belek, memang AA baru bukak route, tiket ke Kunming cuma RM88, kebetulan kena pada cuti yang banyak-banyak hari tu. Esok pagi dapat sms Fatt kata dia dah beli, aku try nak beli tiket dah naik RM280++!! huh! benci! .. Petang tu lepas lunch aku tengok lagi, yeay! RM88!!! Terus beli. Tiket balik belum beli sebab belum ada route planning. Sebulan berbincang pasal route nak balik ikut mana kami mencapai kata sepakat balik ikut Hanoi. Tiket balik dibeli dengan harga RM150 dari Hanoi ke KL. Sekian cerita terbelinya tiket Kunming~ Hanoi.
..............................................................................................................

Sedikit info pasal Kunming. Kunming merupakan ibu negeri bagi wilayah Yunnan yang terletak di bahagian selatan China. Kedudukan geografi Kunming menyebabkan cuacanya agak konsisten sepanjang tahun dan digelarkan sebagai city of eternal spring. Walaubagaimanapun semasa winter suhu tetap sejuk dengan ada sesetengah tempat turun salji, jadi kalau ke Kunming semasa winter (December- February) silalah bawa baju yang bersesuaian ye. Ada banyak tarikan di Kunming terutama di kawasan outskirt oleh yang demikian perancangan sangat penting untuk sampai ke destinasi. Antara yang terkenal dan unik adalah Stone Forest, Earth (soil) Forest dan Sand Forest. Selain itu kawasan luar bandar di sebelah barat menghampiri Tibet seperti Dali dan Lijiang juga sangat terkenal. Aku sangat-sangat nak tengok Dongchuan redland, 4 - 5 jam perjalanan dari Kunming dan perlu bermalam di sana. Tapi disebabkan waktu yang agak terhad kami gantikan ke Yuanyang memandangkan winter waktu terbaik melihat Yuanyang rice terrace. Lagipun winter bukan musim terbaik nak tengok redland, boleh jadikan alasan untuk ke Kunming lagi :)
Earth Forest (sumber) & (rujukan)
Dongchuan Redland (Sumber)

Flight jam 1.55 delay 1/2 jam. Perjalanan 3.5jam dirasakan sangat panjang, sudah la lapar. Nasib baik pagi tu sempat aku buat jemput-jemput boleh jugalah alas perut. Kerepek ubi yang Fatt beli malam tadi konon-konon nak buat jajanan di sana habis dalam flight tu jugak. Apabila memasuki ruang udara Kunming kami kagum sebentar dengan pemandangan di bawah. Cantik! Dapat dilihat banyak kawasan rice terrace. Kami selamat mendarat lebih kurang jam 6 petang.
Pemandangan dari ruang udara Kunming

Dari airport kami menaiki metro train line 6 ke Eastern Bus Station lebih kurang 1/2 jam perjalanan. Dari stesyen metro, kami menyeberang ke Eastern Bus Station yang betul-betul berhadapan dengannya. Tak mungkin tak nampak. Kami mencari bas no 22. Untuk naik bas dalam bandar, tak perlu masuk ke dalam stesyen, terus je ke sebelah kanan bangunan, turun bukit sedikit akan nampak platform-platform menunggu bas. Dalam stesyen adalah bas-bas untuk antara bandar. Kami terus ke platform bas 22 untuk ke Zhuantang Lu. Lama juga menunggu, lebih kurang sejam jugalah. Bas 50 yang lalu di platform yang sama dah berkali-kali meninggalkan platform. Akhirnya bas 22 muncul. Tapi sebab bas lambat menyebabkan ramai sangat manusia yang nak naik bas 22, kami terpaksa berdiri. Memang takde peluang duduk sepanjang perjalanan selama sejam. Rasa macam nak patah bahu la juga. Bas berhenti di setiap bus stop tak kira ada orang naik/ turun ke tidak - salah satu penyumbang waktu perjalanan. Fatt dah siap minta pemandu bas tolong bagitau kalau dah sampai Zhuantang Lu.
Dalam metro train
Eastern Coach Station
Berhadapan dengannya, Kunming Eastern Bus Station. Untuk bas dalam bandar, tak payah masuk, terus ke belah kanan menuju ke bahagian belakang bangunan
Platform bas dalam bandar. Nampak tak Eastern bus station kat depan tu
Bas 50 dah banyak kali jalan
Nombor yang ditunggu-tunggu akhirnya sampai

Direction dari hostel, turun di bus stop, jalan mengikut arah trafik dalam 100m belok ke kanan, jalan terus 50m akan nampak bangunan kuning- itulah hostelnya. Tapi kami dah jalan jauh juga macam tak nampak pun bayang bangunan kuning. Setelah berpusing-pusing kat situ Fatt ambil keputusan p cari kat jalan besar semula. Dia suruh aku tunggu & jaga beg kat situ. Lama juga dia menghilang. Dia kembali dengan muka frust "tau tak hostel tu dekat gila dengan tempat bas berhenti tadi!" Kami pun pantas menuju ke arah yang sepatutnya. Loh!! dekat sangat! tak payah jalan 100m ke, 50m ke, ni 20-30m je! Dari bus stop tadi terus saja masuk ke kanan, tak sampai 5 minit jalan dah boleh nampak hostel nya. Hampeh. Bilik kami twin room di tingkat 1, ada lounge kat dalam bilik. Untuk harga RM25 semalam bilik itu adalah sangat berbaloi-baloi. Perkara pertama bila sampai- masak nasi! Malam tu makan nasi lauk kari. Sedap hingga menjilat jari. Perut kenyang, hati senang. Siap layan cerita hantu cina yang lucu padahal kami tak faham satu apa pun. Boleh layan gelak sakan. hehehehe..

Inilah tempat beradu kami untuk 4 hari. Ada VIP lounge gitu

Oklah, aku sambung cerita ni lain kali. Next entry tengoklah mood aku nak cerita pasal OZ ke, pasal kunming ke, pasal Bangalore (eh?) Jya!

Kunming to Hanoi overland - Rangkuman perjalanan

Assalamulaikum..

Hmm.. Hampir sebulan blog ni tak bersentuh. Awal Januari secara tiba-tiba bos mengarahkan aku ke Bangalore, India atas urusan kerja. Dalam pada itu aku juga sibuk mengorek info untuk pembukaan jalan-jalan untuk 2013~ dari Kunming, China ke Hanoi, Vietnam selama 10 hari. Agak mencemaskan juga takut aku tak sempat buat Visa China memandangkan aku pulang dari India kurang seminggu dari tarikh ke Kunming. Alhamdulillah sempat.

Ringkasan perjalanan kali ini:
Day 1 ~ 4 - Kunming
Day 4 ~ 6 - Yuanyang
Day 6 ~ 8 - Sapa
Day 8 ~ 10 - Hanoi

Aku beli tiket ke Kunming seminggu kot lepas balik dari Australia. Pengembaraan kali ini banyak melibatkan perjalanan yang memenatkan, duduk dan baring berbelas jam dalam bas dengan jalan yang berliku dan bermacam pengalaman masam manis pahit. Aku kongsikan dulu beberapa keping gambar sepanjang perjalanan, cerita penuh akan menyusul nanti dan macam biasa, lebih banyak gambar.
Cages of birds at bird and flower market
A glimpse of Kunming city - said to be the city of eternal spring
One of the Kunming's famous wonder- Stone forest
Hani people- the hill tribe of Yuanyang
Kids playing around at the rice terrace
Yuanyang rice terrace at dawn- at one of the sunset point: Bada
Yuanyang rice terrace on a clear day, creating a mirror reflection of the sky
The lush valley of Cat Cat Village Sapa, Vietnam
The Hmong people- the minority tribe of Sapa

Sampai aku tulis lagi! Jya!

Blogger Templates by Blog Forum