Showing posts with label Cambodia. Show all posts
Showing posts with label Cambodia. Show all posts
Assalamualaikum

Mari mencari momentum selepas raya. Maaf aku tak post apa-apa sepanjang puasa. Jom kita sambung Part 10.

Hari ke 7 - 11 Feb 2012, kami akan ke Beng Mealea yang terletak kira-kira 70km dari Seam Reap dan mengambil masa lebih kurang 2jam dengan tuk-tuk, 1 1/2 jam dengan kereta. Jadual akan bermula agak lewat hari itu, jam 8.30 pagi jadi kami ada masa untuk sarapan. Hanya sarapan kopi dan roti untuk alas perut dan acara hari ini agak santai berbanding kunjungan Angkor Wat semalam. 2jam perjalanan melalui kawasan kampung-kampung dan ladang. Jalan raya masih lagi jalan tanah merah yang sangat berdebu kerana musim kering. Kereta kuda, kereta lembu pun masih ada digunakan sebagai kenderaan, bukan sebagai tarikan pelancong. Kebanyakkan (aku rasa semua) rumah masih menggunakan air perigi dan rasanya bekalan elektrik mesti tak ada sebab macam takde pun tiang elektrik. Sepanjang jalan orang tempatan terutamanya kanak-kanak sangat excited melambai-lambai 'bye!!!' kepada kami. Setiap kali bertembung dengan kenderaan lain, kami terpaksa menutup keseluruhan muka kerana debu yang sangat tebal.
Suci dalam debu (kah?)
Dah macam taliban pun ada. aku even selubung satu kepala kalau debu tebal sangat
Pemandangan utama sepanjang jalan
kenal tak apa tu? lembu kaki pendek, still bergerak aktif hokeh! oink! oink!

Selepas 2jam akhirnya kami selamat sampai. USD5 seorang dikenakan sebagai bayaran masuk. Apa yang lainnya dengan Beng Mealea ni? bukan sama je ke semua temple tu? Bagi orang architecture macam aku semuanya adalah berbeza even dalam kompleks angkor wat sendiri. Tapi yang membezakan Beng Mealea ialah ia di kekalkan dalam keadaan asal ketika ditemui. Tiada kerja-kerja konservasi dibuat. Segala pohon dibiarkan sebagaimana ia tumbuh melata.

Sedang kami merayau di dalam kawasan kompleks tiba-tiba datang 'volunteer' guide yang memakai official tag untuk membawa tourist ke sekitar kawasan runtuhan tersebut. Sebenarnya boleh je masuk sendiri tapi chances untuk sesat memang agak tinggi. Kami follow jekla mana pakcik tu bawa sambil-sambil dia cuba jadi tourist guide Rupa-rupanya bila dah keluar semula, dia pun sebut 'tips' chehh.. Kami bagi la sorang usd2 (total usd6), banyak kot.. hehehe.. dasar kedekut, bukan kedekut tapi berjimat, kitorang datang pun naik tuk tuk je tak mampu nak naik kereta.
 Runtuhan di sekitar pintu masuk
 Gigih kitorang panjat ke atas nun, sib baik selalu panjat tabur heee...
 Kena panjat dan lalu segala runtuhan

Lebih kurang 1 1/2 di situ kami pun berangkat pulang. Sampai di Siem Reap semula lebih kurang jam 2.30 petang, kami sempat singgah beli air tebu tepi jalan berharga 1000riel secawan. Dah habis teguk baru lah terdetik dalam hati 'alamak, habislah kalau kene ceri-beri!' tapi since dah selamat masuk perut, tawakkal jelah alhamdulillah nothing happen. Kemudian dengan segera kami berbasikal pula ke perkampungan muslim malam tadi pastilah tujuan utama makan! Kali ini kami ke kawasan masjid (masjid yang dibina kerajaan Malaysia itu kelihatan agak daif, tidak begitu diselenggara dengan baik, kekurangan sumber mungkin) Kebetulan kami sampai jemaah baru selesai asar, kami solat jamak asar & zohor, kemudian singgah ke kedai makan belakang masjid tersebut.  Kami order nasi goreng-goreng saja untuk jimat masa. Sambil-sambil menonton RTM1, kami berborak-borak dengan tuan kedai. Dia bercerita serba sedikit kehidupan di Siem Reap. Sumber pendapatan utama adalah pelancongan. Selain dari itu, pandai-pandailah cari duit, bertani sendiri ke, berniaga kedai makan ke, drive tuk tuk ke, pemandu pelancong ke atau apa-apa sajalah. Sempat juga mengorek cerita dari anak gadis tuan kedai. Dia teringin sambung belajar di Malaysia. Di Cambodia peluangnya hampir tiada lebih-lebih lagi baginya seorang muslim. Menjadikan aku sangat bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Kemudian kami ke Artisan D Angkor dan meronda-ronda sekitar Siem Reap di waktu siang. Sudah 2 kali kami explore di waktu malam. Malam tu sekali lagi kami ke tempat yang sama mencari makanan halal untuk dinner.
 Di hadapan Artisan D Angkor
Inilah rupa lobby Seam Reap Guest House

Kami kembali ke guesthouse agak awal untuk berkemas pulang esok hari :(... Kami perlu ada di airport jam 8.30 pagi jadi tiada aktiviti untuk esok kecuali pulang ke tanah air. Aku sudah mula rindu nasi lemak!! heeee... Ok lah, sekian saja cerita KL-Siem Reap an overland yang berjela-jela ni. InsyaAllah akan ada entry baru untuk destinasi baru dalam 2 minggu lagi. Jya neh!!
Assalamulaikum..

Hush.. dah berjela dan dah basi cerita overland ni weh, tak kira lah aku tulis juga. Sambungan dari part 9, petang tu balik dari Angkor Wat, kami semuanya terdampar atas katil menikmati betapa enaknya air cond, sempat juga melelapkan mata sejam dua. Malam itu selepas maghrib kami segera mendapatkan basikal yang tersedia parking dalam kompaun guesthouse. Kami plan untuk mencari makanan cambodia halal di kawasan perkampungan Islam.

Setelah study sikit-sikit peta yang Melissa bagi (perkampungan muslim tak termasuk pun dalam peta tu) aku jadi penunjuk arah. Setelah berjaya merentas sungai dan desa (memang ada sungai tau) kami sampai di kawasan yang di maksudkan, tapi macam takde tanda-tanda ada kedai halal apatah lagi kampung, kami berhenti bertanya sesiapa saja yang lalu. Hampir semua orang naik basikal jadi senang je nak tahan dan tanya orang yang lalu lalang. Rupanya kami terlepas sikit simpang masuk, jadi kami berpatah semula dan membelok ke sebuah jambatan kecil. Kami dapat tangkap suara-suara tepi jalan yang memberi salam, memang tak salah.

Kedai makan pertama yang kami nampak ~ Cambodian Muslim Restaurant. Memang kedai itu yang kami cari seperti yang diberitahu Melissa pada hari pertama kami sampai. Tuan kedai sangat excited menerima kunjungan kami (rakyat Malaysia). Siaran TV yang mereka tonton juga adalah TV1, yup, ada siaran RTM TV1 kat Siem Reap. Jangan main-main, most of them can understand Malay. Memandangkan sepanjang hari kami cuma makan pisang, semestinya perut sudah bergendang peringkat ke-18 maka selera nafsu serakah meningkat ke tahap tertinggi. heee, kami order nasi berlaukkan 'lok lak', sup ikan dan kobis bunga goreng. Lok lak ni daging yang dimasak guna lada hitam, di atasnya diletakkan telur mata, dihidang bersama 'sup' lada hitam dan 'sup' cili. Rasanya? Sedap! tapi tak tau lah sebab memang sedap atau sebab perut lapar :) Sup ikan juga sangat sedap, walaupun rupanya macam ikan direbus dengan air suam dan ditabur dedaunan. Habis licin semua yang ada atas meja. Sempat juga berborak-borak kosong dengan pemilik kedai, En Soffy Yan.
Inilah hidangan lok lak, daging ada di bawah telur, jangan terpedaya dengan rupanya yang macam biasa-biasa saja itu.
Sayur goreng, tapi lebih kelihatan seperti udang goreng
Sup ikan
Taddaa!! Habis licin semuanya
Kami
Kemudian kami ke Siem Reap Art Center night market, sekali lagi merentas sungai (sebab art center ni bebetul tepi sungai). Kami parking basikal di celah-celah parking motor, ntah macam mana kunci basikal aku takde anak kunci dan kunci basikal Ezu takde dalam bakul, jadinya terpaksalah kunci 3 basikal sekali. Nasib baik kunci basikal Hifzan tiada cacat cela. Kitorang tak nak ambil risiko basikal hilang satu hal pula nak ganti karang.
 Berhenti cari jalan
 Siem Reap Art Center Nigh Market
Nasib baik tak roboh basikal ni kena kunci 3 sekali
Aktiviti mengorek fridge magnet. Borong! jangan tak borong!


Sempat juga kitorang membeli sehelai dua selendang, mencari fridge magnet dan sehelai dua T-shirt. Lebih kurang 2 jam di sana, kami terus saja balik ke guesthouse. Penat weh sehari suntuk di jalanan. Malam tu semua set tidur mati, nasib baik plan ke Beng Melea esok tidaklah terlalu pagi, jadi ada masa untuk acara sambung berguling selepas subuh :)

Huh.. akhirnya hampir sampai ke penghujung series. Gila banyak entry dah sampai part 10. Harapnya next part aku boleh habiskan entry KL~Siem Reap ni.
Assalamualaikum

Sambungan dari Part 8. Seperti yang aku bagitau, kami menyewa tuk tuk untuk mini circle & ke Banteay Srey. Sebenarnya aku masukkan juga Kbal Spean ke dalam itinenary, tapi atas nasihat Melissa bahawa a hike up to Kbal Spean during dry season is not worth, so kami batalkan sahaja. Apa yang menarik tentang Kbal Spean ialah ukiran batu-batu yang terdapat di dalam sungai/ air terjun. Di samping tu, boleh terus mandi manda selepas penat mendaki (air terjun semestinya kena hiking sikit).

Selepas menikmati keindahan matahari terbit, kami segera meneruskan perjalanan ke Banteay Srey. Perjalanan memakan masa hampir sejam dan kami melalui kampung-kampung yang ada di sepanjang perjalanan. Kompleks Angkor Wat bukan hanya mengandungi kuil-kuil, tetapi juga kampung-kampung. Kuil ini terpisah dari kompleks kuil utama dan agak unik kerana dibina menggunakan batu merah (berbanding batu kelabu asap di kuil-kuil yang lain) dan saiznya yang agak kecil. Untuk ke sini perlulah di awal pagi bagi mengelakkan orang yang terlalu ramai. Sewaktu kami sampai sudah ada sebuah bas pelancong di sana. Nasib baik masa nak balik barulah berbas-bas tiba di sana.
This is their morning peak hour
The entrance ~ Penuh dengan manusia yang berduyun tiba
Kanak-kanak yang tidak bersekolah
Look at the opening size, I can't fit into it

Seterusnya, kami kembali ke kompleks utama. Ada sangat banyak temples yang di singgahi aku pun tak ingat dalam turutan yang macam mana dan berapa jumlah yang kami dah tengok antaranya Ta Prohm, Srah Srang, Banteay Kdei, Takeo, Krol Romeas, Angkor Thom, Baphuon, Bayon dan banyak lagi. Aku ada beratus (beribu sebenarnya) koleksi gambar. Setiap temple sangat besar dan kebanyakkannya kena panjat memanjat tangga yang sangat curam, dikatakan bertujuan supaya kita akan sentiasa tunduk ke bawah selama melangkah supaya sentiasa hormatkan tuhan. Hari itu memang sangat memenatkan. Selain tangga yang besar-besar tu, saiz kompleks yang besar dan permukaan lantai yang tidak rata juga menyumbang kepada penggunaan tenaga.  Tambahan pula cuaca yang sangat terik dan kami cuma berbekalkan sesikat pisang sebagai meal hari itu. Nasib baik Kris (pemandu tuk tuk) membekalkan air mineral sejuk percuma. Walaupun kami membawa bekalan air mineral sendiri tapi memang tak cukup.  Kalau korang ke sini, selain bawa air dan bekalan makan yang mencukupi, pakailah kasut yang bersesuaian, kalau boleh pakailah kasut bertutup kerana jalan masuk ke temples ni semuanya tanah merah yang berdebu-debu.
Kalau tadi di Banteay Srey aku macam gergasi, kat sini we are just tiny little creature
The famous Angkor Thom where Tomb Rider was shot
Ada banyak pokok seperti ini yang merosakkan binaan, kebanyakan pokok ini terpaksa di tebang untuk kerja-kerja koservasi. Kami terjumpa sekumpulan uncle dari Kedah yang sangat excited jumpa Malaysian :)
Look at how huge the risers are. Mamat tu merangkak nak turun!
Tour hari itu berakhir lebih kurang jam 6 petang. Hari yang bermula jam 5 pagi, berakhir pada 6 petang, lebih 12jam. Akenti dululah sampai sini. Akan bersambung bila aku sambunglah yek. Jya!

Blogger Templates by Blog Forum