Assalamulaikum..

Hush.. dah berjela dan dah basi cerita overland ni weh, tak kira lah aku tulis juga. Sambungan dari part 9, petang tu balik dari Angkor Wat, kami semuanya terdampar atas katil menikmati betapa enaknya air cond, sempat juga melelapkan mata sejam dua. Malam itu selepas maghrib kami segera mendapatkan basikal yang tersedia parking dalam kompaun guesthouse. Kami plan untuk mencari makanan cambodia halal di kawasan perkampungan Islam.

Setelah study sikit-sikit peta yang Melissa bagi (perkampungan muslim tak termasuk pun dalam peta tu) aku jadi penunjuk arah. Setelah berjaya merentas sungai dan desa (memang ada sungai tau) kami sampai di kawasan yang di maksudkan, tapi macam takde tanda-tanda ada kedai halal apatah lagi kampung, kami berhenti bertanya sesiapa saja yang lalu. Hampir semua orang naik basikal jadi senang je nak tahan dan tanya orang yang lalu lalang. Rupanya kami terlepas sikit simpang masuk, jadi kami berpatah semula dan membelok ke sebuah jambatan kecil. Kami dapat tangkap suara-suara tepi jalan yang memberi salam, memang tak salah.

Kedai makan pertama yang kami nampak ~ Cambodian Muslim Restaurant. Memang kedai itu yang kami cari seperti yang diberitahu Melissa pada hari pertama kami sampai. Tuan kedai sangat excited menerima kunjungan kami (rakyat Malaysia). Siaran TV yang mereka tonton juga adalah TV1, yup, ada siaran RTM TV1 kat Siem Reap. Jangan main-main, most of them can understand Malay. Memandangkan sepanjang hari kami cuma makan pisang, semestinya perut sudah bergendang peringkat ke-18 maka selera nafsu serakah meningkat ke tahap tertinggi. heee, kami order nasi berlaukkan 'lok lak', sup ikan dan kobis bunga goreng. Lok lak ni daging yang dimasak guna lada hitam, di atasnya diletakkan telur mata, dihidang bersama 'sup' lada hitam dan 'sup' cili. Rasanya? Sedap! tapi tak tau lah sebab memang sedap atau sebab perut lapar :) Sup ikan juga sangat sedap, walaupun rupanya macam ikan direbus dengan air suam dan ditabur dedaunan. Habis licin semua yang ada atas meja. Sempat juga berborak-borak kosong dengan pemilik kedai, En Soffy Yan.
Inilah hidangan lok lak, daging ada di bawah telur, jangan terpedaya dengan rupanya yang macam biasa-biasa saja itu.
Sayur goreng, tapi lebih kelihatan seperti udang goreng
Sup ikan
Taddaa!! Habis licin semuanya
Kami
Kemudian kami ke Siem Reap Art Center night market, sekali lagi merentas sungai (sebab art center ni bebetul tepi sungai). Kami parking basikal di celah-celah parking motor, ntah macam mana kunci basikal aku takde anak kunci dan kunci basikal Ezu takde dalam bakul, jadinya terpaksalah kunci 3 basikal sekali. Nasib baik kunci basikal Hifzan tiada cacat cela. Kitorang tak nak ambil risiko basikal hilang satu hal pula nak ganti karang.
 Berhenti cari jalan
 Siem Reap Art Center Nigh Market
Nasib baik tak roboh basikal ni kena kunci 3 sekali
Aktiviti mengorek fridge magnet. Borong! jangan tak borong!


Sempat juga kitorang membeli sehelai dua selendang, mencari fridge magnet dan sehelai dua T-shirt. Lebih kurang 2 jam di sana, kami terus saja balik ke guesthouse. Penat weh sehari suntuk di jalanan. Malam tu semua set tidur mati, nasib baik plan ke Beng Melea esok tidaklah terlalu pagi, jadi ada masa untuk acara sambung berguling selepas subuh :)

Huh.. akhirnya hampir sampai ke penghujung series. Gila banyak entry dah sampai part 10. Harapnya next part aku boleh habiskan entry KL~Siem Reap ni.

4 comments:

    me pon baru balik siem reap tuu, sibbaik x jumpe.. ehheee

     

    Haha... pengalaman travel mana boleh basi...teruskan kerana akan ada seseorang yang tersesat membaca blog awak ni nanti...... Suka Siem Reap...

     

    Hajimete,
    Sy pg bln feb yg lps.. Agak lama dah juga.. Tak mngkin jmpalah kot :-)

     

    Andak,
    Heeee... InsyaAllah ttp akan tulis tapi berkurun nak habiskan :-)

    Yup.. Siem reap mmg unik

     

Blogger Templates by Blog Forum