Showing posts with label Keretapi. Show all posts
Showing posts with label Keretapi. Show all posts
Assalamualaikum..
Baiklah, mari teruskan momentum cerita India. Sambungan dari Mettupalayam.
 
Khamis, 30 April 2015. Misi hari ini adalah mendapatkan tiket keretapi ke Ooty. Keretapi ini merupakan Toy Train yang masih menggunakan enjin stim. Laluan ini juga dikenali sebagai Nilgiri Mountain Train di iktiraf sebagai UNESCO World Site Herritage pada tahun 2005, sebagai sebahagian daripada Darjeeling Toy Train walaupun Darjeeling nun jauh di bahagian atas India. Di sebabkan itu, laluan ini adalah sangat popular di kalangan pelancong dalam dan luar negara dan lebih kurang 85% tiket adalah secara penjualan online. Tambah lagi hanya ada 3 gerabak sahaja dari Mettupalayam ke Coonoor, maka tiket memang macam goreng pisang panas. Kami masih ada talian hayat walaupun kedengarannya amat tipis, iaitu mendapatkan baki 15% tiket yang akan dijual di kaunter stesyen pada hari berkenaan. Berapa keping yang dijual di kaunter?? 20 keping. Iye, 20 keping sahaja. Memang kecut perut memikirkannya sebab kalau tak dapat maka kami terpaksa membawa hati lara berpatah semula ke Coimbatore dan menaiki bas ke Bangalore. Tambah pula esok hari cuti umum (1 Mei, they call it May day), lagi lah ramai manusia!
 
 Seawal jam 4 pagi kami sudah berjalan ke stesyen keretapi konon-kononnya supaya dapat beratur sebagai manusia pertama, sekali tengok dah berderet manusia beratur. Kalau di kira dengan jari, kami memang tidak termasuk dalam 20 terawal. Rasa macam punah musnah hancur hati ku tercarik-carik. Namun kami masih belum putus asa, bertabah juga menunggu kaunter buka jam 6.00 pagi. Sekurang-kurangnya kami mencuba (pujuk hati). Memang berdebar lah wehhh! Aku yakin kami dapat tiket tersebut kerana kebanyakan yang beratur adalah keluarga dengan jumlah yang agak besar. Keluarga di hadapan kami lebih kurang 5-6 orang, sekiranya 4 daripada mereka termasuk dalam 20 yang pertama, agak-agaknya lagi 2 orang sanggup di tinggalkan? Mestilah tidak sebab anak-anak. Jadi kesabaran adalah kunci sebuah penantian! Lebih kurang jam 6.15 pagi, kami semakin bimbang kerana masih belum ada tanda-tanda tiket akan di jual. Kami cuba bertanya adakah kami termasuk dalam senarai & bolehkah kami bergilir beratur memandangkan beg masih di hotel dan subuh pun semakin menghampiri subuh gajah. Jawapan hampa yang diperolehi, beratur saja di sana. Haishhh depa ni tak faham soalan ke, buat-buat tak faham? Ketika kami masih panas & masih mengkritik sesama kami (mestilah bahasa melayu kan) tiba-tiba pegawai tersebut memanggil (aku). Berlari aku ke office dia, dia tanya berapa orang aku jawap 4, dia tulis sesuatu di atas secebis kertas dengan nombor 4, go buy the ticket over there. Erkkk macam terkedu sekejap, Allahuakbar! Aku berlari ke seberang landasan membeli tiket. Cuma rs15 untuk 5 jam! Lonely Planet mengatakan rs150 untuk 1st class. Kami bayar rs15 untuk 2nd class. Selepas train semalam, tak pedulilah kelas apa, yang penting dapat tiket untuk meneruskn perjalanan. Lagipun sepuluh kali lebih murah, apa salahnya dan lagi, 1st class ke, 2nd class ke, sama saja tempat duduknya.

Sekarang, beg pula. 2 orang tinggal di dalam gerabak untuk secure tempat duduk. Ingat! Walaupun dah dapat tiket, tak semestinya dapat tempat duduk sebab tiket tiada nombor. Jadi, once you are allowed to be in the coach, don't ever leave, at least one of you need to be on the cart to ensure you've got your seat. Sebenarnya sesiapa boleh masuk, tak ada pegawai pun yang datang check tiket kerana toy train ini tak boleh access dari gerabak ke gerabak. Kalau dah masuk ke dalam gerabak, tidak ada pun yang datang memeriksa. Ada jugalah rasa ntahhapehapentah beratur dari pukul 4 pagi, tapi sistem apa pun tak ada. Namun, kami bersyukur perjalanan kami setakat ini dipermudahkan. Berbalik kepada beg, kami ada 40 minit saja lagi untuk mengambil beg di hotel sebelum train bergerak. 2 dari kami perlu kembali ke hotel segera. Aku mengambil keputusan menahan auto, deal untuk dia hantar ke hotel dan kembali ke stesyen semula. Cuma rs100. Aku sumbat saja segala barang yang masih di luar beg. Kena angkut beg 4 orang turun tangga, check out. Ngam-ngam saja kami berdua sampai di stesyen dengan bagasi 4 orang. Oh ya, dalam perjalanan ke stesyen semula, masa itu juga lah ada pokok tumbang tengah jalan, memang menguji kesabaran sungguh. Mujur orang ramai pantas dan tuntas mengalihkan pokok tersebut.

Jam 7.10 pagi keretapi pun mula bergerak. Rasa teruja bila keretapi berbunyi, toott toott!! Sungguh klasik! Macam naik Thomas, haha. Sepanjang perjalanan 5 jam, kami di sajikan perlbagai pemandangan marentasi gunung ganang, di beberapa stesyen pula kami dibenarkan turun untuk bergambar, minum teh, ke tandas kerana kepala keretapi perlu di isi air untuk menghasilkan stim kerana itu keretapi akan berhenti lama. Sepanjang jalan, banyak bunga-bunga liar tumbuh melata. Indah, memang indah ciptaan Allah. MasyaAllah. Di Conoor, gerabak ditambah dan kepala di tukar kepada enjin diesel biasa. Akhirnya jam 12.30 petang kami tiba di Ooty. Ooty merupakan kawasan tanah tinggi jadi suhunya sedikit nyaman (sikit jelah). Kalau ada banyak masa di sini, boleh ke kebun teh dan taman bunga Ooty yang katanya cantik. Melihat bunga di taman depan stesyen keretapi pun dah cukup geram. Ok, tinggalkan bunga, itu tak penting. Sekarang, perlu mencari tiket bas ke Mysore. Tapi aku rasa aku sambung nanti-nanti lah ye :) Aku kongsi sikit gambar-gambar sepanjang Toy Train ride. Jya!
 Train mula bergerak
 Bersempit-sempit haa dalam gerabak
 Hentian pertama, tengah-tengah gunung

Redah & Terjah India : Dari Kochi ke Mettupalayam

Time to say good bye to Kochi & Happy Camper. Thank you for the hospitality

Assalamualaikum
Ok, sementelaah aku tengah rajin, jom terus sambung cerita lepas.

*Kali ini aku menulis tanpa gambar (tak sempat nak edit lagi), gunakanlah imaginasi tertinggi kau orang ye, kalau rajin nanti aku letak gambar kemudian*

Rabu, 29 April 2015. Pagi kami sudah bersiap. Keretapi ke Coimbatore jam 9.30 pagi. Perjalanan mengambil masa 5 jam, kami tempah 2nd class sleeper 3 tier non A/C rs200 seorang berdasarkan nasihat pengurus hostel. Katanya setakat perjalanan 5 jam tak perlu berhawa dingin. Sekali hambek kau, sauna 5 jam segala macam bau ada. Kalau disuruh sekali lagi naik train tu #meninggey aku tak mau. Namun pengalaman itu adalah sesuatu yang tidak akan dilupakan. Setiap gerabak dibahagikan kepada beberapa cubical, dengan setiap cubical mengandungi 6 katil (3 tingkat) + 2 katil (2 tingkat) di bahagian laluan. Susun atur lebih kurang keretapi di China, cuma ada tambahan lagi 2 katil di bahagian laluan. Kalau keretapi China, bahagian laluan di letakkan meja dan kerusi. Di waktu siang, katil di bahagian tengah di lipat dan penumpang katil tingkat 2 dan 3 boleh duduk di katil paling bawah (memang tertera nombor tempat duduk kalau katil tengah di lipat). Di bahagian tepi juga, waktu siang katil bawah boleh dilipat menjadi 2 kerusi untuk penumpang atas dan bawah. Bergaduh juga lah aku dengan pakcik yang sepatutnya duduk bertentang dengan ku (Katil atas aku). Melihatkan dia yang duduk di merata-rata (kecuali di tempatnya sendiri) aku letakkan beg aku di atas (tempat tidurnya) memandangkan siang hari pun bukannya nak tidur, lagi pula masih pagi, tapi entah dari mana dia muncul dengan muka bengis, hampeh punya orang tadi kau tidur di tempat duduk kami, kami tak bangunkan pun kau, macam duduk kelas pertama pula marahnya. Tapi aku biarkan saja dia membebel, aku balaskan dalam bahasa Melayu saja. Mujur di bawah tempat duduk ruang agak besar untuk meletakkan anak-anak panda kami ber empat itu. Tips; kalau berbackpacking, selubung jelah beg tu dengan raincover tak kira ke mana atau cuaca macam mana. Beg tidak akan kotor, sentiasa bersinar-sinar walaupun di baling-baling atas debu :). Setiap cubical juga di lengkapi plug point untuk charge segala barangan elektronik, dan sebuah cermin muka yang agak besar. Mungkin rakyat India memang suka bercermin? Aku perhati cubical sebelah, terdiri dari jejaka-jejaka ’sado’, naik sahaja terus membuka baju (mujur mereka bersinglet) kemudian bersikat beramai-ramai di depan cermin, berdandan ala-ala mahu ke shopping mall menjual minyak urat, namun selepas itu mereka membuka katil tengah dan kemudian masing-masing tidur >_< pelik juga.
Dengan penjaja silih berganti sepanjang jalan di setiap stesyen, bermacam barangan – buku, key chain, belon, barangan sembahyang, permainan kanak-kanak dsb, berbagai ragam pengemis – yang mencampak nota dengan jalan cerita hampir sama kesemuanya, yang menarik troli mainan minta di campak wang rupee ke dalamya, yang berjalan menggunakan lutut tapi jelas tapak kakinya baru saja memijak tanah, beraneka minuman/makanan, pelbagai aroma – chai (teh susu), kopi, vaddey, perbagai pilihan beriyani, samosa, dosa (tossey) dan macam-macam bau lain selain bau manusia di campur bau hancing yang sampai ke sudah kami tidak pasti berpunca dari mana. Setiap kali berhenti di stesyen, bertambah pekat lagi baunya. Iye, itu semua sebuah pengalaman berharga. Tapi kalau di suruh ulang tayang semula perjalanan itu, bukan ini yang jadi pilihan. Jam 2.30 petang kami sampai di Coimbatore. Keretapi di India memang menepati masa, sama seperti di China. Janganlah nak melengah-lengah nak naik train di India, memang kena tinggal jawapnya.

Dari Coimbatore kami menaiki auto ke stesyen bas untuk ke Mettupalayam. Bas sangkut-sangkut lebih kurang setengah jam perjalanan rs16. Kali ini bertekak pila dengan kelindan bas. Kisahnya tambang auto yang dipersetujui rs170. Kami hanya ada wang paling kecil rs500, pemandu auto tiada wang kecil juga katanya. Dia pantas menuju kepada kelindan bas (bas masih berhenti menunggu penuh di tepi jalan) ntah apa yang dia cerita kepada si kelindan sambil menghulurkan rs500 tadi, katanya kepada kami kelindan akan memulangkan wang kami dan dia sudah ambil bahagiannya. Mula bas bergerak, kelindan memulangkan baki, kurang daripada yang sepatutnya. Kemudian dia memberi tiket bas. Memang berharga rs16. Bersama sekeping tiket yang berharga rs30. Kami kira lagi. Rs16 darab 4 bersamaan rs64. Kurang rs36. Tiker rs30 ini pula untuk apa? Kemudian dia minta lagi sambil tangannya cuba mengambil duit yang masih aku pegang. Mestilah pantas aku kata ‘nanti!’ sambil menarik tangan ku jauh dari jemarinya. Lama juga bertekak ala-ala menerangkan kiraan matematik kepada seorang murid darjah 2. ‘rs16 multiple by 4 is only rs64! The auto is rs170, you are suppose to give us back more’ kata ku berkali-kali tapi dia macam buat-buat tak faham, tapi terus meminta lagi. Kami minta bantuan penumpang yang duduk di hadapan pintu terangkan kepadanya. Rupa-rupanya pemandu auto telah ambil rs200! Kemudian katanya lagi ada bayaran untuk luggage sebab beg kami besar-besar belaka. Jadi kena tambah lagi rs30. Cerita driver auto ambil rs200 memang boleh dipercayai sebab mereka ni memang kaki putar alam. Tapi cerita beg kena bayar tu aku memang tak boleh terima, bila masa naik bas kena bayar luggage macam naik kapal terbang?? Bas sangkut-sangkut pula tu. Puihh.. Tempat duduk pun aku tak dapat, berdiri dalam bas yang lebih penuh dari tin sardin. Tapi akhirnya bayar jugalah extra rs30 tu, malas nak bertekak lebih lanjut. Lagi pun rs30 cuma rm1.80, dibahagi 4 cuma berapa puluh sen sangat. Susunan kerusi di dalam bas sangkut-sangkut di India memang sangat optimum, memaksimakan jumlah penumpang yang boleh duduk. Jika di China kerusi amat terhad, lebih kepada ruang kosong untuk memaksimakan jumlah penumpang berdiri, di sini kerusinya dalam kombinasi 3-2 dengan lorong laluan/berdiri di tengah-tengah yang tak berapa luas untuk penumpang berdiri dan lalu. Kerusinya amat kecil, ruang kaki pun sempit sangat.

Sepanjang jalan, pemandu bas pasang lagu tamil yang rancak habis sampai aku rasa rasa macam nak menari-nari ala filem Chennai Express. Mujur aku masih boleh kawal kewarasan fikiran tak menari-nari tak ingat dunia, walaupun baru lepas stress kena pau dengan pemandu auto dan kelindan bas tadi. Kami tiba di Meyyupalayam setengah jam kemudian. Bilik hotel sudah ditempah untuk 1 malam bilik double room, 2 extra bed with A/C. Ketika sampai memang bilik yang ditunjukkan ada aircond tapi remotenya tiada, bila di tanya katanya booking online tidak ber aircond (walhal memang jelas ada aircond) namun kami tidak ada access internet ketika itu untuk membuktikan tempahan kami memang untuk bilik berhawa dingin. Aircond yang sedia ada dalam bilik tu katanya tidak berfungsi. Kalau mahu bilik ber aircond kena tambah rs800 dan tukar bilik dan bila kami kata nak tukar bilik, dan dan tu keluar remote 'tett' tala dekat aircond bilik kami tu. Huh! Kena lagi dengan kaki putar alam, marah punya pasal kami terus keluar (beg pun belum sempat buka) cari hotel lain. Check in lah kami di hotel lain rs1400 semalam. Tetapi!! ...... Lain pula ceritanya dalam bilik mandi bercacing! Erghhhh!! Tapi kami hadap jelah kerana dah terlalu penat dan tak kuasa nak pergi pindah-pindah hotel lagi. Kami memasak nasi dan menumis meggie dan telur. Sedap baq hang! Usai makan, malam itu kami keluar meninjau di mana stesyen keretapi, esok pagi kami nak pergi beratur di jam 4 pagi. 4 pagi??! iyee, 4 pagi. Sebabnya? Tunggu entry seterusnya ye. Mujur hujan lebat sebelum itu, nyamanlah sedikit udara. Suasana ke stesyen keretapi tidak begitu menyenangkan. Bekalan elektrik di jalanan terputus, mungkin kerana hujan lebat tadi. Keadaan agak gelap, meraba-raba juga kami berjalan. Aku hampir tersungkur melanggar batu besar di tengah jalan. Mujur tak tersungkur, tapi sakit kot! Pantas saja tinjauan kami, walau apa pun keselamatan mesti nombor satu dalam kepala. Lebih baik beringat sebelum kena. Balik dari stesyen keretapi ternampak pula warung pharata di seberang hotel. Macam sedap je, macam sedap je, pantas melintas. Hushh gila sedap dapat roti canai panas-panas dalam cuaca lepas hujan dengan kuah yang marvellous! VahVahVah!! Bertambah juga 2-3 keping kami makan, mengenangkan baru lepas makan nasi je, kalau tidak, maunya seorang 3-4 keping kot. Perut kenyang, hati senang, nyenyak tidur malam tu walaupun beralaskan tilam yang tak berapa nak sedap.

Ok lah ye, nantikan sambungan seterusnya - debaran mendapatkan tiket ke Ooty.
Ke nak aku mulakan entry Xian-Chengdu hujujng tahun lepas?

Blogger Templates by Blog Forum