Entry Sampingan ~ Bagaimana Packing untuk Travel Light?

Assalamualaikum..

Selingan sedikit di antara entry India ye. Berikutan sambutan yang agak menggalakkan untuk entry 10 barang mesti ada ketika aku travel, kali ini jom kita bincang pasal bagaimana caranya untuk packing backpack korang secara berkesan supaya boleh mengembara lebih ringan menjadikan jangkauan lebih jauh. Bukan mudah untuk memikul 'panda' yang besar dan berat terutamanya kalau dalam situasi terpaksa berlari mengejar bas/keretapi mahupun kapal terbang, terpaksa menaiki tangga (yang tinggi) di tempat yang tiada lift, berjalan kaki di tengah panas atau di malam yang gelap dalam keadaan teraba-raba sambil cuba mencari lokasi hostel setelah beberapa kali melalui lorong yang sama (sesat!) dalam keadaan hendak melarikan diri dari lalat-lalat pelancong yang mengiang-mengiang di telinga. Kan bagus kalau 'mak panda' itu seberat 'anak panda', bukan saja menjadikan situasi-situasi di atas lebih mudah di hadapi, malah boleh jimatkan duit juga. Tidak perlu membayar luggage (kebanyakan budget airlines kebiasaannya akan mengenakan caj tambahan untuk luggage), bukankah lebih jimat (banyak) dengan hanya membawa bagasi kabin (7kg) yang percuma itu? Paling tidak pun beli luggage minimum dan kongsi bersama rakan se-pengembaraan. Aku biasanya akan kongsi 20kg berdua atau bertiga, itupun untuk trip lebih seminggu yang memerlukan aku membawa makanan kerana kebanyakannya tidak boleh di bawa masuk kabin (packaging melebihi 100ml).

Jom aku kongsi macam mana aku pack barang aku.

1. Gulung pakaian

Aku rasa hampir semua orang sedia maklum, dengan menggulung pakaian, memberi lebih banyak ruang di dalam beg. This is my number 1 rule of thumb for packing. Biasanya aku akan pack mengikut pasang - baju dan seluar dilapik dan digulung bersama. Cubalah gulung sekecil yang mungkin, lebih banyak ruang yang akan diperolehi. Shawl pula aku gulung berasingan untuk mengelakkan renyuk yang melampau.

2. Guna zipper bag

Pakaian yang sudah digulung aku masukkan ke dalam zipper bag. Tips ini aku dapat dari kawan-kawan travel dan hiking. Jangan kedekut untuk melabur lebih sedikit. Yang mahal (sedikit saja mahalnya) boleh di guna pakai berkali-kali, yang murah kena tukar setiap kali. Percayalah, aku dah cuba hampir semua yang ada di pasaran termasuk zipper bag Daiso. (Tak pasti lah pula kalau aku ni kasar sangat > < hehehe). Jadi kesimpulan dari case study eksperimen aku,  zipper bag jenama Glad atau Diamond jenis extra wide seal (kapasiti 1 gallon) adalah yang paling tahan lasak. Aku baru ganti stok lama selepas 2 tahun setengah (Yay!). Zipper bag saiz 1 gallon boleh masuk 2 pasang pakaian, selepas di masukkan, seal separuh jalan, kemudian keluarkan angin di dalam beg. Tekan sehingga kesemua angin di keluarkan sambil seal sampai habis, wallah! zipper bag akan jadi seperti di vacuum. Aku akan bahagikan pakaian aku yang tak berapa nak banyak tu mengikut keperluan itinerary. Barang-barang makanan juga aku akan masukkan di dalam zipper bag sebagai langkah berjaga-jaga kalau packaging pecah/ koyak atau tumpah. Tambah lagi segala pakaian juga sudah di masukkan di dalam zipper bag, so double, triple protection.
 Inilah rupa extra wide seal
 Masukkan baju yang sudah di gulung ke dalam zipper bag
 Keluarkan angin di dalam plastik kemudian tutup, macam kena vacuum kan?
 
3. Kurangkan (atau jangan bawa) barang yang tidak perlu, hanya yang perlu sahaja

Bahagian ini adalah yang paling susah terutamanya untuk orang perempuan (aku tak terkecuali). Memang lumrah wanita segala macam barang yang difikirkan untuk keselesaan (dan kecantikan) mahu di bawa ke mana sahaja. Kalau boleh dengan rumah sekali mahu di heret. Tinggalkanlah keselesaan itu di rumah. Antara tujuan mengembara adalah untuk merasai kepayahan supaya keselesaan yang dikecapi akan lebih di syukuri, di nikmati dan di hargai. Jadi, berapa banyak pasang pakaian yang aku bawa? Pernah dengar rules of 3? Ia boleh di aplikasikan dalam mengemas backpack. Bawa 3 pasang baju setiap kali - 1 di pakai, 1 di basuh dan 1 spare (ok, kadang-kadang bawa 2 spare). Aku akan bawa juga sabun basuh (paketkan dalam botol 100ml sabun cecair atau bawa sabun buku yg di kerat separuh atau suku mengikut keperluan). Untuk pakaian "kecil" pula, biasanya aku beli disposable underware di Watson dan aku akan labur untuk yang mahal sedikit untuk ketahanan (ada 2 jenis kain yang di jual di Watson), jenis yang mahal bukan saja tahan lasak, ringan dan jimat ruang, malah boleh di cuci. Dulu, aku akan bawa travel iron tapi sekarang itu semua tidak penting. Bawalah pakaian yang tidak mudah renyuk dan ringan. Jangan bimbang pakai baju renyuk, setakat ini belum pernah lagi aku di tegur mahupun di belek-belek kerana memakai baju tidak bergosok. Kalau korang perlu sangat membawa barang-barang keselesaan carilah yang bersaiz travel. (P/S: ada sesiapa nak beli tak travel iron aku? haha). Labur jugalah untuk membeli tuala micro fibre yang berkualiti, memang berbaloi-baloi. Kalau ke tempat yang sejuk (terutamanya winter, tidak perlu membawa baju "harian" seperti t-shirt & blouse, cukup sekadar paling banyak 2 helai termasuk yang di pakai. Di sana, tidak perlu semua itu, long john & other outer layers yang paling penting. Tak perlu juga kot nak bawa sampai 5 pasang jaket winter, paling banyak aku pernah bawa 2 helai jaket, 2 pasang long john, 2 pasang heat tech (uniqlo) dan 2 helai fleece. Musim sejuk memang terpaksa membawa lebihan layer. Jika perlu, beli saja di destinasi nanti, tidak perlu membawa lebihan muatan dari sini. Another thing kalau travel di musim sejuk aku dan kawan-kawan selalu shopping winter jacket di kedai bundle sahaja. Harga dalam RM10-RM20. Kenapa? Kerana kami akan tinggalkan atau sedekah kan baju tersebut bila mahu pulang. Lain kali boleh beli lagi, winter hanya sekali setahun. Itu pun kalau setiap tahun aku merantau semasa musim sejuk. Satu lagi, pada aku kalau travel atau hiking, lebih baik membawa banyak makanan daripada membawa banyak pakaian. Makanan akan susut sepanjang jalan sehingga waktu pulang ia akan habis dan beg akan semakin ringan, berlainan dengan bebanan lain, semakin lama di pikul akan terasa semakin berat dan berat beg tidak akan berkurang pun sampailah pulang ke rumah.

4. Paket semula cecair

Tidak perlu membawa shower gel, shampoo bersaiz 500ml, pencuci muka 150ml, ubat gigi 100ml, moisturizer siang 50ml, moisturizer malam 50ml, toner 100ml, losyen badan 500ml and the list goes on. Labur sedikit (iye, travel dah memang hobi yang agak mahal, jadi kenalah melabur sedikit kalau nak berjimat lebih. It is a long term investment actually) untuk membeli botol pelbagai guna bersaiz 30,50,80,100ml mengikut kesesuaian dan keperluan. Di Daiso banyak di jual botol-botol sebegini pelbagai saiz. Pilih botol yang lembut (mudah di picit). Jangan malas nak re-pack semua barang-barang ini. Malah segala krim siang, malam, pagi, petang juga di paket semula, jadi segalanya adalah allowable cabin size. Asalkan tak melebihi 100ml. Body lotion juga aku repack. Nak beli semuanya dalam travel size yang tersedia di kedai? Bukankah lebih murah beli yang bersaiz besar? Memang lah kena keluarkan kos lebih sikit membeli bekas untuk re-pack tetapi kos itu dikeluarkan sekali sahaja berbanding kos membeli travel size setiap kali mahu berpergian. Aku juga re-pack sos, kicap, minyak masak malahan pencuci pinggan.
Paketkan semula semua semua cecair.
 
5. Susunatur di dalam backpack

Asingkan barang-barang dan pakaian di dalam beg yang lebih kecil & zipper bag. Dengan cara ini barang-barang akan lebih tersusun dan lebih mudah di susun. Kalau pun perlu mengorek beg di tengah-tengah alam (contohnya di tengah-tengah airport untuk melepasi pemeriksaan kastam) tidaklah barang bersepah-sepah bila di keluarkan. Letakkan pakaian yang akan di pakai kemudian dan yang lebih berat di bahagian bawah sekali, di ikuti pakaian yang akan di pakai terlebih dahulu semakin ke atas. Kemudian barulah masukkan toiletries, ubat-ubatan, makanan dan keperluan lain. Jangan pula susun barang yang ringan di bawah, yang berat di atas, mau terbalik pula bila berdiri nanti.
Asing-asingkan semuanya. Everything will be within reach
 
Itulah sedikit sebanyak cara aku packing backpack aku. Korang pula macam mana?

6 comments:

    terbaeklah...

     

    nk p daiso shopping cenggini hikhik

     

    tips yang sangat2 beguna. terima kasih :)

     

    info yang sangat berguna utk beginner :)

     

    kat mana bei zipper bag jenama glad dan diamond tu?

     

    TQ, tips yang berguna

     

Blogger Templates by Blog Forum