Showing posts with label Medan. Show all posts
Showing posts with label Medan. Show all posts

Medan ~ Lake Toba ~ Berastagi (Part 2)

Assalamualaikum

Sebelum aku cerita pasal jalan-jalan paling baru, jom sambung cerita ini.

Boleh tahan jauh kami berbasikal keliling kampung turun naik bukit sampai berpeluh-peluh la juga. Suasana sejuk memang menyegarkan lebih-lebih lagi dengan pemandangan hijau di mana-mana. Lebih kurang jam 9 pagi kami pulang semula ke Bagus Bay. Siap mandi segala, kami check out dan menunggu feri seterusnya sampai untuk menyeberang ke Parapat. Kami sudah ketinggalan feri pertama, jadinya hanya lepak-lepak tepi tasik sambil menikmati pemandangan. Feri sampai tepat jam 10 pagi dan kami menaiki feri betul-betul di depan Bagus Bay, hanya perlu lambai-lambai kat driver feri dan dia akan 'kutip' para penumpang.
Aktiviti pagi- laundry!
Rupa paras dalaman feri
Pemandangan menghampiri Parapat
Jadual feri

Sampai di Parapat, supir sedia menanti. Dia kami tinggalkan menginap di Parapat sementara kami bermalam di Danau Toba. Boleh juga kalau nak bawa kereta menyeberang tambang kereta IDR300.000 tapi menggunakan feri yang lain dari feri yang kami naik. Kemudian kami meneruskan perjalanan 6 jam ke Berastagi- destinasi bermalam seterusnya. Sepanjang jalan pemandangan memang superb. Banyak kali kami minta berhenti mengambil gambar. Kami juga singgah minum kopi di Simarjarunjung sebelum berhenti singgah di air terjun Sipiso Piso untuk makan tengah hari. Bayangkan besarnya Danau Toba ni sampaikan masih boleh kelihatan dari Sipiso Piso yang 4jam jauhnya dari Parapat walhal dah lalu segala hutan gunung ganang. Kami gagahkan juga turun ke kaki air terjun bukan aku boleh datang sini tiap-tiap tahun kan, sempat kami bertanya local yang berselisih berapa lama untuk turun mereka kata "45minit turun, naiknya 1jam, yang pasti ia melelahkan!". Tapi itu tidak mematahkan semangat dah sampai mestilah gigih kan. Kami turun dalam masa 1/2 jam dan naik dalam masa 45minit. Nasib baik aku gigih naik tabur selalu :)
 Tetiba kat tetengah hutan ada 2 orang budak ni
 Sipiso Piso Waterfall
 Akhirnya sampai juga di bawah
Memang akan basah di bawah sana

Dah seronok berbasahan kat bawah tu, masa untuk menapak naik! Mental kena kuat sama macam hiking, lagi pulak it seems like a never ending steps up. Lapar baliklah sampai atas tu walhal nak turun tadi dah makan nasi hokeh. Lebih kurang jam 4petang kami bergerak dan dalam sejam setengah kemudian kami sampai Berastagi. Semakin menghampiri kawasan pekan, semakin teruk keadaan jalan. Memang kebanyakan jalan raya di sana tidak mendapat perhatian seperti jalan raya di Malaysia. Sebab itulah perjalanan di sana memakan masa berjam-jam padahal tidaklah jauh mana. Berastagi ni suasana lebih kurang macam Cameron Highland, bersuhu sejuk kerana tanah tinggi dan ada gunung Sibayak kalau berminat nak mendaki gunung. Kami singgah di pekan Berastagi membeli sourvenir dan Ain sempat memborong buah salak dan buah markisa. Dalam dingin-dingin + hari dah malam tu, Ain masih ada hati nak mandi swimmming pool, tapi bila cecah kaki dalam air terus tak jadi sejuk yang amat! Malam itu kami tidur dengan sangat nyenyak tambahan dengan suhu dingin menyucuk ke tulang sangat enak tidur berselimut tebal.

Agenda esok dari Berastagi ke Medan tunggulah aku sambung bila aku ada masa menaip yek.

Bersambung......

Medan ~ Lake Toba ~ Berastagi (Part 1)

Assalamualaikum...

Awal April yang lepas bersamaan 6-9 April 2012 Alhamdulillah aku sampai sekali lagi ke bumi Medan, Indonesia. Kalau sebelum ni aku cuma ke sana dihujung minggu macam balik kampung, kali ni berpeluang ke sana selama 4 hari. Yup, aku cuma orang yang kerja makan gaji, annual leaves are limited so I can't afford to travel long. Plan asal adalah melancong bersama Pn Huda Ainiyah sekeluarga selama 5 hari tapi disebabkan en husband nya kene outstation pada tarikh tersebut maka jadilah plan jalan-jalan bersama ain. Rancangannya ~ 1 malam di lake Toba, 1 malam di Berastagi dan 1 malam di Medan. Jom aku cerita secara ekspress :)

Selepas subuh kami sudah terpacak di station ERL Putrajaya untuk ke LCCT. Flight tidak delay pagi tu dan perjalanan berjalan lancar. Sampai di sana Pak Supir sedia menanti dan perjalanan selama 6 jam ditempuh untuk sampai ke Danau Toba. Kami singgah makan nasi padang di Tebing Tinggi, singgah membeli hasil produk dari kacang yang diberi nama ting ting, tang tang, tung tung, ntah apa tah lagi, sungguh pengusaha tu kering idea nak bagi nama!
 Menempuh jem di Tebing Tinggi. Kawasan ini terkenal dengan dodol
Pemandu angkut sedang menukar tayar pancit. Sampai hati penumpangnya sorang pun tak turun. Siap angkut motor kat atas nun
Awas kurangi kecepatan, kalau gak mobilnya jadi begini!!
Semakin menghampiri Lake Toba, langit semakin gelap

Sampai di jeti untuk menyeberang ke Tuk Tuk, hujan turun dengan lebatnya. Ngam-ngam kami sampai feri sedia untuk ke seberang. Penyeberangan mengambil masa sejam, dan hujan yang tadinya lebat mulai reda. Kami menginap di Bagus Bay. Malam itu kami hanya menghabiskan masa di dalam bilik, penat oii 6 jam dalam kereta dengan jalan yg bukan macam PLUS highway, aku rasa jalan nak ke Kundasang lagi selesa dari ini.

Hari ke-2, selepas subuh aku sudah terpacak di tepi tasik kengkonon nak tunggu sunrise. Rupa-rupanya Bagus Bay mengadap sunset.. chehh... takpelah, nikmati saja keindahan alam ciptaan tuhan maha besar ini ~ salah satu sebab aku suka jalan-jalan, supaya aku dapat menghargai alam yang maha luas ini, melihat betapa kerdilnya aku di sisi Dia, melihat kehidupan lain yang kurang bernasib baik, seterusnya bersyukur dengan apa yang aku ada.
Pagi di Bagus Bagus Bay

Puas bersiar-siar di sekitar Bagus Bay, kami menyewa basikal pula. Cuma IDR10.000. Tanpa peta, kami hanya berkayuh mengikut gerak hati. Since ain's sense of direction will be totally out, I (as always) take the lead. Pemandangan di sana memang subhanallah sungguh cantik walaubagaimana pun disebabkan suku kaum asli di sini adalah Batak, agak menakutkan juga bila mengingatkan nenek moyang mereka yang makan manusia. Anyway, sekarang tidak lagi dan kami menikmati pemandangan indah yang ada di mana-mana sahaja
Salah satu tempat penyembelihan manusia.. kinda creepy..

Eh, dah tak macam ekspress plak cerita ni :P Oklah, bersambung bila aku sambunglah nanti yek.. jya!

Blogger Templates by Blog Forum