Kisah Ain

Last weekend kami berkesempatan get together menonton twilight “gerhana”. Review? Aku disappointed la, too much love talk, action was about 10%. Itu pun tak berapa detail. Malas cerita. Anyway aku bukannya nak cerita pasal twilight ni pun. After the show kitorang (aku, ain, fadhilah, dina, kodon & faiz) lepak² sambil minum pagi somewhere at Puchong Intan and Dina started to talk about funny things that happened to Ain. We were laughing out loud!

Kisah Pertama:

About 6-7 years ago, masa tu aku, ain n dina were housemates. Bila ada movie baru keluar kitorang mesti plan tgk sama², aku tak ingat cerita apa masa tu. Since ain kerja di hari sabtu sampai jam 12, tiket jam 2ptg telah dibeli oleh Kodon. Kebetulan ain bnyk kerja hari tu jadi tergopoh gapah la dia nak kejar movie pukul 2 tu, so kami masuk dulu dlm ½ jam kemudian dia menyusul. Masuk dgn tergelak² kecil kami semua hairan. Habis movie ain tak boleh tahan gelak buat kami semakin eager nak tau apakebenda yg dia gelakkan. Rupa²nya dia telah tersalah naik kereta ntahsapasapantah yang dia sangkakan adalah teksi! Whoahahaha!!

Masa tu kitorang masing² baru² kerja belum ada kereta jadi kene naik public transport ke mana². Ain terutamanya akan naik teksi dari tmpt kerja ke LRT station berdekatan. So petang tu, dia dgn confident nya naik teksi kat depan office yang dia selalu tunggu teksi.

Ain : “LRT ya!”

Pemandu mengatakan sesuatu tetapi ain buat tatau saja. Beberapa minit teksi berkenaan menunggu penumpang lain, naiklah seorang gadis di tempat duduk hadapan. “kenapa bagi dia naik?” ain dlm hati berkata “sukati la aku nak naik” dalam pada itu dia memerhati persekitaran dalaman teksi terbabit- hmmm.. kenapa teksi ni kotor semacam dan kenapa driver dia pakai baju bunga² bukan uniform teksi kaler putih? Ohh, hari sabtu dorang boleh tak pakai uniform kot.. Ain diturunkanlah di LRT station.

Ain : “berapa?”
Pemandu : “eh tak payahlah”
Ain : “mana boleh tak payah”

Lalu ain meninggalkan RM2 kat dlm teksi berkenaan dan turun dgn gembira dan teksi itupun berlalu. Tiba² ain terperasan plat kereta tersebut bermula dgn N. “Kenapa teksi ni plat N bukan H?” secara tiba² ain terbahak² sendirian menyedari dia telah tersalah naik kereta org yg dia sangkakan teksi. Barulah dia tersedar perkara² pelik di kereta tersebut~ tiada ‘topi teksi’ di atas kereta, kereta itu adalah iswara aeroback warna merah, pemandu berbaju bunga², tiada signage welcome di tingkap dan sebagainya. Sungguh baik hati pakcik itu menghantar kawan aku yg lurus ni nasib baik tak kene culik ke rompak ke. Maka cerita ini menjadi bahan setiap kali melepak setelah lama tak jumpa ain..

Kisah kedua:

Tahun lepas, semasa dina kahwin, aku bermalam di Seremban. Tapi Ain dan Muna tidak. Sebab aku membela ikan, aku berpesan kepada ain “awak tolong bagi mkn ikan² saya ye”, “OK!” jawap ain. Pulang dari Seremban, ain dgn gembira memberitahu ikan² aku sudah diberi makan. Tp aku sungguh pelik kenapa mcm hitam je air dlm akuarium tu? Bila aku jenguk, ikan² aku sedang berenang² dipermukaan seolah² kelemasan tidak cukup oksigen. Aku tgk labih dekat, “awak!!! Kenapa bagi makanan kucing kat ikan saya??” “hah??!! Tu makanan kucing ke?? Kan dia bentuk² ikan mestilah makanan ikan” duhh.. aku nak marah pun jadi tak jadi terus gelak guling². Hahaha.. Tambahan bahan kepada kisah teksi. :P

Inilah Nurulain Mohamed Hassan yang lucu..

4 comments:

    On July 13, 2010 at 10:53 PM Anonymous said...

    hahahaha!!!! ;D
    aku mmg gelak guling2 x hengat la, kan...
    best tul ade kawan mcm ain. ceria sungguh suasana di waktu2 melepak kite!!! wahahaha!!!

    ya, ain mmg LUCU!!

    -deena-

     
    On July 14, 2010 at 11:34 AM ainiyah said...

    time bace cite aku tak gelak sangat tp dah gelak sengeh2 masa tgk gamba ain ni.comel.so mmg tak marah kalau die wat lucu gitu.

     
    On July 15, 2010 at 9:28 AM Anonymous said...

    hahahaha...

    salah makanan kucing tu!! sape suruh die bentok ikan!!! salah makanan ikan gak.. sape suruh die kotak2.. ^_^

    -ain-

     
    On July 15, 2010 at 10:41 AM Anonymous said...

    salah pakcik tu gak.. sape suruh die lepak kat tempat teksi.. sape suruh die tak cakap kuat2 "saye bukan TEKSI!!" hahaha..

    tapi orait gak pakcik tu .... baik hati... kalau die cakap kuat2.. saye mesti malu... haw haw haw...

    haaa... bile bace balik mende ni.. rase mcm mental illness lak... ^_^

    d' truth is.. that's how i c life through my own eyes.. (eceh! skipping lak...) skipping = speaking..

    -ain-

     

Blogger Templates by Blog Forum