Minyak oh Minyak!

Semalam di jam 20:46, menerima sms “dgr rumors harga petrol akan naik tgh mlm ni. So sesapa yang nak penuhkan tangki petrol kereta, silalah buat SEKARANG!” Petrol aku cuma luak satu bar jadi aku malas nak berebut² untuk jimat beberapa ringgit saja. Tp memang aku nak isi penuh pun sbb harini nak balik KL. Lantak ko lah! Huhu..

Harini, mmg sah minyak naik harga. Semua orang cerita pasal harga minyak naik, for sure harga barang² lain pun naik juga. Aku ingat lagi masa harga minyak naik ketika aku baru² pakai kereta, naik sepuluh sen masa tu. Ketika menapau untuk brunch biasa aku~ nasi lemak + telur mata yg selalunya berharga RM1.20, aku terkejut bila makcik tu ckp RM2, minyak naik! Naik sampai lapan posen?! Petrol cuma naik seposen seliter ko naikkan harga telur goreng sebijik smpai lapan posen apa jadahnya. Kalau telur tu ko goreng pakai petrol ntahnya! Itu pun goreng telur sebijik pakai minyak seliter ke? Terus aku tak jadi beli walaupun makcik tu dah bungkus, pedulik apa aku. Itu kisah 6 thn lepas, sekarang apatah lagi. Kalau RM50 berbelanja di Tesco, dlm 5~6 barang saja yang aku dapat. Lepas ni satu dua barang je dah RM50. Itu aku yang belum berkeluarga. Kalau mereka² yang dah beranak pinak? Stok family setroli mau cecah RM4~5 ratus!

Hari ni penyokong gomen ngan penyokong pembangkang sibuklah berbalah. Yg sokong gomen kata kalau pangkah pembangkang minyak tak naik ke? Cakap senanglah, etc..etc..Beria mempertahankan kerajaan kesayangan dia. Yg pembangkang lagilah kuat mengata itu ini habis segala carta keluar. Pada aku, itu semua bullshit. Ahli politik sekarang kebanyakkannya penipu, tak kira sebelah mana pun. Motif utama keuntungan. Tgklah dewan parlimen dan dewan rakyat kat TV tu. Ntah isu apa² yg dorang gaduhkan. Sampaikan pakaian pelacur pon nak bincang kat dewan rakyat. Bodoh betul! Ahli politik makin kotor dan makin bodoh. Aku tidak sebelah mana². Biarlah org nak kata kecoh² tp tak daftar mengundi pun. Kalau daftar harga minyak boleh turun mendadak nak juga aku siap tolong promote semua org pergi daftar sekarang. BTW, aku dah daftar lama yek. Yang mengecewakan adalah, tiada tindakan susulan selepas kenaikan harga minyak. Harga barang lain juga naik mencanak² padahal petrol cuma naik 5sen seliter. Tiada tindakan kerajaan untuk mengawal inflasi.

Aku bukan org politik mahupun org ekonomi. Yang aku pasti mlm ni mesti kat berita tu keluarlah ulasan² ahli ekonomi yg bijak bistari mengatakan tindakan kerajaan adalah wajar, kalau tak dlm masa sekian² tahun M’sia akan bangkrup tak bayar hutang, dan menjangkakan keadaan ekonomi akan stabil, dijamin tiada kenaikan harga barang, kenaikan minyak tak akan membebankan rakyat bla..bla..bla.. Wakil² rakyat bukan bayar pun minyak kereta dorang, mmglah dorang boleh kata tak membebankan. Kita yg bayar minyak dia! Eh, mcm makin emo bila ckp pasal ni. OK, cukup, babai!

2 comments:

    On July 22, 2010 at 9:05 AM Anonymous said...

    hoho..
    deena mesej suruh isi minyak.. mase tu dah kat kol 9... mule2 kite nak pegi.. tp x jadi.. sbb dah mlm..

    esoknye bangun pkl 4.. pkl 6.30 kuar.. check in attendance.. kuar isi minyak.. selalunnye 50 ringgit bole full.. ni x full pon..

    tp.. 30liter x 5sen.. kene spend about RM1.50.. ok la.. not that bad.. tp kalau naik 20sen ke atas.. melampau la..

    and yes.. politic people are stupid.. maybe there's minor who aren't that stupid.. but.. i won't be calling them one only if they can make good changes..

    and to all politic people.. stop discussing stupid things inside dewan rakyat.. can't u all find other more important things to talk about??!! something about how to generate more income without burden the people.. things to be discussed in parlimen/ dewan etc. must relate to "from the people to the people of the people" things...

    -ainP-

     

    tatau apa yg mereka2 pikir.

    tp mmg tak logik sungguh petrol naik 10sen seliter, telur goreng naik 80sen! politician patutnya bincang benda2 seperti bagaimana menangani inflasi selepas kenaikan harga minyak atau bagaimana membendung peniaga menaikkan harga barang sesuka hati dgn alasan minyak naik, dan bnyk lagilah topik yg sesuai. bukannya mcm topik yg aku sebut kat atas tu atau pun sibuk gaduh komen muka YB ni mcm itu, muka YB tu mcm sekian2. aku paling tak puas hati bab tu.. huhu sungguh emo!

     

Blogger Templates by Blog Forum