Akaun Hantu

Haram jadah betul! Mmg aku marah. Tgh hari semlm aku dgn gembira ke celcom nak bayar bil telefon, tiba-tiba bila dia key-in IC aku dia ckp, cik ada akaun yg dah kene block ni. Charge dia RM439 dah 3 bln tak bayar. What d ***k?? dia pun bagi la no telefon tu, bila masa pulak aku ada akaun ni? Gampang betul la. Maaf semua, aku mmg marah ni. Macam mana celcom boleh approve register akaun tu tanpa original IC aku? Aku tak pernah hilang dompet (eh mcm dah lama tak guna perkataan ni) apatah lagi IC. Aku bukan org yang sgt careless seperti itu. Lagi aku geram minah ni tak buleh buat apa² sbb dia dealer je. When I called celcom careline, they said I have to make police report and walk in report to the branch and guess what? Yup, Segamat doesn’t have any celcom branch. The nearest is at Melaka or Batu Pahat, hadoyai! Haih… godek punya godek kat internet bnyk rupanya fraud identity utk phone line ni, latest was as below copied from Metro

Terima bil hantu
Oleh Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor
2010/06/25

Itulah yang terpaksa dihadapi Chong Yew Chuan, 27, apabila menerima bil daripada sebuah syarikat telekomunikasi menyatakan dia perlu menjelaskan bil terbabit padahal dia langsung tidak pernah mendaftar talian berkenaan.

Chong seorang jurutera, mendakwa namanya dipergunakan pihak tidak bertanggungjawab dan meminta syarikat telekomunikasi terbabit mengkaji semula kes itu bagi memastikan orang lain tidak menerima nasib sepertinya. Chong ketika ditemui berkata, dia membuat laporan di Balai Polis Jalan Tun Razak mengenai kes itu pada 21 Jun lalu.

“Pada tarikh sama juga saya ke ibu pejabat syarikat telekomunikasi berkenaan di ibu kota dan terkejut apabila mendapati talian didaftarkan atas nama saya dan akaun terbabit masih aktif walaupun sudah tiga bulan tidak dibayar. Saya tidak pernah memberikan kebenaran kepada mana-mana pihak menggunakan nama saya untuk tujuan itu mahupun mendapat apa-apa faedah dari transaksi dan semua itu adalah palsu.

“Ini sesuatu yang tidak masuk akal, untuk mendaftar talian tetap syaratnya hendaklah disertakan dengan kad pengenalan asal malah saya tidak pernah sesekali kehilangan kad pengenalan,” katanya. Chong berkata, pendaftaran nombor terbabit dibuat di pejabat cawangan syarikat terbabit di Jalan Ampang.

“Saya pun tidak tahu bagaimana boleh jadi macam ini.

“Sepatutnya syarikat telekomunikasi lebih mementingkan keselamatan dalam mengendalikan pendaftaran pengguna.

“Mereka tidak boleh dengan mudah menjalankan pendaftaran sedangkan mungkin ada pihak lain mengambil kesempatan menggunakan nama individu lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pemuda MCA Bahagian Wangsa Maju, Soo Jing Wey, berkata pihaknya akan menghantar surat kepada polis Kuala Lumpur dan syarikat telekomunikasi berkenaan bagi menyelesaikan masalah itu.

“Sepatutnya pihak syarikat telekomunikasi perlu berurusan dengan pembekal dan pengedar nombor terbabit sebelum membenarkan pendaftaran dibuat dan ini menimbulkan pertanyaan bagaimana perkara sedemikian boleh berlaku.

“Maklumat yang kami dapat daripada bil telefon yang diterima Chong, pendaftar nombor terbabit tidak membuat sebarang deposit tetapi dibenarkan oleh pihak syarikat telekomunikasi untuk membuat had panggilan sebanyak RM550.

“Kami akan mengkaji masalah ini dan akan cuba untuk menyelesaikannya secepat mungkin,” katanya.

Hmmm bila fikir² balik, itu baru line telefon. Kalau credit card? Akaun bank? Selamat ke semua tu? Menurut officemate aku, kalau baca paper at least purata sebulan sekali mesti ada berita pasal duit dlm akaun bank hilang dan pihak bank kata tak boleh buat apa² sbb duit tu dah transfer ke situ lah, ke sini lah.. aku malas pula nak browse pasal akaun bank sbb skrg tgh marah kat celcom. Arghh!!! Berita yang sungguh tensi…. Sgt mudah system registration di negara tercinta ini yg dikatakan tercanggih lah dgn mycard bagai tu, canggih sungguh sampai senangnya org copy paste data without verification, without proper legal documentation. Atau itukah yg diwar-warkan sebagai canggih? Very high risk of identification stealing by others to occur. Haha. Buat aku gelak. Syabbas inspector shahab!! Tahniah lah 1 Malaysia! Ramai-ramai boleh guna 1 identity je kot??

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum