Showing posts with label Grampians. Show all posts
Showing posts with label Grampians. Show all posts

Trip DownUnder ~ The Grampians (Part 2)

Assalamualaikum..

Sambungan dari eksplorasi Grampian (Part 1)

Petang itu lebih kurang jam 4 petang kami sampai di Brambuk Backpackers. Setelah berjimba-jimba dalam hostel maha luas sumpama dunia ini kami yang punya, kami meneruskan agenda hari itu. Ada banyak sangat tempat yang boleh di lawati dan aku telah menyenarai pendekkan kepada beberapa saja. Beberapa meter melepasi pekan Halls Gap, kami belok ke kiri menuju ke arah Mount Victoria. Persinggahan pertama adalah Boroka Lookout. Aku belok je mana signboard yang aku nampak. Agak ke dalam juga dari jalan utama. Tapi naik kereta, apa ada hal! Sedang kami menikmati keindahan alam, tiba-tiba di sapa dengan bahasa Melayu "dari Malaysia ke?" "ha'ah! dari Malaysia" satu keluarga India menegur kami. "Oh, kami pun orang Malaysia, tapi dah migrate sini" "ye ke.." "kitorang datang sini jalan-jalan bawak parents. Kami dari Adelaide nak ke Melbourne" "owh! kitorang dari Melbourne nak ke Adelaide!" excited pula. Lama juga kami berborak. Mereka sudah berpindah ke Melbourne. Asal Banting, orang kampung si Jamilah. Sungguh kecil dunia. Katanya hidup lebih rileks di sini. Mungkin ya. Tapi tempat jatuh lagikan di kenang, inikan pula tempat bermain. Malaysia tanah tumpah darahku! eh?? Lama bersembang tiba-tiba seorang atuk mat salleh dari Britain pula menegur kami. "You are from Malaysia? I like Malaysia! Few years back my wife played a nettball against Sime Darby team" wah wah atuk ni.. Lepas tu dia macam taknak berhenti cakap pula. heee...
Pemandangan dari Boroka Lookout
Kami
With the Malaysian family. Meriah!
Sempat mengukur skala. Paras ketiak je weh! hahaha..

Dari Boroka kami kembali ke jalan utama dan menuju destinasi seterusnya Reids Lookout dan The Balconies. Dari tempat letak kereta kena berjalan 1 km untuk sampai ke Balconies lookout. Sepanjang jalan banyak batu-batu kecil yang disusun bertingkat-tingkat. Aku pun tak pasti untuk tujuan apa. Semalam tengok laut biru je sepanjang jalan kan, harini tenang juga tengok hijau di mana-mana. Bunga liar pun boleh tahan banyak. Sewaktu berjalan pulang petang ke kereta sekali lagi terserempak dengan dengan sepasang ibu & anak kangaroo.
Reid Lookout
Lagi-lagi kami :)
Sempat berlompatan bagai
View from The Balconies lookout. Yang sebelah kiri tu la balconies nya.
Sanggup masuk dalam semak
Sepasang ibu & anak kangaroo

Kami meninggalkan the Balconies dan menuju ke Mackenzie Falls dan Broken Falls. Waktu sampai di situ lebih kurang jam 7.30 petang. Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tak di ingini kami decide tengok dari lookout saja. Kami sekejap sahaja di sini. Semasa keluar dari kawasan parking kali ini terserempak dengan seekor kangaroo yang besar. Dia berdiri sahaja memerhatikan kami dan kemudian beredar. Toleh ke sebelah kiri "eh!! ada lagi kat sana!" Kangaroo akan keluar dari hutan lebih kurang waktu-waktu begitu. Waktu remang-remang kata orang tua-tua. Awal pagi dan lewat petang. Sepanjang jalan pulang ke hostel juga bersepah-sepah kangaroo melompat-lompat tepi jalan. Ada juga terserempak dengan emu liar. Sangat laju dia lari bila nampak kereta. Hari ini memang puas dapat tengok haiwan-haiwan ikon Australia yang liar di habitat semulajadinya.
Broken falls
Tak sure burung spesis apakah ini
Mackenzie Falls. Kami tak turun ke bawah memandangkan hari sudah pun remang-remang. Tak maulah nanti kami yang meremang-remang
Besarkan kangaroo ni
Emu
Kangaroo
Kangaroos.
**Nota: aku adalah pemandu jadi gambar dari dalam kereta bukan aku punya
Aku lupa share sebelum ni, kami ada jumpa haiwan pelik ni kat Mount Sturgeon

Malam itu selepas seharian hanya berbekalkan sebiji muffin kami masak nasi 2 periuk. Meggie pun masak juga punyalah tamak. Esok perjalanan panjang ke Adelaide jadi haruslah tidur awal. Oleh itu aku sambung kemudian nanti yek. Jya!
Assalamualaikum..

Sambungan dari GOR (Part 2).

Hari ke-5, 14 November 2013. Kalau semalam acara tengok laut sampai muntah, hari ini acara tengok hutan, pun sampai muntah. Malam tadi kami menginap di Warrnambool Beach Backpacker. Seawal jam 7 pagi kami sudah siap mengangkut beg masing-masing ke dalam kereta. Kami melihat-lihat kawasan sekitar hostel, jalan-jalan sekitar kawasan kejiranan di situ, kemudian sarapan ala kadar dan meniggalkan pekan Warrnambool menuju ke Port Fairy. Disebabkan masih terlalu pagi, tiada apa sangat yang boleh di lihat kami proceed terus menuju ke destinasi hari ini ~ Halls Gap, Grampians National Park.
Warrnambool Beach Backpacker
Sarapan pagi sambil bergossip ringan
Birdie. Gembira dia di belai ramai orang
Suhu pagi itu 7deg.

Dari jalan tepi laut, kami ke arah utara memasuki kawasan gunung ganang dan hutan. Kami menuju ke Dunkeld. Sepanjang jalan pemandangan agak boring, tiada apa sangat yang boleh di tonton. Lebih kurang 3 jam kemudian kami sampai di Dunkeld, sebuah pekan di pinggir Grampian National Park. Macam biasa berhenti di Visitor Information Center lepas tu berebut menunaikan hajat, heeee. Di daerah ini barulah terasa berada di musim bunga. Aku yang bukan minah bunga pun boleh rambang mata, kalau mak aku datang sini mau dia histeria! Nak aku share 1 entry pasal gambar bunga jeke? Hmmm.. boleh juga kan. Akan dipertimbangkan. Kalau rajinlah ;)
Orang suruh dengar penerangan depa dok tengok kamera
Pekan kecil Dunkeld. Comel kan orang2 dalam gambar tu *Gambar oleh Cik Jamilah*
Dunkeld Visitor Information Center. Pun comel kan

Kawasan kejiranan Dunkeld ni sangat comel dan penuh dengan bunga. Kehidupan mereka pun sangat steady & laid back. Dari Visitor Center kami jalan kaki ke The Old Bakery lebih kurang 10minit berjalan. Kami berjalan melewati jiran tetangga di situ. Tengok mereka jalan-jalan/jogging pagi, baca paper, potong rumput, bergossip dan sebagainya. Kat The Old Bakery ni mereka guna kayu api untuk buat roti, muffin dan sebagainya. Mereka juga guna wild plum sebagai bahan utama. Bau dalam kedai memang sangat harum. Kami masing-masing beli muffin sorang satu. itulah bekalan makanan seharian untuk hari itu. Muffin tu sangat besar dan sangat sedap hokeh! Erk.. terliur plak aku. 
Pink roses
the wild plum Muffin and The Old Bakery

Seperti yang di cadangkan volunteer Visitor Center kami sepakat ke Mount William - puncak tertinggi di Grampian katanya. Kata Kak Hairu tak dapat jumpa Prince William dapat panjat gunung William pun jadilah! Ehh?? Apakah kaitan?? hahahaha.. Dari kejauhan kami dihidangkan dengan kegahan Mount Sturgeon dan Mount Abrupt. Sampai kaki gunung Sturgeon aku berkeputusan nak singgah. Tak kira! Perjalanan ke lookout point sepanjang 3.5 km. Tapi dalam 1/2 jam trekking dan mengambil kira stamina setiap kami yang berbeza-beza, dan dikatakan untuk naik Mount William perlu 2 jam pergi dan balik maka kami sepakat berpatah semula. Sepanjang trekking kami jumpa banyak kangaroo liar. Sangat teruja OK. Kangaroo ni bila dia terasa ada kehadiran makhluk asing dia akan berdiri tegak-tegak tak bergerak macam batang pokok. Kalau tak perhati betul-betul memang tak perasan. Kemudian bila dia dah yakin kita tak perasankan dia baru lah dia melompat dan lari.
Mount Sturgeon
Mount Abrupt
Nampak tak kangaroo celah tu?
Can you spot 2 kangaroos? In the right photo, this one pura-pura blend dengan batang pokok
Dia lari sungguh laju ok!
Si jamilah pula pura-pura jadi kangaroo di situ

Dalam sejam memandu dari Mount Sturgeon kami sampai di Mount William. Siap terlepas simpang. Nasib baik perasan. Punyalah kecil cenonet je signage dia. Dari kaki gunung naik kereta je sejauh 10km. 2 km terakhir baru kena jalan kaki. Jalan naik ke atas sepenuhnya jalan berturap. Disebabkan kami sampai dalam jam 1.30pm matahari memang tengah terpacak atas kepala. Panas yang amat. Pokok semuanya pokok renek. Tambah pula jalan tar. Nasib baik bila ada angin sejuk. Boleh tahan mencanak la juga. Tertonggek-tonggek naik dalam panas. Rasa nak lari pun ada. Tapi personally aku rasa ralat tak habiskan Mount Sturgeon tadi. Aku rasa lebih berbaloi naik Mount Sturgeon dari Mount William ni. Mount Sturgeon lebih nature, jalan dalam hutan, ikut denai. Mount William jalan atas jalan tar, berbahang. Tengok atas nampak pencawang elektrik. Besar-besar belaka. Walaupun begitu pemandangan sangat superb. Tapi cuaca hari itu suram sedikit. Langit tak berapa nak biru. Tapi kalau langit biru mau rentung serupa ayam kena panggang dalam oven 2 jam!
Pemandangan dari puncak Mount William
Matahari tegak atas kepala *gambar dari Jamilah*
Gigih kitorang cari tempat berteduh untuk picnic
Akhirnya berjaya sampai puncak

Kami naik dan turun ngam-ngam 2 jam termasuk berjimba-jimba dan picnic makan tengah hari. Tak sangka. Ingatkan anggaran masa yang makcik volunteer tu bagi untuk mat salleh je sebab kebanyakan mat salleh yang travel ni sangat fit. Mereka juga lebih besar, maka langkah lebih panjang dan cepat. Lebih kurang setengah jam memandu dari Mount William kami sampai di Halls Gap, terus ke Brambuk Backpacker Hostel. Aku book dorm 8 orang, tapi penjaga hostel tu sangat baik hati, dia bagi kami 2 dorm 8 orang supaya kami tak payah susah-susah panjat katil katanya. Lagipun takde sesiapa pun hanya kami. So, the dorms are all yours! Owh.. so sweet! Terharu sekejap. Kejap jelah. Hostel ni betul-betul berhadapan dengan Brambuk Cultural Centre - yang mana kami tak sempat nak pergi singgah sebab malam tu dah flat habis. Eh takkan kitorang terus tidur kot sampai Brambuk? baru pukul 4 petang, come on girls! huish.. pembaziran masa tu. Petang tu mestilah sambung berfoya-foya sambil meronda-ronda kawasan Grampians tu. Maka aku akan sambung dalam entry akan datang yek. Jya!

Blogger Templates by Blog Forum