Showing posts with label Canberra. Show all posts
Showing posts with label Canberra. Show all posts

Trip DownUnder : Canberra to Sydney

Assalamualaikum..

Lama gila nak habiskan entry OZ ni yek, mengalahkan pergi sebulan, padahal 2 minggu pun tak sampai. heee.. Maafkanlah aku ye... Sambungan dari entry Snowy Mountain

Hari ke-9, 18 November 2012. Awal pagi bangun tidur, mandi dan gosok gigi, sesudah subuh aku sambung aktiviti memasak yang tergendala malam tadi. Sambil bersarapan kami mengira-ngira dan melangsaikan hutang piutang sepanjang perjalanan dan yang akan datang untuk perjalanan yang berbaki 4 hari lagi. Hari ini kami akan menuju ke destinasi terakhir untuk perjalanan kali ini ~ Sydney. Kali ini kami akan menaiki bas ekspres pula. Tiket bas sudah di beli lebih kurang sebulan sebelum berangkat. Kami akan menaiki bas Greyhound. Harga tiket bas juga berubah-ubah seperti harga tiket kapal terbang, aku dapat dengan harga AUD17 tapi ada juga ahli rombongan yang membeli dengan harga melebihi AUD30. Bas akan bertolak jam 1 petang akan mengambil masa lebih kurang 4 jam perjalanan.
Bye bye Canberra

Selesai bersarapan kami meninggalkan hostel dan memandu ke Hertz untuk pemulangan kereta. Sementelaah masih pagi, kami tinggalkan beg di Hertz dan menghabiskan masa sekitar bandar Canberra yang sunyi sepi di pagi Ahad. Nothing much, kemudian kami hanya lepak minum kopi sementara menunggu bas. Petang itu kami sampai di Sydney seperti yang di jadualkan di Sydney Central Station. Setelah bertanya dengan pakcik driver bas arah hostel, kami berjalan berjemaah ke arah yang di tunjukkan. Boleh tahan juga jauhnya. Sampai di pintu hostel, receptionist di tingkat 2 pula. Bergondongan pula mendaki tangga dengan panda masing-masing. Lift ada, tapi masuk 2 panda dah penuh. Dapat pula dorm tingkat 4. Habis besar la kaki aku balik OZ ni (padahal memang dah sedia besar pun kan)

Selesai mandi, tidur seminit dua, eksplorasi kota Sydney dimulakan. Bandaraya Sydney lebih sesak di bandingkan dengan bandar-bandar yang telah kami singgahi. Boleh dikatakan 2-3 jam sekali mesti ada bunyi kereta bomba/ polis atau ambulans. Jem di mana-mana. Manusia berselirat. Kami ke Paddy Market, di situ katanya banyak sourvenir dengan harga berpatutan. Tapi malangnya dah tutup jam 5petang dan akan di buka semula pada hari Rabu ~ hari kami pulang :( . Waktu operasi boleh tengok di sini. Kami hanya berlegar-legar di kawasan shopping mall di bahagian atas Paddy's Market (Juga dikenali sebagai MArket City). Kemudian kami ke China Town yang terletak berseberangan jalan je dengan Paddy's Market tu. Sungguh aku tak sangka China Town Sydney kecil cenonet je. Kalau jalan dari hujung ke hujung tanpa singgah kedai 10 minit je kot dah sampai. Hampir semua kedai menjual barangan sama. Kena tanya satu persatu untuk dapatkan harga terbaik. Dari Chinatown kami berpecah 3 kumpulan. Aku macam biasa haruslah cari makan. Restoren Malaysia juga yang jadi pilihan walaupun harganya bila di convert kepada RM confirm aku tak sanggup tapi pejam mata jelah labu, kau beribu batu jauh dari Malaysia jangan nak memilh sangatlah.
Long Q to 'Mamak'.. terkesima sekejap
Nasi lemak istimewah di Malay Village. Bintang lah sangat kan nasi tu. Shhh.. AUD9.90 hokeh

Malam tu hanya berjalan-jalan sekitar Darling Harbour dan Cocle Bay. Masa sampai petang tu cuaca rasa macam kat Malaysia jadi aku selamba pakai baju sehelai sepinggang. Malam tu hujan dengan angin yang boleh menyebabkan aku terbang, sejuk yang amat, gigil lari balik ke hostel pastu menyesal huhuhu... Dah balik bilik apa lagi aktiviti yang boleh dibuat selain makan dan tidur, nak makan tadi dah makan nasi lemak mahal, apa lagi tidur lah! Agenda esok adalah ke gunung biru a.k.a Blue Mountain.


P/S : Aku tak tau apa masalah dengan blogspot ni tapi dah seminggu lebih la jugak aku nak menulis tapi tak boleh, ni ntah macam mana agaknya aku godek tiba-tiba boleh la pulak. Jadi aku sambunglah bila blogspot ni takde masalah dah...

Jya!

Trip DownUnder : Snowy Mountain

Assalamualaikum..

Sambungan dari cerita Canberra.

Hari ke-8, 17 November 2013. Disebabkan sekarang bukan musim sejuk, maka segala jenis pengangkutan awam malah ejen pelancongan tidak beroperasi untuk ke Snowy Mountain. Option yang tinggal hanyalah memandu sendiri. Maka dengan itu (eh, apsal dah macam buat karangan SPM ni?) terpaksalah kami memandu. Seperti sewa kereta dari Melbourne ke Adelaide, kami menyewa dengan Hertz juga. Info lanjut mengenai Snowy Mountain ni boleh tengok di sini dan kalau nak tau lebih lanjut pasal pass atau pakej outdoor yang ada sepanjang tahun boleh tengok di sini.

Suasana bandar Canberra di pagi hari minggu. Boleh baring-baring atas jalan

Awal pagi selepas bersiap dan sarapan ala kadar kami menuju ke hentian bas semalam untuk ke pusat bandar. Janji mengambil kereta jam 9 pagi. Boleh naik mana-mana bas sebab semua pun memang akan lalu bandar. Menaiki bas, aku selaku ketua rombongan naik dulu. Belum sempat aku tanya driver tempat yang kami nak tuju, dia dah tanya dulu "children or adult?" aku confuse. "again??" "children or adult?" dia mengulangi sedikit kuat. Hampir tersembur aku nak guling-guling depan tu jugak! haha.. ada ke patut aku yang dah tua bangka ni ditanya children?? Tapi aku kan jujur orangnya, mestilah jawap adult kan. Tambang hari ini AUD2 walaupun masih dikira mahal, tapi murah la berbanding semalam AUD4. Kami turun di tengah bandar. Lama juga mencari nak tanya sesiapa tapi takde orang sebab weekend di pagi hari sungguh macam bandar mati. Akhirnya jumpa. Kali ni kami menyewa kereta compact saja untuk sehari. Perjalanan akan mengambil masa lebih kurang 3-4 jam. Amaran, ada sangat banyak kamera AES sepanjang jalan.
Hertz Canberra

Di pertengahan jalan, kami berhenti menapau lunch di Cooma. Jumpa kedai kebab halal. Lepak minum sekejap. Selesai menapau kami teruskan perjalanan menuju Thredbo, Mount Kosciuzsko. Berbelit lidah melayu aku nak menyebutnya. Ada banyak trekking path di kawasan Snowy Mountain ni. Yang paling menjadi tumpuan adalah Thredbo sebab ada chair lift.
Berhenti minum di Cooma.Sempat kami bergossip pasal harga kereta Honda Jazz cuma AUD15K & Accord cuma AUD29K

Kami sampai di Thredbo lebih kurang jam 1 petang. Waktu tu November, spring jadi penuh dengan mountain bikers naik atas. Dapatlah juga cuci-cuci mata *wink! wink! * :) Tiket menaiki chairlift berharga AUD32 untuk pergi dan balik. Perjalanan ke atas mengambil masa 15minit dan kemudian hanya trek berjalan kaki yang tersedia. Untuk walking trail yang ada boleh rujuk di sini. Dari bear gum chairlift station kami trekking ke eagle nest station (eagle nest tutup waktu itu, jadi last station turun di bear gum & kena hiking sikit). Walaupun bukan winter ada jugalah patch salji yang masih tertinggal. Peghak la jugak kitorang weh. Kami lunch dulu depan station chairlift tu. Lepak je atas rumput tu lepas tu guling-guling atas gunung. Syok! Lepas makan, kami turun ke kawasan saki baki salji yang hampir cair. Boleh buat ais kacang sambil berguling. Ada sepasang anak dan mak dari Adelaide juga join kami berpeghakan atas ais. Jatuh tergolek pun kami masih boleh gelak sakan. Bila dah kebas tangan baru nak ingat dunia :P.
Alhamdulillah selamat sampai di Thredbo
Chairlift
Aksi mountain bikers

Nampak tak chairlift station kat atas tu. Kena trekking sikit dari sini ke situ
Landing untuk lunch
Lunch sambil menikmati pemandangan *Pic credit to Cikgu Jem*
Kami dah sampai Thredbo :) *pic credit to cikgu Jem*
Apabila orang kampung dari Malaysia jumpa salji, hehehe (ini hanya sebahagian saja! :P )

Naik semula ke kawasan chairlift station. Kami decide untuk jalan sikit ke atas. Nak lebih merasai kawasan snowy mountain tu. Kengkononnya lah. Tak sampai separuh pun memandangkan hari dah petang dan chair lift akan berhenti beroperasi jam 4.30. Lewat dari waktu itu kenalah trekking turun. Kami berjalan sampai ke kawasan sungai. Mengisi botol air dengan air gunung. Sedap gila air tu. Sepanjang jalan kami bertembung dengan sekumpulan pendaki dari Malaysia. Sempat juga bertegur sapa. Mereka dari Sydney dan akan memandu pulang ke Sydney malam itu juga. Sungguh gigih. Turun di bawah, jumpa lagi sementara kami berebutkan fridge magnet sebab kedai dah nak tutup.
Kelihatan sekumpulan pendaki melintasi kawasan salji

Kami dengan berat hati meninggalkan snowy mountain sekitar jam 5.00 petang. Sekali lagi kami singgah di Cooma, kali ini membeli bahan untuk makan malam. Cantik juga pemandangan senja sepanjang 4 jam perjalanan pulang ke Canberra. Cuak juga semasa kami melalui kamera AES ada flash yang menyala. Untuk kedua-dua kereta. Yang aku perasan speed limit di situ 80km/j & aku drive sekitar 70km/j. Habis rabaklah poket kalau kena saman! Saman speeding AUD300. Tak ke RM1000 tu! Tapi alhamdulillah sampai sekarang we never receive any tickets. :)

Jalan yang sangat panjang dan agak boring memandu di sini dengan speed yang limited!
Dalam 500m sebelum sampai kamera AES akan diletakkan papan tanda, kamera ada 3 biji hokeh, mana nak lari?
Sunset

Kami sampai di hostel sekitar 9.30 malam dan sedang kami menyiang bawang segala si makcik Debra datang ' I am sorry girls, since it is just few more minutes to 10, you can't use the stove anymore. You can continue tomorrow' sambil menunjuk ke signage penggunaan dapur sampai jam 10. Alamak makcik ni, baru 9.45, kitorang bukan masak chicken chop. Nasi goreng bujang je kot, 5 minit dah masak la. Lepas tu dia boleh matikan lampu. Haish!! warden sorang ni. Terpaksalah kemas masuk tuppaware semua esok jelah goreng nasi nya. Malam tu makan lah kami saki baki roti sejadah yang ada lagi suku sejadah cicah sambal dan sardin. Esok kami akan bertolak ke Sydney, destinasi terakhir kami untuk acara Australia ini. Jadinya aku sambung di lain hari yek. Jya!
Assalamulaikum..

Sorry ye, lama sangat nak sambung. Entry kali ini tak banyak gambar. Sambungan dari cerita Adelaide.

Yup, ramai yang tidak tahu ibu negara Australia adalah Canberra, bukan Sydney. Dari pandangan aku Sydney lebih hektic, lebih metropolitan & moden dan lebih di komersilkan berbanding Canberra. Memang tiada apa sangat di bandaraya Canberra. Banyak bangunan pentadbiran kerajaan termasuk parlimen. Jadi kenapa kitorang datang sini? Tujuan utama adalah ke Snowy Mountain ~ tempat rakyat Australia berjimba-jimba dengan salji. Walaupun kami datang waktu spring dan kemungkinan besar tak akan ada salji pun atas tu, tapi tak kira, aku plan juga ke sana.

Kami sampai di Canberra lebih kurang jam 4 petang. Ada prayer room disediakan di arrival hall, betul-betul depan eskelator turun untuk mengambil bagasi. Selesai segala urusan kami cuba mendapatkan teksi malangnya kami ber-8 dan kapasiti teksi airport adalah 7pax dan setelah di kira-kira kalau di bahagi 2 teksi 4-4 masih mahal, kami terpaksa mengambil airport shuttle ke pusat bandar. Dengan tambang AUD10 untuk perjalanan tak sampai 20 minit tetap dirasakan mahal. Dan di pusat bandar, terpaksa pula mengusung 'koala' mencari bas untuk ke Dickson Backpackers. Tambang AUD4 untuk perjalanan tak sampai 10 minit. Nampaknya kos hidup di Canberra boleh tahan mahalnya. Sesat barat juga mencari hostel. Sampai Hostel kena pulak sound dengan makcik Debra si "warden" asrama (kami gelar) sebab sampai lambat. Adoyai makcik, kami on the go, dah flight delay nak access internet pun susah macam mana nak bagi tahu in advance. Ah biarkan. Banyak betul peraturan makcik ni. Hmm.. layankan saja.
Dickson Backpackers

Petang itu kami hanya berlegar-legar di sekitar pekan Dickson tu. Ada restoren Rasa Sayang dari Malaysia tapi sayangnya tak halal. Ada sebuah kedai Indian food "Taj Agra' yang tertera halal di situ. Kami dah tak larat nak makan lauk Brahim's untuk kesekian kalinya. Memang berkobar-kobar nak makan real food selepas perut dimanjakan semalam dek makanan mewah Kak Yang :P.

Restoren Rasa Sayang yang sayangnya tak halal
Menu Taj Agra. Siap ada delivery
Antara menu yang di order. Portion memang besar. Sangat besar!

Selesai makan, kami ke Mc Donald's pula mengambil kesempatan wifi free dan lepas tu balik hostel je. Esok pagi juga nak kena keluar untuk ke Snowy Mountain. Oklah, aku sambung dalam entry lain yek.

Jya!

Blogger Templates by Blog Forum