Showing posts with label Friends n Family. Show all posts
Showing posts with label Friends n Family. Show all posts

Another Quick Update

I am still here, alive :) Been extremely busy lately. Last 3 weeks my cousin get married, a week later I went to Lake Toba, Sumatra. And just recently, last weekend (which was yesterday) went up to Cameron Highlands and did some casual trekking into the Mossy Forest, it was amazing and I love it very much! Should do that more often in the future. Now am planning another weekend gateaway this coming weekend (padahal baru je balik dari Cameron semalam kan) heeee...

Congratulations to Faiz & Wawa
 Berbasikal di Samosir Island, Lake Toba
Mossy Forest, Cameron Highlands
The green carpet of Cameron Highlands


Muhammad Adam

Ini Muhammad Adam bin Mohd Zawawi, aku kenal dia sejak dia dilahirkan 2tahun 5bulan yang lepas. Dia bukan anak aku, tapi aku selalu rindu dia. (skrg dah tambah sorang lagi, Haidhar pon aku selalu rindu jugak -.- ) Mama Adam, Ainiyah dah 6 tahun aku kenal. Abah dia 5 tahun lah kot aku kenal. Adam sangat banyak celoteh, sangat comel dan menghiburkan. Dia selalu jerit kat aku, auntie Apiisshh!!!! Sekarang dia dah pandai panggil aku kawan pulak! haha.. Sejak balik Kuching awal tahun 2011 dia selalu telefon aku suruh tanya bunyi-bunyian binatang, ayam bunyi mcm mana? kok kok kok! dog bunyi mcm mana? gung! gung! cat bunyi macam mana? meoww! paling dia nak suruh buat bunyi, buaya bunyi macam mana? khhuuuu!! sambil muncung hampir cecah hidung! heee... tapi sekarang aku dah boleh borak dengan dia, tanya makan apa, mama masak apa, dah mandi ke, pakai baju apa. Jawapan paling suka, adam pakai suar jim! sua jim adam manyak! ada 3 je! adro pon pakai suar jim! dan dia suka kalau dapat pergi kodai, dapat tengok bok (bot), bah (bas) sekejap dia jadi orang nogori sekejap dia jadi orang terengganu. Aku selalunya tak berapa nak faham apa dia cakap, cuma cuba tangkap perkataan akhir saja. Contoh: kita pot pet pot pet pot pet nek train! maksudnya, kita nak naik train! Tapi selalunya kena ada translator bertauliah khas adam siapa lagi kalau bukan mama dia. Ini koleksi gambar dia yang saya ada sepanjang kehidupan saya bersama dia. Thanks kawan bagi aku share rasa berkasih sayang dengan Adam and sorry kekadang aku ada gak termarah dia kalau dia buat perangai  :)
Ini mama & abah adam 2 bulan sebelum Adam dilahirkan
Adam ketika berusia beberapa hari
Outing pertama kami bersama ketika dia 5bulan
Ini aktiviti tahun baru ketika dia 6 bulan kami ke Frazer's Hill
Dia memang sangat suka air!
Mata sepet sebab mama dia ngata mata aku selalu! haha
Dia juga suka kucing macam aku! :D
Masa tangok buaya di Kuching
Naik train nak pergi taman! Peace! :D

Haidhar Firdaus b. Muhammad Hafizuddin

Assalamualaikum...

Alhamdulillah genap sebulan yang lepas adik ipar aku selamat melahirkan anak saudara aku yang pertama, Haidhar Firdaus pada hari Jumaat 30 September 2011, seberat 3kg di Hospital Batu Pahat. Sekarang sy sedang rindu dia, geram budak muka bulat tu ^_^ So just wanna share some pictures of him, check it out!
isn't he sooo cute?? :) Haidhar, semoga membesar menjadi anak yang baik, soleh dan berjasa kepada ibu & ayah yek.. oh, mak long juga tau!

Alisya

Selamat Hari Raya semua!! Ni bukan nak upload gmbr raya, tp saja nak bercerita pasal suatu hari di hari raya :)

Alisya sepupuku yang kepoh datang beraya ntah untuk kali keberapa haha... almaklumlah rumah sepelaung je jauhnya..

Berlari2 dia masuk bilik aku nak bercerita

Alisya : Kak pis! kak pis! kak ain!!
Aku : Nape jek?
Alisya : Tadi kita pegi bandor ngan ayah
Aku : Yeke, ayah bawak pergi mana?
Alisya : Kita pergi makan miribon!!
Aku & Ain : huh?? mee bandung? mee goreng?
Alisya : Bukan! miribon!! sambil menepuk tangan ke lantai
Ain : Apa tu dik? mee rebus??
Alisya : Bukan!!! miribon lah!! (dengan muka tak puas hati)
Aku dan ain saling berpandangan membuat muka confuse + apa benda tu??
Dia menepuk dahi sambil membuat aksi mahu menghentak kepala ke lantai.. haha... 'miribon lah! miribon!'
apa bendalah yang budak ni maksudkan eh.. secara random aku pon tekalah apa2 yang hampir2 dengan perkataan 'miribon'. Semuanya bukan.

Akhirnya terpacul dari mulut aku 'haa!! Marry Brown?' 'haaa... miribon!!' sambil tersengih besar menampakkan gigi rongak tu.. loh!! aku pulak yang tepuk dahi.. hahahaha....


ada cerita susulan, adik aku yang tengah makan kat dapur menyampuk, 'ok lagi miribon, haritu kongsikong* indon orang mintak tolong ambik kat JB, kamu dimana? syaya tunggu di depan mari berawan ni pak!' wahahahaha.. aku gelak guling-guling.. [bagi yang tak dapat tangkap apa itu mari berawan~ juga marry brown dowh! =)) ]

*kongsikong- istilah untuk pekerja kontrak di tapak bina

Al-Fatihah

Assalamulaikum...

Today I received an sms from my friend, Muna at 14.35
~ Salam, mak kita admit hosp tangkak, ada infection kt tiub salur dialisis, tolong doakan selamat, apa2 aku msg lg~

Then later at 15.45, another sms from her
~ Mak kita meninggal dunia pkl 3.04 ptg ni, tolong sedekahkan al-fatihah~

Selepas setahun diserang angin akhmar, akhirnya dia pergi bertemu yang maha Esa. To Muna, tabahkan hati, kuatkan semangat. At least dia tidak merasa sakit lagi dan the best thing is, you've spent your time taking care of her until the last moment of her life. That was the most precious moment in your life and hers too. Take care my dear friend, i'll always be here if you need someone to talk to, if you need a shoulder to cry on.

Semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmatNya, InsyaAllah. Amin
Al- fatihah

Hafizuddin & Azfa Diyana

Mcm dah lama tak update ek.. heee...

Skrg sekolah sedang bercuti maka bermulalah episod "musim mengawan" ehehehe... So, this is my brother's wedding, held on 20th Nov 2010 (solemnization & reception) and 21st Nov 2010 (reception on our side). This is first time we are hosting a wedding, it was so hectic, tiring but happening and Alhamdulillah everything went very well as per planned. To my brother and his newly married wife, wishing u both happiness ever after.











Cukup dululah untuk nikah, akan bersambung gambar di entry akan datang.. 

My Another Best Friend's Wedding

Here comes my another best friend’s wedding. Aku kenal Daley since 1998, which means this year would be our 12th anniversary. Macam gak Dina kami berkenalan masa zaman asasi sains pra alam bina di UM. Masuk 1st year kami sama² study architecture, sama² tak tidur malam 2~3 hari berminggu² nak siapkan presentations + assignments yg berlonggok², sama² buat kerja gila menjelangnya exam/ presentation melepaskan ketensionan yg ada. Sigh!!! Tetiba aku terkenang zaman suka-duka menjadi ‘budak archi’ yg sempoi dan suka buat menda² yg kekadang ntah apa². Tuang kelas, bnyk la juga. Pernah kami sekelas berpakat tak pergi kelas tamadun islam (which was compulsory sbb subject university) dan menghantar 2~3 org ‘wakil’ secara bergilir² setiap kali kelas untuk sign kehadiran semua orang. Pendekkan cerita, kami terkantoi dan hampir² tak boleh sit exam. Damn! The whole class was banned. Bayangkanlah, sekelas! Nasib baik salah seorang dari kami managed to use cable ‘talian hayat’nya maka Alhamdulillah terlepaslah kami daripada kena repeat paper tersebut. That doesn’t include us being chased by the guard after 12midnight. Studio time limit hanya sampai 12tgh mlm. So, selalunya 12a.m, kami akan matikan lampu, duduk diam² dalam studio sampai guard dah habis ronda alam bina tu, lepastu party lah, apo laie.. heee.. takdelah, buat kerja daa.. tp kami selalu kantoi sbb guard akan ronda semula sejam or dua jam kemudian. Apa lagi, berterabur la masing² lari. Ishk.. seronok zaman muda mudi…

Ok, back to cerita Daley. Last May she called me and I was told that she is getting married. Well, just want to share some pics here. Engagement day was held on July 2010.  
Daley yg gembira

Her mom & her aunts. They really look alike!

The solemnization was held 1 week after aidilfitri. To Daley and Shah, Selamat Pengantin Baru, semoga kalian kekal hingga hujung waktu, amin.



Blogger Templates by Blog Forum