Alisya

Selamat Hari Raya semua!! Ni bukan nak upload gmbr raya, tp saja nak bercerita pasal suatu hari di hari raya :)

Alisya sepupuku yang kepoh datang beraya ntah untuk kali keberapa haha... almaklumlah rumah sepelaung je jauhnya..

Berlari2 dia masuk bilik aku nak bercerita

Alisya : Kak pis! kak pis! kak ain!!
Aku : Nape jek?
Alisya : Tadi kita pegi bandor ngan ayah
Aku : Yeke, ayah bawak pergi mana?
Alisya : Kita pergi makan miribon!!
Aku & Ain : huh?? mee bandung? mee goreng?
Alisya : Bukan! miribon!! sambil menepuk tangan ke lantai
Ain : Apa tu dik? mee rebus??
Alisya : Bukan!!! miribon lah!! (dengan muka tak puas hati)
Aku dan ain saling berpandangan membuat muka confuse + apa benda tu??
Dia menepuk dahi sambil membuat aksi mahu menghentak kepala ke lantai.. haha... 'miribon lah! miribon!'
apa bendalah yang budak ni maksudkan eh.. secara random aku pon tekalah apa2 yang hampir2 dengan perkataan 'miribon'. Semuanya bukan.

Akhirnya terpacul dari mulut aku 'haa!! Marry Brown?' 'haaa... miribon!!' sambil tersengih besar menampakkan gigi rongak tu.. loh!! aku pulak yang tepuk dahi.. hahahaha....


ada cerita susulan, adik aku yang tengah makan kat dapur menyampuk, 'ok lagi miribon, haritu kongsikong* indon orang mintak tolong ambik kat JB, kamu dimana? syaya tunggu di depan mari berawan ni pak!' wahahahaha.. aku gelak guling-guling.. [bagi yang tak dapat tangkap apa itu mari berawan~ juga marry brown dowh! =)) ]

*kongsikong- istilah untuk pekerja kontrak di tapak bina

3 comments:

    On September 19, 2011 at 10:39 AM ainiyah said...

    bile bace miribon tu,aku dah agak Alisya nak sebut Marry Brown.ahhahahaha..nomel je sebut.

     

    eicha kepoh gler g mkan miribon abis dicte 1 kg..hahaha..

     

    hahahaha..... comel btui de sebut miribon..

     

Blogger Templates by Blog Forum