Pulau Perhentian

Hee… aku ke perhentian ni seminggu sebelum puasa. Heh.. dah berkurun boleh buat tukun. Ini merupakan plan last minute sebagai plan gantian ke Taman Negara yang terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Hanya berdua, kami drive dari KL tengah hari Jumaat. Singgah lunch di Bentong dan sampai ke Kuala Terengganu lebih kurang jam 5.30 petang. Memandangkan kami tidak pernah ke Kuala Besut maka membuat keputusan untuk bermalam di KT sahaja. Esok pagi jam 8 sudah bertolak dan Alhamdulillah sampai juga di jeti Kuala Besut jam 10 pg setelah banyak kali berhenti bertanyakan jalan, malu bertanya sesat jalan maa… Siap berhenti tanya di balai polis gitu, haha..

 Chalet comel tmpt kami beradu :)

Lunch time! sedap!!
Petang selepas lunch apa lagi kalau masuk pulau mestilah acara terjun laut sampai lebam.. hush.. bila lah nak ambil lesen dive ni :(  From 2 to 6 p.m sentiasa berada dalam air. Kami dibawa ke beberapa snorkeling point termasuklah melihat shark! Owh, sungguh aku excited ngeh ngeh ngeh.. Sewaktu pulang, guard kami sempat membawa singgah mandi² kolam di hotel sebelah.. Dah mandi manda, kami sambung pulak terjun laut depan chalet sampai kecut… Malam tiada apa² aktiviti selepas dinner kami cuma jalan² sepanjang pantai ditemani cahaya bulan nan indah. Malam tu tidur dengan nyenyaknya sampai ke pagi, pagi buta dah bangun untuk balik ke darat. Bersarapan di Kuala Besut dan sempat singgah di Kemaman minum kopi dan kemudian singgah di Teluk Mak Nik atau nama glamour Monica Bay gitu (Kemaman juga) makan satar, otak², keropok lekor + shopping sikit² erk pandai ke aku shopping sikit²? Haha... Jadi mcm biasalah, mestilah aku share gambar kat sini :D dah lama jugak tak tampal gambar bebanyak kat sini…
 Cahaya bulan menerangi malam

Diving licence, anyone?

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum