Showing posts with label Semarang. Show all posts
Showing posts with label Semarang. Show all posts

Wisata ke Jawa Timur [Part 5] : Semarang

Assalamualaikum..

Sebelum aku start berjela-jela cerita pasal Australia dan melupakannya, lebih baik aku habis kan dulu Surabaya ~ Semarang part 4 yang lepas.

Hari terakhir 18 September 2012, flight kami jam 5.10 petang jadi kami ada masa untuk meronda-ronda sekitar Semarang. Pagi itu kami berkesempatan berguling-guling bangun lebih lewat berbanding 3 hari yang lepas harus bangun jam 3 pagi. Lebih kurang 8.30pagi kami turun untuk bersarapan. Rasa macam jenjalan orang kaya lak, tidur hotel ada bintang berserta sarapan pagi. Kami lepak sampai tamat tempoh bersarapan di jam 10. Melantak sesedap rasa, buruk lantak betul dua orang ni, heee. Kami bersiap untuk check out, tumpang simpan barang di reception dan bertanya arah serba sedikit. Berpandukan peta yang di beri kami berjalan kaki menuju ke Pasar Johar (kalau aku tak silap la). Since plan nak ke Gedung Songo dibatalkan (kompleks yang mengandungi 9 pura yang memerlukan kudrat kaki dan kena bangun pagi juga nak naik sana) kami memang tiada tujuan pun haritu, hanya ikut gerak kaki. Kami memasuki bangunan yang ada banyak kedai-kedai yang konsepnya lebih kurang pasar payang di Kuala Terengganu, tingkat bawah untuk barang-barang basah seperti sayuran, ikan, ayam dan tingkat atas pula grosir dan barang-barang keperluan lain.
Bahagian bawah untuk masuk ke bangunan utama
Suasana di dalam gedung.. agak sempit dan panas la jugak

Terlalu banyak 'cabang' atau 'wing' yang boleh di masuki, kami masuk je ikut sedap hati. Aku mencari travel cooker dan Fatt mencari travel kettle. Akhirnya kami terjumpa juga 'wing listrik (barangan elektrik)'. Kedai-kedai dalam tu semuanya old school. Suasananya menyebabkan kami terasa macam berada di sekitar tahun 70-an. Aku beli jugalah travel cooker IDR120.000, tawar-tawar tak boleh kurang, ahh boleh la daripada beli kat KL RM150!
Kedai lestrik
Travel cooker yang aku beli.. boleh pegang sebelah tangan je

Lepas tu kami ke Pejabat Pos pula, kena berjalan melalui kedai buah-buahan dan sayuran dan menyeberangi sungai. Selesai Fatt mengepos poskad kami cuma merayau-rayau tanpa tujuan di kawasan kota lama dan kemudian mengambil teksi ke Lawang Sewu (bermaksud seribu pintu) - dahulunya stesyen keretapi yang di bina Belanda. Semasa penjajahan Jepun, bahagian bawahnya di jadikan penjara dan dikatakan bangunan ini berhantu! Tiada apa di sini, hanya ruang-ruang kosong dan memang sungguh banyak pintu mungkin kalau betul-betul kira ada kot 1000?? kami tidak turun ke basement kerana bayaran tambahan dikenakan lagi pun melihat laluan masuk ke bawah sahaja macam agak mengerikan dengan keadaan yang gelap gelita dan lembap.
Aku pun tak pasti pasar apa ni.. erk, pasar ke??
Sekitar kota lama, graffiti pun ada!
 
Sekitar Lawang Sewu
Tidak lama di sana kami bergerak ke Jalan Pandanaran yang terkenal dengan 'jajanan' ole-ole untuk dibawa pulang. Macam-macam makanan Indonesia yang boleh diperolehi antaranya lumpia, bakpia, wingko babat dan sebagainya. Kami hanya melihat-lihat saja, tiada yang menarik minat. Sedang merayau-rayau terjumpa pula dengan billboard ni...
Vouge gitu nak pergi haji weh!
Quest hotel

Eh, banyak sangat dah gambar aku tepek.. Oklah, lepas jumpa billboard hajah dan haji vouge tu, kami terus tahan teksi balik hotel. Masa untuk pulang. Semestinya pengalaman naik bas dengan harga IDR65.000 selama 8 jam dengan makan percuma adalah sesuatu yang baru dan kami sangat kagum dengan servis itu. Oklah, lepas ni boleh start cerita meleret-leret pasal OZ. Jya!

Wisata ke Jawa Timur [Part 4] : Bromo ~ Semarang

Assalamualaikum..

Sambungan dari berpagian di Bromo. Selepas turun dari kawah Bromo, kami kembali ke hotel. Selesai mandi, packing segala kami check out, bersarapan dan sampai masa untuk meninggalkan Bromo. Acara hari ini selain Bromo, kami sepatutnya ke air terjun Madakaripura dan kembali ke Surabaya mencari tiket bas/ keretapi ke Semarang. Tahun lepas waktu tidak mengizinkan kerana waktu itu musim hujan dan merbahaya ditakuti ada kepala air. Tapi dek kerana penat dari semalam asyik acara trekking dan untuk ke Madakaripura perlu trekking juga 2 jam pergi balik maka kami batalkan saja. Cukup sekadar tengok dari jauh, dari tepi jalan saja.
Ini adalah rumah yang sama, gambar atas di ambil tahun lepas.
Antara pemandangan sepanjang perjalanan turun
Lori yang sarat dengan muatan di bawa turun dari Bromo
Madakaripura
Perjalanan ke Surabaya

Tiba di Surabaya lebih kurang jam 1 petang, kami terus ke stesyen bas. Tiada tiket kaunter untuk bas ke Semarang harus terus ke platform. Yang di kaunter semuanya untuk perjalanan malam. Kebetulan ada bas yang akan ke Semarang memang sempat kalau kami nak naik tapi sudah penuh, pemandu memberitahu bas seterusnya jam 4 petang. Kami diberitahu tambang sekitar IDR100.000 dan perjalanan lebih kurang 6 jam. Ada 3 jam lagi maka kami berkeputusan meninjau tiket keretapi pula. Sampai di stesyen Keretapi Gubeng, keretapi seterusnya jam 4.50 petang dengan tambang IDR195.000 tapi perlu naik dari stesyen Pasar Turi. Mengambil kira bajet yang ketat, kami dengan rasa bersalah meminta Dedi menghantar semula ke stesyen bas tapi memandangkan waktu masih panjang kami lunch dulu. Kali ni kami pastikan si Dedi ni makan apa yang kami makan. Rupanya semalam dia tak makan ayam tu sebab dia membela dan menjual ayam, disebabkan kedai itu menjual 'baby chicken' maka dia tak sampai hati nak makan. Loh, kalau tak makan kenapa bawa kitorang makan situ? tak kisahlah, itu cerita semalam, hari ni sila bawa kami tempat yang kamu bisa makan. Pecel aku makan! Ok, jom pecel!

Tambah tolak waktu makan, jem segala ngam-ngam saja kami sampai bas mahu bertolak, nak ke toilet pun tak sempat. Azab juga la Fatt menahan tunggu bas berhenti rehat. Tambang sebenar hanya IDR 65.000 dan perjalanan akan memakan masa 8 jam! Wallah!! Kami dapat lihat sunset di perjalanan. Teringat pula aku bersunrise dalam train ke Bangkok awal tahun haritu. Selepas beberapa kali Fatt tanya pakcik co-driver bila nak berhenti akhirnya jam 7 malam sampai ke perhentian. Kami bergegas ke tandas. Keluar tandas, berborak-borak dengan pakcik bas tadi, tiba-tiba dia suruh kami masuk makan. "udah, pergi makan! tunjukkan aja tiketnya" kami masih terpinga-pinga tapi mengikut saja arahannya. Sambil beratur Fatt bertanya kepada penumpang lain, gratis?? iya! sampai giliran, ditanya lagi kepada tuan punya kedai, gratis?? Iya, mau lauk apa? memang kami tak percaya. Tambang IDR65.000 dapat makan percuma. Nasi campur hokeh, boleh pilih 2 lauk, nak nasi gunung pun boleh. Air teh O. Tak sia-sia kami pilih naik bas berbanding keretapi yang 3X harga bas.
Sunset dalam bas
Inilah rupa basnya dan tiket bas
Nasi separuh

Kami sampai di Semarang lebih kurang jam 12 tengah malam dan pakcik bas tadi sungguh baik hati menemankan kami mencari teksi. Kami minta di hantar ke Quest Hotel. Pemandu teksi seperti mahu mengambil kesempatan menawarkan untuk menghantar ke airport esok dengan charge IDR80.000 kami tolak. Pihak hotel hanya mengenakan IDR40.000 ke airport. It was a long day for us. Sangat melegakan dapat check in dan mandi manda kemudian guling-guling sambil tengok TV.
Lega akhirnya dapat jumpa katil

Nanti-nanti aku sambung ye acara berpeleseran di Semarang ye. Jya!

Blogger Templates by Blog Forum