Wisata ke Jawa Timur [Part 3] : Berpagian di Bromo
Monday, October 15, 2012 by Fiza_Pja
Assalamualaikum...
Arghhh!!! Aku tensi si Fatt ni sangat pantas menghapdet blog, tekanan! tekanan! x__x
Anyway, sambungan Part 2. Selepas membersihkan diri di kaki Paltuding, kami meneruskan perjalanan ke Probolinggo seterusnya naik ke Bromo. Aku baru perasan aku terbawa kunci bilik dalam poket yang sepatutnya dipulangkan pagi tadi semasa check out, haishh!! sejak bila pulak aku jadi pelupa? sejak sampai semarang kot..eh! Ijen lah. Tengok, aku kat mana pun boleh lupa. Dedi cadangkan untuk ditinggalkan di post pengawal dan seseorang dari Catimor Homestay akan datang ambil atau dikirim kepada sesiapa yang akan ke sana. Fuhh.. lega, kalau tak rasanya terpaksa menempuh jalan malam tadi sekali lagi untuk 2 hala. *keras b**tut*
Antara pemandangan sepanjang perjalanan
Kami sempat singgah di Indo Maret memborong berus gigi oral-B, lulur segala (murah kot Oral B cuma RM3++) kemudian singgah kedai buah, si dedi membeli buah tangan untuk keluarga kawannya di Bromo kerana dia akan tumpang tidur di sana malam itu dan Fatt membeli buah salak yang katanya tiada di Malaysia. Kemudian kami berhenti makan siang di Probolinggo dan kami paksa si Dedi duduk makan sama-sama. Boleh pulak dia malan nasi lauk tempe + sayur semata. Vegetarian ke dia ni?
Memasuki kawasan Bromo, suasana sangat berbeza dibandingkan dengan tahun lepas. Kalau dulu suasana kelabu asap menyelubungi Bromo, kali ini hijau di mana-mana. Tahun lepas aku lepak di Nadia, sangat la ke bawah (sebab masa pergi tu baru seminggu Bromo mengeluarkan asap) jadi semua hotel di atas tutup jadi terpaksa menginap di bawah. Kali ini kami menginap di Bromo Permai 1 dan kedudukannya hanya 5 minit ke viewing point mengadap Bromo. Petang itu kami plan nak tengok sunset tapi hampa keadaan agak berjerebu dengan berarak awan kelabu. Harapnya esok pagi cuaca cerah dan dapatlah kitorang tengok sunrise nan indah.
Acara esok pagi akan bermula 30 minit jam 4. Kami sangka 4.30, rupanya 3.30. Nasib baik ringan mulut bertanya. Pukul 3 pagi aku dah bangun, sekali lagi kami mandi bujang lapok je (tapi gosok gigi tau) sebab suhu lagi sejuk dari Ijen semalam. Lama juga kami menunggu jeep yang dijanjikan lebih kurang sejam baru kami di kutip sebab pemandu jeep tersalah kutip orang dari bilik 210 sedangkan bilik kami 310, hmmm.. kitorang memang dah start bising-bising memandangkan manusia yang ramai-ramai tadi tinggal 4-5 orang, nasib baik tak terlepas sunrise. Kali ini kami melihat sunrise di Panajakan 1 berbanding tahun lepas di Panajakan 2 kerana panajakan 1 di tutup kerana terlalu hampir dengan Bromo. Jika tahun lepas kena naik tangga yang hampir tiada dan kemudian mendaki untuk ke view point, di Panajakan 1 jalan lenggang kangkung je patutlah pagi tadi ada manusia bertumit tinggi bagai. Ketika sampai keadaan sudah agak cerah dan memang sangat ramai homo sapien memenuhi segenap ruang viewing platform jadi aku dan Fatt memutuskan untuk turun ke bawah viewing deck tersebut untuk mendapat pemandangan yang lebih jelas. Pertama kali nampak Bromo macam tak percaya apa yang terpampang depan mata. Tuhan itu maha pencipta. SubhanAllah! Masih ingat rupa Bromo tahun lepas?

Ini rupa Bromo waktu aku ke sana February 2011
Bromo September 2012
Matahari mula memunculkan diri
Itu aku.. Selalunya aku mesti tepek gambar ahli rombongan kan?? kali ni gambar aku jek sensorang, fatt seorang yang low profile! *gambar oleh Fatt*
Lama juga kami bergambaran di atas tu, sampai kena panggil dengan mat salleh poyo yang konon-kononnya dia pantas sangat. Pigi daaa.. ingat ko mat salleh aku heran? Pak supir kata tak lambat mana pun, lebih dari sempat nak naik kawah Bromo tu, nak masak gulai kawah pun sempat. Hokeh, kami menaiki jeep menuruni Penajakan menuju ke lautan pasir. Memang agak pelik ada kawasan tandus seperti padang pasir yang mengelilingi kawanan gunung-gunung tersebut. Kawanan eh? belasah la.. Dalam 15minit gedebak gedebuk dilambung lambung dalam jeep maka sampailah ke kawasan parking jeep dan masa untuk menapak! Adehh.. Nampak MACAM dekat, tapi MACAM je la.. jauh kot. Dekat sejam juga menapak mengharungi tanah berpasir sambil mendaki, harus tabah hati menolak godaan kuda ku lari gagah berani! Dan yeah, kami berjaya mengerah kederat sampai ke kawah walaupun kami cuma dapat meluangkan masa lebih kurang 10minit kat atas tu sebab malas nanti ada orang bising-bising kami lambat lagi.
Merentasi lautan pasir
Jeep parking
Jauh lagi nak menapak nun atas kawah sana
Tempat parking jeep pun dah tak nampak dari sini
Macam padang pasir walaupun aku tak pernah sampai padang pasir
Gunung berapi sanggup ku daki! Itu kami...
Inilah dia kawah Bromo *gambar oleh Fatt* idok lah saye nak duduk-duduk di tepian kawah tu!
Di tepian tebing kawah Bromo
Ok, jom turun sekarang. Untuk aku yang gayat ni acara turun sentiasa menjadi cabaran terutama turun tangga yang tak serupa tangga, serupa cerun Broga!
Tak lama kat atas tu kami bergegas (bergegas la sangat kan) turun. Perjalanan seterusnya macam biasa tunggu lah bila aku rajin nak sambung... Jya!
asik bisa traveling..
saya sendiri belum pernah kesana.
I was here early Nov'12 hari tue. Ohh rupanya, u r Fatt travel partner tue. Saw ur pix dalam entries Fatt on Bromo.
Hi Sugeng, cubalah ke sana pasti terpegun
Hi Zara, I heard Bromo dh start keluarkan asap like 1-2 weeks after we went there? Tula, Fatt doest allow me to publish her face heeee..