Wisata ke Jawa Timur [Part 5] : Semarang

Assalamualaikum..

Sebelum aku start berjela-jela cerita pasal Australia dan melupakannya, lebih baik aku habis kan dulu Surabaya ~ Semarang part 4 yang lepas.

Hari terakhir 18 September 2012, flight kami jam 5.10 petang jadi kami ada masa untuk meronda-ronda sekitar Semarang. Pagi itu kami berkesempatan berguling-guling bangun lebih lewat berbanding 3 hari yang lepas harus bangun jam 3 pagi. Lebih kurang 8.30pagi kami turun untuk bersarapan. Rasa macam jenjalan orang kaya lak, tidur hotel ada bintang berserta sarapan pagi. Kami lepak sampai tamat tempoh bersarapan di jam 10. Melantak sesedap rasa, buruk lantak betul dua orang ni, heee. Kami bersiap untuk check out, tumpang simpan barang di reception dan bertanya arah serba sedikit. Berpandukan peta yang di beri kami berjalan kaki menuju ke Pasar Johar (kalau aku tak silap la). Since plan nak ke Gedung Songo dibatalkan (kompleks yang mengandungi 9 pura yang memerlukan kudrat kaki dan kena bangun pagi juga nak naik sana) kami memang tiada tujuan pun haritu, hanya ikut gerak kaki. Kami memasuki bangunan yang ada banyak kedai-kedai yang konsepnya lebih kurang pasar payang di Kuala Terengganu, tingkat bawah untuk barang-barang basah seperti sayuran, ikan, ayam dan tingkat atas pula grosir dan barang-barang keperluan lain.
Bahagian bawah untuk masuk ke bangunan utama
Suasana di dalam gedung.. agak sempit dan panas la jugak

Terlalu banyak 'cabang' atau 'wing' yang boleh di masuki, kami masuk je ikut sedap hati. Aku mencari travel cooker dan Fatt mencari travel kettle. Akhirnya kami terjumpa juga 'wing listrik (barangan elektrik)'. Kedai-kedai dalam tu semuanya old school. Suasananya menyebabkan kami terasa macam berada di sekitar tahun 70-an. Aku beli jugalah travel cooker IDR120.000, tawar-tawar tak boleh kurang, ahh boleh la daripada beli kat KL RM150!
Kedai lestrik
Travel cooker yang aku beli.. boleh pegang sebelah tangan je

Lepas tu kami ke Pejabat Pos pula, kena berjalan melalui kedai buah-buahan dan sayuran dan menyeberangi sungai. Selesai Fatt mengepos poskad kami cuma merayau-rayau tanpa tujuan di kawasan kota lama dan kemudian mengambil teksi ke Lawang Sewu (bermaksud seribu pintu) - dahulunya stesyen keretapi yang di bina Belanda. Semasa penjajahan Jepun, bahagian bawahnya di jadikan penjara dan dikatakan bangunan ini berhantu! Tiada apa di sini, hanya ruang-ruang kosong dan memang sungguh banyak pintu mungkin kalau betul-betul kira ada kot 1000?? kami tidak turun ke basement kerana bayaran tambahan dikenakan lagi pun melihat laluan masuk ke bawah sahaja macam agak mengerikan dengan keadaan yang gelap gelita dan lembap.
Aku pun tak pasti pasar apa ni.. erk, pasar ke??
Sekitar kota lama, graffiti pun ada!
 
Sekitar Lawang Sewu
Tidak lama di sana kami bergerak ke Jalan Pandanaran yang terkenal dengan 'jajanan' ole-ole untuk dibawa pulang. Macam-macam makanan Indonesia yang boleh diperolehi antaranya lumpia, bakpia, wingko babat dan sebagainya. Kami hanya melihat-lihat saja, tiada yang menarik minat. Sedang merayau-rayau terjumpa pula dengan billboard ni...
Vouge gitu nak pergi haji weh!
Quest hotel

Eh, banyak sangat dah gambar aku tepek.. Oklah, lepas jumpa billboard hajah dan haji vouge tu, kami terus tahan teksi balik hotel. Masa untuk pulang. Semestinya pengalaman naik bas dengan harga IDR65.000 selama 8 jam dengan makan percuma adalah sesuatu yang baru dan kami sangat kagum dengan servis itu. Oklah, lepas ni boleh start cerita meleret-leret pasal OZ. Jya!

2 comments:

    On December 18, 2012 at 8:51 AM Anonymous said...

    My favorite photos of all, the electric shop (black and white version).

     

    eh dah habis taip ke? hahaha...myself baru terhegeh2 nak habiskan. 1 more to go!! weee~

     

Blogger Templates by Blog Forum