Acara Tabur

Aku selalulah sangat sebut bukit tabur kat dlm entry² aku especially kalau aku bercerita pasal kawan. Bukit Tabur menjadi tempat outing pertama aku dgn kawan pada Sept 2006, sehari sebelum puasa. Daripada Tabur lah persahabatan kitorang berkembang menjadi seperti sekarang. Eh, mcm jiwang pulak ayat aku. Ok, jom cerita pasal bukit tabur. Bukit Tabur terletak lebih kurang 20minit perjalanan daripada KL. Nah boleh tgk direction nak pergi sana kat sini. Aku tak reti nak explain aku pergi camne sbb jalan aku mcm lain sikit dari yg dia bagi tu. Ada gak blog pasal bukit tabur kat sini dan bnyk tips bergambar mcm step yg perlu diambil apabila menuruni tali, spot² bahaya dan sebagainya. 1st time aku naik bersama rombongan en john tabur seramai 30 org hambek ko gila ramai, kami naik seawal 4pg. Adehh sungguh aku sayang tido aku weh..
Aku yg dipaksa kawan berposing ditepian batu. erk.. aku gayat weh!!
 
Aku dan kawan suatu masa dahulu

Tp lepas² tu biasanya aku keluar rumah selepas subuh, dlm 6.30am start memanjat, agak² cunlah sampai port best tgk sunrise. Unless kitorang dok syg tidur sampai kaki bukit lmbt, so kene lari la nak kejar sunrise. Sungguh aku tak tipu mmg kitorang pernah (pernah ye, bukan masih) berlari naik bukit tabur dan cuma ½ jam je dah sampai port sunrise tu patut² 45min~ 1 jam. 10~15 min permulaan mendaki agak mencanak juga oleh itu tak payah la nak rushing bagai, take your time bak kata mat salleh sbb time awal² nilah pentingnya semangat nak meneruskan pendakian. “bila nak sampai ni?” adalah soalan biasa terutama bg 1st timer mendaki. Lepas pit stop pertama, pandakian mula mendatar dan bermula laluan berbatu². Terdapat banyak laluan turun dan naik sepanjang pendakian dan ada juga batuan yg perlu anda panjat mcm panjat dinding kat extreme park. Oh, kalau anda membayangkan memanjat bukit tabur hanya santai² macam naik bukit broga atau mcm pergi berjogging di bukit Kiara, sila lupakan hasrat anda. Aku tak tipu nak naik Tabur kena juga ada stamina & keazaman nak sampai puncak bukan mcm en john tabur yg padahal dah naik bnyk kali boleh pulak dia tinggal aku naik sendiri pastu dia turun dan telefon aku kata dia dah kat bawah. Hampeh punya member.
Ada mcm-mcm gaya trail
 
Bersungguh si zizah ni memanjat sampai rabak kasut!

Ada 3 alternative planning untuk menabur* ni, 1.Panjat sampai port sunrise atau tali pertama dan turun semula ikut laluan yg sama, 2.Panjat sampai hujung dan turun ikut laluan dusun (kalau nak turun ikut laluan sama boleh juga tp so far kalau aku mmg tak sanggup!), 3.Naik ikut laluan dusun dan turun ikut laluan yg org lain naik (sgt jarang dibuat org). Perjalanan untuk option pertama naik dan turun (termasuk berhenti lepak², picnic, ambil gambar posing bagai) lebih kurang 2 jam. Option kedua dan ketiga untuk sampai ke hujung lebih kurang 2~3 jam, turun melalui dusun lebih kurang ½ jam~45 minit. Tetapi semasa hujung minggu (especially ahad) dan public holiday, perjalanan mungkin lebih lama sbb ramainya homo sapien yg naik. Biasanya kalau aku naik dgn kawan, kitorang mesti bawa bekal bagai mcm sandwich telur atau tuna kawan yg enak berkrim, laksa pn ming yg best, atau meehoon putus* aku yg glemer tu dan kalau kitorang malas masak apa lagi tapau Mc D la. Jgn tak tau Mc D ada delivery naik bukit tabur tau! Seelok²nya untuk tenaga optimum mkn dlm 1-2 jam sebelum memanjat dan jgn lupa bawa air minuman yg cukup ye kengkawan. Aku selalu siap pikul teh O panas dlm termos enjoy seh minum air panas pagi² dlm kabus².
Kawan menikmati meehoon putus aku :P
Menu meehoon putus dan sandwich tuna
Inilah En Razif a.k.a John Tabur/ John Lennon pada ketika muda remaja dan masih mampu menyembunyikan perutnya yg sedikit buncit itu. Skrg tidak lg, anyway tq john perkenalkan bukit tabur kat kitorang
Ini pula adalah En Zawawi yg selalu diheret oleh kami walaupun dia sayang tidur, cinta punya pasal bukit tabur sanggup ku dakilah! tgk mata mcm dah tak boleh bukak, haha. Skrg sudah bersaiz 2X dari ini dan jgn harap nak heret dia lagi  
Macam lukisan, eh patutnya lukisan lah yg mcm betul
Acara guling dgn kawan
Acara guling dgn Zizah
Pemandangan di bukit tabur mmg superb aku pun dulu tak sangka ada tempat mcm ni kat tgh² KL. Lelebih lg kalau sebelah malamnya hujan, suasana pagi pasti sgt indah dgn kabus yg mendamaikan jiwa dan raga. Jiwang lagi. Sila ambil langkah berjaga² dan lebih berhati² semasa mendaki ye, terutama kalau bercadang naik sampai hujung, laluan mmg agak mencabar walaupun aku selalu ckp kat member yg aku bawak cuma 2 minit je nak sampai (kat aku la! Haha). Dan ye, selain berita 2 org doktor yg mati kat bukit tabur ni, kawan aku pun pernah jatuh sewaktu melepak² dipinggir batu Alhamdulillah dia sihat² sahaja dan seorang climber yg bertembung dgn aku pun pernah terjatuh beg berlepuk² dlm gaung depan mata aku.
Ini versi naik dgn Huda Khalilah- adik kawan sebulan sebelum kawan kawen, kasut jgn nak samalah semua! :D
Ini pula versi pengantin baru oleh kawan

Kebiasaannya aku cuma membawa group kecil 2-3 org termasuk aku dan aku mmg tak malu join geng² memanjat yg naik pada masa tu supaya dapat extra guard semasa mendaki. Don’t worry semua mereka sgt cooperative dan sudi menghulur bantuan bila sampai point² yg sukar. Lebihkan ramah anda kalau pergi menabur* walaupun anda jenis yg kalau org tanya 10 patah anda jawap sepatah. Dan tolong, tolong, tolonglah jaga kebersihan. Sila jgn buang sampah merata² walaupun kau campak sampah tu dalam gaung kengkonon takde sapa boleh jumpa sampah tu. Aku benci org takde sivik mcm tu. Satu lagi kalau tak tahan sgt nak membuang tu, tlglah buang dlm semak, jgnlah buang tgh² jalan bukan ko sorang je yg naik tabur tu, busuk la weh! Sama²lah kita jaga bumi tuhan yg indah ni yek.
Boleh nmpak KLCC, KL Tower bagai dari sini
Last month aku naik pembangunan sekitar semakin rancak :((

Nota kaki:
*menabur - istilah aku dan kawan memanjat bukit tabur
*meehoon putus - istilah diberi wawi kepada meehoon goreng aku sbb aku mmg suka putus²kan meehoon tu masa menggoreng

2 comments:

    On August 2, 2010 at 11:49 AM ainiyah said...

    wahhh..paling suke entry ini.
    tak kisah laa ayat jiwang ko sebab aku selalu jek dengar ayat gitu masa naik.

    dah 1tahun tak pijak sana.
    kite wat acara 2011 ek kawan.larat ke nak berlari skrang.muntah mintak nyawa!

     

    sebab tabur la ko jumpa aku apis,
    sebab tabur la huda jatuh cinta ngan awi- atau awi jatuh cinta ngan huda hahahahhaha

    dulu boleh aaa aku naik tabur sebab kategori bawah 60kg, skang heheheehe

    awi, bila nak buat berbuka puasa?

     

Blogger Templates by Blog Forum