Kisah Puasa

Salam semua. Alhamdulillah Ramadhan datang lagi, bersyukurlah kita masih diberi peluang bertemu Ramadhan sekali lagi. Selamat berpuasa dan selamat memeriahkan amalan² kita di bulan yang penuh kemuliaan ini. Ok, setiap kali datang bulan puasa, aku mesti teringat satu kejadian (nasib baik bukan angkara ain seperti dlm kisah ain ).

5~6 tahun lepas masa kami semua masih tinggal sebumbung dan masing² belum lagi berkereta dan masih lagi tercari² hala tuju career masing². Muna masa tu sedang gigih mencari kerja di samping kerja sambilannya di San Francisco Coffee. Hush.. puasa² ni teringat pula kat frappucino yang selalu Muna bawa balik, sungguh lemak berkrim digemari ramai. Maka suatu hari Muna dipanggil untuk sesi interview di Jln Klang Lama. Jadi lepas interview she decided to take cab untuk balik rumah. Seluk² poket ‘alamak! Takde duit kecik la pulak..’ maka singgahlah dia ke stesyen minyak berhampiran dan membeli setin minuman (aku tak ingatlah air apa). On the way dari stesyen minyak ke taxi stand berhampiran dengan enaknya dia meneguk air sejuk tersebut, ditengah terik mentari for sure sedap gila.

Masuk dalam teksi, pemandu teksi yang berbangsa cina itu memulakan perbualan

“amoi, lu cuti ka hari ni?”
“ha’ah! I cuti maa”
“lu cuti tada apa” sambil apek tu tersengih

Sambil Muna di dalam hati tertanya² ‘mcm mana apek ni boleh tahu aku cuti? Bila pulak aku cakap aku cuti nak pergi interview?’ Secara tiba² Muna terkejut badak memandang tin air dalam genggaman.

‘warghh!!’ Hampir mau tercampak tin air tu ke seat sebelah

‘Ya Allah! Hari ni start puasa la! Mcm mana boleh lupa!wargh!! aku dah jalan² minum kat Jalan Klang Lama!!’

uhukhukhuk.. nasib baiklah driver tu apek

Raihan- Harapan Ramadhan

Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

2 comments:

    On August 13, 2010 at 8:37 AM Anonymous said...

    hoho...
    die minum air jasmine green tea kotak besar!!!!

    -ain-

     
    On August 14, 2010 at 11:12 AM Anonymous said...

    hahaha... pija-san, naper dua org kwn kite ni kisah2 lucu nyer mesti ade kaitan dgn TEKSI???!!!!

    aku rase sgt2 pelik la...

    -dina-

     

Blogger Templates by Blog Forum