Medan ~ Lake Toba ~ Berastagi (Part 2)

Assalamualaikum

Sebelum aku cerita pasal jalan-jalan paling baru, jom sambung cerita ini.

Boleh tahan jauh kami berbasikal keliling kampung turun naik bukit sampai berpeluh-peluh la juga. Suasana sejuk memang menyegarkan lebih-lebih lagi dengan pemandangan hijau di mana-mana. Lebih kurang jam 9 pagi kami pulang semula ke Bagus Bay. Siap mandi segala, kami check out dan menunggu feri seterusnya sampai untuk menyeberang ke Parapat. Kami sudah ketinggalan feri pertama, jadinya hanya lepak-lepak tepi tasik sambil menikmati pemandangan. Feri sampai tepat jam 10 pagi dan kami menaiki feri betul-betul di depan Bagus Bay, hanya perlu lambai-lambai kat driver feri dan dia akan 'kutip' para penumpang.
Aktiviti pagi- laundry!
Rupa paras dalaman feri
Pemandangan menghampiri Parapat
Jadual feri

Sampai di Parapat, supir sedia menanti. Dia kami tinggalkan menginap di Parapat sementara kami bermalam di Danau Toba. Boleh juga kalau nak bawa kereta menyeberang tambang kereta IDR300.000 tapi menggunakan feri yang lain dari feri yang kami naik. Kemudian kami meneruskan perjalanan 6 jam ke Berastagi- destinasi bermalam seterusnya. Sepanjang jalan pemandangan memang superb. Banyak kali kami minta berhenti mengambil gambar. Kami juga singgah minum kopi di Simarjarunjung sebelum berhenti singgah di air terjun Sipiso Piso untuk makan tengah hari. Bayangkan besarnya Danau Toba ni sampaikan masih boleh kelihatan dari Sipiso Piso yang 4jam jauhnya dari Parapat walhal dah lalu segala hutan gunung ganang. Kami gagahkan juga turun ke kaki air terjun bukan aku boleh datang sini tiap-tiap tahun kan, sempat kami bertanya local yang berselisih berapa lama untuk turun mereka kata "45minit turun, naiknya 1jam, yang pasti ia melelahkan!". Tapi itu tidak mematahkan semangat dah sampai mestilah gigih kan. Kami turun dalam masa 1/2 jam dan naik dalam masa 45minit. Nasib baik aku gigih naik tabur selalu :)
 Tetiba kat tetengah hutan ada 2 orang budak ni
 Sipiso Piso Waterfall
 Akhirnya sampai juga di bawah
Memang akan basah di bawah sana

Dah seronok berbasahan kat bawah tu, masa untuk menapak naik! Mental kena kuat sama macam hiking, lagi pulak it seems like a never ending steps up. Lapar baliklah sampai atas tu walhal nak turun tadi dah makan nasi hokeh. Lebih kurang jam 4petang kami bergerak dan dalam sejam setengah kemudian kami sampai Berastagi. Semakin menghampiri kawasan pekan, semakin teruk keadaan jalan. Memang kebanyakan jalan raya di sana tidak mendapat perhatian seperti jalan raya di Malaysia. Sebab itulah perjalanan di sana memakan masa berjam-jam padahal tidaklah jauh mana. Berastagi ni suasana lebih kurang macam Cameron Highland, bersuhu sejuk kerana tanah tinggi dan ada gunung Sibayak kalau berminat nak mendaki gunung. Kami singgah di pekan Berastagi membeli sourvenir dan Ain sempat memborong buah salak dan buah markisa. Dalam dingin-dingin + hari dah malam tu, Ain masih ada hati nak mandi swimmming pool, tapi bila cecah kaki dalam air terus tak jadi sejuk yang amat! Malam itu kami tidur dengan sangat nyenyak tambahan dengan suhu dingin menyucuk ke tulang sangat enak tidur berselimut tebal.

Agenda esok dari Berastagi ke Medan tunggulah aku sambung bila aku ada masa menaip yek.

Bersambung......

6 comments:

    Cantik permandangan kat kaki sipiso piso tu.. nyesal tak turun hari tu..

     

    gmbr last tu meletop le...cepat2 update kasi abis psl medan...sambung trip surabaya plak...kita nak link awak pasni...hihi

     

    Niza, memang cantik tapi jalan nak turunnya lumayan bangat!

    Fatt, nanti sambung lg pasal medan, dah start trip surabaya.. kita suka sulam2 cerita, tak mau straight satu cerita jek :)

     

    sbnrnya rasa nyesal tak pegi Madakaripura...kalau tak mesti bleh tgk view cam sipiso-piso kan? *nanges*

    kita pun suka sulam2 cite, sampai tak tau nak sulam mana satu sbb byk beno yg separuh jalan. konon nak push citer surabaya dulu sbb tu yg paling pendek...pasni baru sambung yg belen2 tu...hihi

     

    Fatt, heee... kita rasa madakaripura lebih cantik dari si piso piso.. xpelah, lenkali pi surabaya khas utk ke madakaripura, kita water rafting pulop!

     

    lake toba tmpt yg amat tenang..suka arr kat sana..tp tak beapa selesa condition bilik serta makanan

     

Blogger Templates by Blog Forum