Wisata ke Jawa Timur [Part 1] : Surabaya ~ Ijen

Assalamualaikum...
Masihkah korang ingat pasal Surabaya ~ Bromo tahun lepas? Alhamdulillah aku diberi kesempatan sekali lagi untuk melawat Bromo. Kalau waktu itu Bromo sedang batuk-batuk tetapi kali ini cuaca tersangatlah indah (tetiba mood jiwang indah segala!). Trip kali ini bukan setakat ke Bromo tapi diiringi perjalanan jauh ke Kawah Ijen dan kemudian disusuli juga perjalanan panjang ke Semarang. Itinerary ringkasnya: Surabaya ~ Ijen ~ Bromo ~ Surabaya ~ Semarang untuk 4hari 3malam pada 15-18 Sept 2012. Kalau tahun lepas aku ke sini bersama Hifzan, kali ini aku berdua juga tapi dengan Fatt pula (depa ni sepupu). Sejarah berulang apabila flight kami rescheduled 1/2 hour earlier tapi sampai di Surabaya tetap lewat 1/2 jam. Selamat mendarat di Juanda Airport lebih kurang jam 11.30 pagi waktu tempatan, supir sedia menanti dengan nama aku di tangan dan segera kami meninggalkan Surabaya memandangkan perjalanan dijangka mengambil masa selama 8jam. Hush, dah macam kerja kat office, 8 jam tak termasuk berhenti makan. Bererti kami akan sampai paling awal pun di Bondowoso (pintu masuk ke Ijen) jam 8 malam.

Ketika melewati kawasan lumpur lapindo aku tertanya masihkah lumpurnya mengalir? Kali ini kami berhenti dan melihat sendiri pemandangan lumpur yang seperti padang jarak itu di sebalik tembok batu yang tinggi. Siapa sangka di bawahnya tertanam berbelas kampung dan menurut kajian terbaru di wikipedia lumpur ini akan terus mengalir sehingga 25-30 tahun akan datang! Sehingga hari ini sudah lebih 6 tahun lumpur ini mengalir namun nasib mangsa-mangsa masih belum mendapat pembelaan sewajarnya biarpun siasatan yang dijalankan menunjukkan pengeluaran lumpur ini bukanlah kerana bencana alam tapi kerana kerakusan manusia, eh, kenapa dah ala-ala baca berita pulak ni. Sempat juga berbual dengan mangsa lumpur ini dan di pelawa untuk melihat kawasan sekitar tapi terpaksa kami tolak memandangkan perjalanan yang masih jauh.
 
Pemandangan di kawasan lumpur lapindo sejauh mata memandang
 
Pondok 'jaga' kawasan lumpur lapindo.. boleh bayangkan tingginya lumpur tu?

Kami berhenti makan di Probolinggo lebih kurang jam 4 petang, sesungguhnya memang sangat kebulur walaupun sudah beralaskan kek coklat home made Fatt yg sangat padat, enak hingga menjilat jari. Ni yang aku pun rasa nak buat kek juga :) Menu dibelek kebanyakan yang tertulis tidak dapat difahami apekebendanya. Selesai memilih kami pun order, banyak kali waiter tu cakap 'kosong!' haa?? saya gak mau yang kosong, mestilah mau yang ada isi.. 'kosong! mbak boleh cuba yang ini'. "Eh, kau ni aku nak nasi goreng bukan nasi kosong.. Hmmmm... oklah oklah, yang ini aja!" Lepas beberapa lama, kami tergelak sendiri bila mendapati maksud 'kosong' adalah takde/ habis. Selesai makan perjalanan di teruskan. Kami berhenti di kedai lestrik (elektrik) untuk mencari lampu suluh kengkononnya nak tengok blue fire yang supir cerita yang hanya ada waktu gelap-gelap dalam jam 2-3 pagi. Pilih lampu suluh pun lama daa, siap tengok-tengok mini cooker penat tawar tak dapat makanya tak belilah kan. Sudahnya, masing-masing pun tidur mati lampu suluh ke mana, blue fire ke mana heeee.... makanya adakah wisata ini harus di repeat???

Semakin menghampiri Ijen, keadaan jalan semakin tidak menyenangkan. Kami hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan menaik, ngeri tengok condition jalan, jalan kat site yang cuma crusher run tu pun JAUH lebih baik dari jalan ke Ijen. Kalau di fikir semula apalah yang aku buat kat tengah-tengah hutan malam-malam buta dengan jalan yang macam tu. Kalaulah tayar pancit! Sekali sekala enjin mengaum untuk melepasi lubang dalam keadaan mendaki, serius ngeri. Topik HIV/AIDS kat radio tak aku tukar pun punyalah focus tengok condition jalan. Akhirnya kami sampai  di Catimor Homestay lebih kurang di jam 9.30 malam selepas melepasi 3 pos pengawal. Semuanya dilepasi secara membayar "tol", 'kerna udah kemalaman nanti kamu capek banget mau di periksa lama' kata supir. Kami sangat lega akhirnya sampai selepas menempuh perjalanan selama 10jam! Lepas bersiap ala kadar apa lagi tidurlah. Jam 2 pagi aku terjaga, 'fatt!! fatt!! nak tgk blue fire tak??' 'hmmm.. hmmm...' jawap si fatt. 'haishh.. sambung tidur lah sedap!' jadi itulah kesudahan cerita blue fire kami.

Nanti aku sambung yek perjalanan ke kawah ijen, sorry la entry ni tak banyak gambar aku malas nak keluarkan kamera :) tunggulah sampai aku sambung ek, confirm berlonggok-longgok gambar tengok, jya!

2 comments:

    "hmmm...hmmm...." hahaha. sudahnye layan blue fire dlm mimpi. skrg dah nyesal...padan muke =P

    our total ride was 10hrs ke?? ohmai, nmpk sgt asik tido sepanjang jalan =_=

    mohon sambung lagi!

     

    bole tau dak trip ni ongkosnya berapa. tidak termasuk fight ticket. bukan apa, lepas baca rasa macam nak p la jugak, nak tgok lumpur dan kawah ijen...

     

Blogger Templates by Blog Forum