KL ~ Siem Reap an Overland : Beng Mealea (Part 11- Final Episode)
Sunday, September 02, 2012 by Fiza_Pja
Assalamualaikum
Mari mencari momentum selepas raya. Maaf aku tak post apa-apa sepanjang puasa. Jom kita sambung Part 10.
Hari ke 7 - 11 Feb 2012, kami akan ke Beng Mealea yang terletak kira-kira 70km dari Seam Reap dan mengambil masa lebih kurang 2jam dengan tuk-tuk, 1 1/2 jam dengan kereta. Jadual akan bermula agak lewat hari itu, jam 8.30 pagi jadi kami ada masa untuk sarapan. Hanya sarapan kopi dan roti untuk alas perut dan acara hari ini agak santai berbanding kunjungan Angkor Wat semalam. 2jam perjalanan melalui kawasan kampung-kampung dan ladang. Jalan raya masih lagi jalan tanah merah yang sangat berdebu kerana musim kering. Kereta kuda, kereta lembu pun masih ada digunakan sebagai kenderaan, bukan sebagai tarikan pelancong. Kebanyakkan (aku rasa semua) rumah masih menggunakan air perigi dan rasanya bekalan elektrik mesti tak ada sebab macam takde pun tiang elektrik. Sepanjang jalan orang tempatan terutamanya kanak-kanak sangat excited melambai-lambai 'bye!!!' kepada kami. Setiap kali bertembung dengan kenderaan lain, kami terpaksa menutup keseluruhan muka kerana debu yang sangat tebal.
Suci dalam debu (kah?)
Dah macam taliban pun ada. aku even selubung satu kepala kalau debu tebal sangat
Pemandangan utama sepanjang jalan
kenal tak apa tu? lembu kaki pendek, still bergerak aktif hokeh! oink! oink!
Selepas 2jam akhirnya kami selamat sampai. USD5 seorang dikenakan sebagai bayaran masuk. Apa yang lainnya dengan Beng Mealea ni? bukan sama je ke semua temple tu? Bagi orang architecture macam aku semuanya adalah berbeza even dalam kompleks angkor wat sendiri. Tapi yang membezakan Beng Mealea ialah ia di kekalkan dalam keadaan asal ketika ditemui. Tiada kerja-kerja konservasi dibuat. Segala pohon dibiarkan sebagaimana ia tumbuh melata.
Sedang kami merayau di dalam kawasan kompleks tiba-tiba datang 'volunteer' guide yang memakai official tag untuk membawa tourist ke sekitar kawasan runtuhan tersebut. Sebenarnya boleh je masuk sendiri tapi chances untuk sesat memang agak tinggi. Kami follow jekla mana pakcik tu bawa sambil-sambil dia cuba jadi tourist guide Rupa-rupanya bila dah keluar semula, dia pun sebut 'tips' chehh.. Kami bagi la sorang usd2 (total usd6), banyak kot.. hehehe.. dasar kedekut, bukan kedekut tapi berjimat, kitorang datang pun naik tuk tuk je tak mampu nak naik kereta.
Runtuhan di sekitar pintu masuk
Gigih kitorang panjat ke atas nun, sib baik selalu panjat tabur heee...
Kena panjat dan lalu segala runtuhan
Lebih kurang 1 1/2 di situ kami pun berangkat pulang. Sampai di Siem Reap semula lebih kurang jam 2.30 petang, kami sempat singgah beli air tebu tepi jalan berharga 1000riel secawan. Dah habis teguk baru lah terdetik dalam hati 'alamak, habislah kalau kene ceri-beri!' tapi since dah selamat masuk perut, tawakkal jelah alhamdulillah nothing happen. Kemudian dengan segera kami berbasikal pula ke perkampungan muslim malam tadi pastilah tujuan utama makan! Kali ini kami ke kawasan masjid (masjid yang dibina kerajaan Malaysia itu kelihatan agak daif, tidak begitu diselenggara dengan baik, kekurangan sumber mungkin) Kebetulan kami sampai jemaah baru selesai asar, kami solat jamak asar & zohor, kemudian singgah ke kedai makan belakang masjid tersebut. Kami order nasi goreng-goreng saja untuk jimat masa. Sambil-sambil menonton RTM1, kami berborak-borak dengan tuan kedai. Dia bercerita serba sedikit kehidupan di Siem Reap. Sumber pendapatan utama adalah pelancongan. Selain dari itu, pandai-pandailah cari duit, bertani sendiri ke, berniaga kedai makan ke, drive tuk tuk ke, pemandu pelancong ke atau apa-apa sajalah. Sempat juga mengorek cerita dari anak gadis tuan kedai. Dia teringin sambung belajar di Malaysia. Di Cambodia peluangnya hampir tiada lebih-lebih lagi baginya seorang muslim. Menjadikan aku sangat bersyukur menjadi rakyat Malaysia. Kemudian kami ke Artisan D Angkor dan meronda-ronda sekitar Siem Reap di waktu siang. Sudah 2 kali kami explore di waktu malam. Malam tu sekali lagi kami ke tempat yang sama mencari makanan halal untuk dinner.
Di hadapan Artisan D Angkor
Inilah rupa lobby Seam Reap Guest House
Kami kembali ke guesthouse agak awal untuk berkemas pulang esok hari :(... Kami perlu ada di airport jam 8.30 pagi jadi tiada aktiviti untuk esok kecuali pulang ke tanah air. Aku sudah mula rindu nasi lemak!! heeee... Ok lah, sekian saja cerita KL-Siem Reap an overland yang berjela-jela ni. InsyaAllah akan ada entry baru untuk destinasi baru dalam 2 minggu lagi. Jya neh!!
Salam ziarah,
baru plan dengan orang rumah nak ke sana. bagus tip-tip diberi. Suasana dalam watt tu pun nampak sesuai sangat kalau buat wedding photography (orang sana le)