Jalan2 ke Medan

Aku pergi Medan pada hujung minggu sahaja selama 2 hari 1 malam bersamaan pergi hari Sabtu dan pulang hari Ahad. Ya memang kedengaran mcm kerja gila sampai kawan aku cakap aku pegi Medan mcm balik kg. Perjalanan naik Air Asia cuma sejam saja oleh itu aku yg belum sarapan pagi terpaksa mkn laju2 sbb baru nak bukak mulut pilot dah announce nak mendarat sila pasang seat belt, tegakkan kerusi dan naikkan meja dihadapan anda. Haram jadah aku adalah lapar! Flight departed 7 pg dan kami sampai ke Medan waktu tempatan juga jam 7 pagi. Huh gila pagi nasib baik pegi satu mlm saja jadi kami mampu stay di JW Marriot cuma RM150/nite/room dan best sbb kami dibenarkan check in awal seawal kami sampai. Katil untuk 2 org tp mcm boleh sumbat 4 org lain kali aku akan buat mcm tu, haha.. Masuk bilik aku membuta dulu sbb bgn awal sgt dan kedai pun belum buka lagi la.
Di sini disarankan nak jalan2 naik saja beca sbb adalah murah, cepat dan beca dia adalah guna motor bukan kayuh basikal jadi tak perlu rasa bersalah naik. Tambang lebih kurang 5000rp ~ 15000rp bergantung pada skill mengayat. Tp sila berhati2 kalau pemandu beca terlebih peramah tetiba dia akan pau anda duit RM. Aku buat muka tak bersalah keluarkan duit singgit2 RM2 saja kata aku tak bawak duit M’sia jadi dia tak jadi pau sbb mcm sikit sgt nak pau. Huhu sapa suruh ko nak pau aku? Padan muka kena tipu! Sila jadi org beriman mcm papan tanda kat bawah ni, oleh itu jangan langgar lampu merah ye kawan2!

Biasanya org ke Medan mesti akan ke Lake Toba tp aku pegi semlm saja mana sempat nak pegi jadi jln2 tgk2 tempat org saja. Tempat shopping best kat sini adalah pasar ikan (locals pronounce it as bajak ikan). Walaupun namanya pasar ikan tp percayalah takde seekor ikan pun kat situ walhal ikan akuarium pun. Barang2 yg ada kat situ dari tudung, telekung, kain2, comforter dan mcm2 lagi smpai rambang mata. Gambar kat situ adalah tiada sbb terlebih excited bershopping. Shopping malls kat sini biasa2 saja, tp dia ada juga FOS store yg murah2 harganya mcm di Bandung sempat la aku rambang mata. Selebihnya kitorang cuma jalan2 ke istana, masjid dan jalan kaki balik ke hotel sambil meninjau2 negeri org. Oh bangunan2 lama di sini di conserved dan saya menyokong usaha mereka bukan macam KL kalau boleh semua DBKL nak roboh. Aku emo bila mengenangkan Boh house’s yg tinggi nilai sejarah itu diluluskan oleh DBKL utk dirobohkan. Penat kami fight utk itu. Ha! Kami juga sempat bermassage bagai, ia sangat best sebab dah penat jalan2 jalan kaki dan view dari floor tempat spa itu boleh nampak bandar medan yg langitnya tak berapa nak biru.


Ok, itu saja cerita 2hari 1mlm aku ke Medan. Lepas ni aku cerita pula pasal cuti2 aku ke Sabah ye. Itu adalah sangat best cuti selama 9hari 10mlm!

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum