Sabah 2010 (Part 1)
Monday, June 28, 2010 by Fiza_Pja
Ini adalah cuti² paling lama dlm sejarah hidup aku, 9 hari bersamaan kene ambil annual leave 6 hari. Sejarah juga aku yg baru masuk kerja 2 minggu dpt cuti seminggu terrer tak aku? Heee… Air ticket sudah dibeli advanced setahun iaitu bulan 4 thn lepas semasa promosi free seats air asia thanks to air asia dapat aku jalan² merata. Plan asal adalah nak terjun laut di Sipadan nan indah itu dan mandaki gunung kinabalu tp tak kesampaian sbb permit ke Sipadan sudah habis seawal Januari dan permit mendaki pun sudah penuh dibuking lebih awal lagi. Huh terasa mcm nak pegi hj kena book permit awal² sampai mkn tahun pula. Maka plan cuti² adalah ke Tawau~ Semporna~ Mabul~ KK. Flight ke Tawau telah lewat lebih sejam sbb air asia asyiklah delay flight dia sampai aku menyampah tp sbb dia murah aku beli la juga.
In between Semporna & Mabul, indahkan bumi tuhan ini?
Perjalanan ke Tawau lebih kurang ±3 ½ jam bosan weh buat Sudoku pon dah abes berkali². Kami tiba di Tawau lebih kurang jam 6.30 ptg tp disana hari sudah seperti jam 8mlm. Kami mengambil teksi airport RM40 sehala ke Semporna (alternative lain ialah menaiki bas dgn tambang RM10 sehala, 7pg- 5ptg). Tawau ke Semporna mengambil masa ±1jam kerana jalan sudah elok tak mcm ayah aku cerita dulu² Tawau –Semporna cuma jalan tanah merah mau 3-4 jam la juga. Di Semporna menginap di Dragon Inn utk semlm jd mlm tu jln² sekitar melihat² pekan Semporna. Bot ke Mabul esok hari adalah jam 7pg so aku kengkonon nak tgk sun rise bgnla jam 5.30 pg tp bila aku buka tingkap humang aih terang benderang dah mcm pkl 7.30 pg sunrise pejadahnya. Kami menggunakan perkhidmatan Billabong Scuba utk menginap di Mabul sbb yg lain² pakej mcm mahal. Billabong juga ada menyediakan transit accommodation semporna-Mabul dgn kos RM15/ person/nite tp kitorang tau masa dah sampai sana dan dah book dragon inn (RM60/nite for double room). Kos penginapan utk non divers (homestay) + mkn minum + bot Semporna-Mabul untuk 3D2N di Mabul adalah RM240 tak termasuk trip snorkeling/ dive. Sewa mask snorkeling RM10 dan life jacket RM10. Snorkel sekitar Mabul FOC, Kapalai RM50 dan ke lain² tmpt anda boleh berbincang harga dgn pengurus bot di sana. Utk pakej diving sila jgn tanya aku, aku bkn divers. Boleh juga tgk website dorang kat billabongscuba
Twelve in a boat- they are Bajau Laut spending almost the rest of their life on the sea
Pemandangan rumah bot semasa air surut
Perjalanan bot ke Mabul kurang 1jam disbbkan sampai terlalu awal nak check-in terus mereka² di sana ajak terjun laut. Melihat alam ciptaan tuhan yg indah itu mmg kami tak sabar nak merentungkan kulit dah terus je salin baju tinggal je segala barang bagai. Satu peringatan sebelum anda masuk bot bg yg tak confident terjun laut dalam dan yg tak pandai berenang, sila minta life jacket siap² sebelum bertolak kalau tak anda akan duduk saja atas bot tgk je la air laut tu smpai rentung sbb jacket dorang tinggal kerana di Mabul penggunaan life jacket tidak begitu diutamakan seperti pulau² peranginan lain yg menitik beratkan pemakaian life jacket walaupun anda juara olimpik acara renang. Di Mabul dia campak mcm tu saja ko dlm laut walaupun seumur hidup berenang dlm bath tub pon ko tak penah so kalau takut sila duduk atas bot diam² tak ke dah rugi. Owh, aku ada nampak shark masa dia campak aku kat tgh² laut tu. Tp shark tu dok jauh nun kat bawah la rasa seram gak tp tgk org lain relax aku pun control cun la juga haha. Penyu adalah bersepah² di sini memula nampak aku sgt jakun tp lama² dah tak heran dah. Ikan² di sini besar² belaka dan mmg species ikan laut dalam yg sekali lalu segerombolan dah mcm tgk national geography lives. Laut di sini juga ada pertembungan 2 arus, laut sulu & laut apa tah anda boleh rasa perbezaan suhu yg drastik yg mana laut sulu terasa sejuk.
Can you see the turtle? :)
Jadual terjun laut adalah 2X sehari jam 9 pg dan 11 pg. Aktiviti ptg selain melepak² sambil menikmati keindahan laut, boleh juga berjalan mengelilingi pulau Mabul takat jalan menonong tak tgk kiri kanan cuma dlm 30minit dah habis 1 round. Anak² kecil di sana mmg suka diambil gambar cuma kebanyakan mereka mesti akan meminta duit dgn anda kalau anda ambil gambar mereka jadi apa salahnya bawa je duit syiling lima posen bnyk² sket kalau ke Mabul.
Di sana pisang goreng dijual 10sen seketul gila murah smpai member aku boleh pula nak beli sorang singgit kat kitorang berempat tak ke jadi 40 ketul karang sapa pulak nak ngabeskan? Terus je akak tu blh tutup kedai sbb dah abes kitorang borong pisang dia Haha.. Ice blended agak² korang satu plastik kat gambar bawah ni berape hengget? Lima posen je! Kitorang terus je tetiap hari borong sorang satu. Satu benda lg yg aku rasa creative ialah barang yg dibungkus dlm plastik² ais krim m’sia. Korang rasa apa tu ek? mula² aku ingatkan dorang jual cordial ke aiskrim ke, rupa²nya clorox, softener, dynamo, dan mcm² lg keperluan harian dua posen saja sepeket. OOOO.. mcm org jakun pula aku ek.
Selain home stays yg bnyk utk cuti² yg budget, ada juga resort² mahal kat sini. Cthnya Kapalai dan Water bungalow yg aku dgr kosnya USD300 semlm. Humang aih gila mahal baik aku spend jalan² drpd p tido kat situ.
Kapalai Island
Water Bungalow, Mabul
Selepas 2 mlm di Mabul kami terpaksa juga tidak lupa daratan balik ke Semporna. Semalaman di sana dan esk pagi terus ke bandar Tawau.
Kami ke pasar gantung dan pasar besar shopping souvenir, kerepek dan keropok Sabah.
Tip: barangan souvenir di pasar gantung Tawau adalah lebih murah berbanding pasar filifina di KK.
OKlah, aku sambung cerita KK kat entry lain la ek. Jya!