Mereka yg aku panggil kawan


Kawan aku takdelah ramai dan kawan baik a.k.a BFF lagilah tak ramai. Aku acknowledge mereka adalah penting dalam hidup aku. Huda Ainiyah adalah kawan yang aku panggil kawan dan dia juga panggil aku kawan. Jadi dia selalu melabel kawan aku sebagai kawan kawan (ala sama mcm konsep 8x sayang tu- sapa tatau cepat pergi cari menda apa 8x sayang tu). Aku kenal dia pada tahun 2006 melalui satu forum internet. 1st time jumpa pada mlm 1st time nak panjat bukit tabur sambil layan char koew teow kerinchi. 1st impression aku- bnyk ckp gak minah ni. huhu.. Selepas xpdc bkt tabur kelolaan en john lennon a.k.a john tabur yg masa tu pon perot tak berapa ke depan mcm skrg, sikit² aku start ikut dia pegi jalan2. Uih mmg boleh jadi geng sbb aku pon suka jalan² tp kelompok kwn² aku adalah kaki shopping saja bukan jalan². Masa ni dia belum pon kenal wawi (skrg husband dia) dan mula² kami ber-3 jln² sama² ke Cameron. Aku tau ada apa dgn mereka tp aku buat² tatau je, hehe. 
Daripada masa tu wawi slim melim boleh nyuruk blkg pokok kat bukit tabur skrg perut dah mcm pragnent 7 bulan sila lihat gambar sebelah kalau tak percaya. Lepas tu bnyk jalan² dgn kawan; langkawi, penang, pangkor, bali, sabah, melaka, terengganu dan yg dekat² KL mmg toksah cakap la terutamanya bukit tabur hampir setiap minggu naik sampai kami boleh lari2 naik bukit itu tp sekarang adalah mustahil memandangkan aku naik 2-3 kali je setahun. Kawan kahwin dgn wawi thn 2008 sekrg kawan dah ada adam dan adam pun nak ada adik sudah. Aku mmg selalu p dating dgn adam ni sbb dia mmg suka geng mata sepet dia sbb mama dia suka mengata mata sepet aku jadi turun kat mata adam. Walaupun dah ada family tp aku selalu je nyempil kat jalan² kawan. Thanks kawan menjadi tempat aku cerita hidup aku yang merepek² ni dan selalu ingat aku bila p jalan². Kita pasti akan teruskan jadual jalan² dgn pertambahan ahli baru (aku je tak tambah ahli lagi :P)

Dina Husna pula aku panggil dia che’ deen. Aku dah lama kenal dia dah 12 tahun (fuyyohh lama tu che’ deen!) Kalau Aini adalah kawan aku jalan², dengan dina pula tahap persahabatan kami dah macam adik beradik sampai mama papa dia dah macam mak ayah aku yg aku boleh je balik rumah dia tidur guling² bagai tak payah ada dina pun balik sama. Ramai gak org kata kami adik beradik dan ada yg kata kitorang kembar. Huh aku rasa tak sama langsung, huhu. Aku kenal dia start masuk UM kat pra alam bina sama² rentas padang UM dari 11th sampai alam bina, then degree kat fakulti alam bina aku masuk architecture dia masuk building surveyor. Bila dia start kerja kami duduk serumah kat Vista Angkasa yg glemer dgn aksi terlampau budak UM kat tangga tu huh buat malu UM saja. 2007 bila kesemua housemates lain nak kahwin dan tinggal kami berdua je akan hidup membujang kami pindah ke Puchong sbb mana mampu nak bayar sewa vista yg mahal tu berdua. Bila dia kahwin tahun 2009 tinggal lah aku sorang kat puchong tu sampai sekarang. Sob! sob! sob! Tp skrg pun aku selalu je melepak kat rumah dia yg dekat je ngan rumah aku dan kitorang still pegi shopping , tgk wayang & tgk teater sama². (oh, dgn kawan aku tidak pernah tgk wayang). Thanks Che’ Deen menjadi sahabat, kawan, kakak, adik, kembar aku selama ni. Juga mendengar luahan2 hati yg ntahapaapantah yg bila aku fikir balik alangkah bodohnya aku masa tu. Ahahaha.. Sila padam memori itu ye :D. Kita akan teruskan aktiviti melagho lepas ni ek.

Ok sekarang kita berkenalan pulak dengan housemate gelap aku Nurulain Muhamed Hassan amek ko nama penuh aku sebut. Huhu mmg aku selalu sebut nama penuh dia. Dia jadi housemate gelap sbb sekrg ni dia kat Penang, aku kat Segamat, kitorang jumpa sebulan sekali dua kat Puchong! Tak ke mcm pelik kan? Eh taklah.. Aku kenal ain pun start kat UM pra alam bina. Aku selalu panggil dia Ain san! Dan dia akan panggil aku p-ja san! Kami berkongsi hobi minat gila baca manga dan tengok anime. Tp dia lagi minat tgk j-pop & k-pop, oh che’ deen pun minat gila kat j-pop & k-pop ni. Aku tak layan pon tp boleh je masuk bila dorang cerita². Ain ni bercita² nak kahwin dgn Yamapi- super star kat Jepun. Huh aku selalu kutuk kata yamapi berak tak cebuk! Haha dan dia akan marah :P. Ain nampak je sgt ganas tp dia adalah manja dan sangat lurus bendul selalu jadi bahan bila kumpul ramai² sbb apa² benda merepek yg kita bagitau dia mesti mati² dia percaya. Contohnya masa lalu dpn loji kumbahan aku pon ckp ada org bela udang kat loji kumbahan tu dan dia mesti percaya 100% itulah dia nurulain muhamed hassan. Dia sgt suka pergi berpoya² di padang pasir (aku tatau apa kaitan padang pasir dgn shopping mall) dan sangat mudah terpengaruh dgn promoter. Jadi sangat bahaya membiarkan dia pegi shopping sorang² takut setroli tesco yg besar tu pun tak cukup dia membeli. Jadi aku akan sentiasa berpesan pada dia bila aku takde di sebelah masa shopping jgn beli benda² tak perlu. Dia juga sgt suka laut tp tiap kali aku ajak mesti dia tak blh ikut sbb waktu kerja dia sentiasa tak sama dgn org lain. Oh, ain suka naik lift sbb dia benci escalator mahupon travellator sbb malas jalan punya pasal jadi aku selalu heret dia naik tangga, haha. Dulu aku pernah gaduh ngan dia tp skrg tidak lagi. Ain sang, sila jgn simpan dlm hati ye saya minta maaf bnyk² dah tua² ni pun tak elok gaduh² nanti lagi cepat tua, eh dah tua ke aku :P. Hidup mesti gembira! gembira! (aku baca dlm nada ain menyebut). Di samping ain selalu ada sorang lagi, muna a.k.a che' moon. Dia ni suka japs & korean series sama mcm che' deen & ain dan muna sgt suka main video game. Kalau dgn aku kitorang sgt suka bahas pasal satu topik dan aku mesti nak menang, bak kata muna lah tak kira aku nak gak menang :D

Sorang lagi kawan kategori rapat adalah seseorang yg aku panggil Daley. Daley pun aku kenal kat pra alam bina UM dan satu kelas masa amek amek degree. Aku serumah dgn dia sepanjang di UM dan sama² bersengkang mata tak tidur berhari² menyiapkan presentation. Tp Daley selalu cover tidur dia dlm kelas dgn tersengguk² 360° menjadi jurus cantum kepala dgn mizi yg pun selalu membuat putaran 360° kat sebelah Daley. Kitorang selalu buat kerja gila tgh² sibuk ada submission tetiba hilang pergi tgk movie kat Mid valley mementang mid valley tu aku gelarkan pasar malam kitorang. Yelah, nak beli bawang pon pegi mid valley. Naik bas lima posen je takyah susah² cari parking. Lepas grad dia jadi tutor kat UPM amek master dan skrg dah bergelar dr nurdalilah dahlan. Tak lama lagi dia nak kahwin eh sorry daley aku ter announce pula kat sini :D.

Kesimpulannya aku bangga ada kawan² macam dorang nih (macam BM2 ada kesimpulan ek). They always be there when i need them. Utk kawan² yg lain bukanlah aku tak ingat korang sbb tak cerita kat sini yek, aku pun sayang korang semua.. mmuahh!!

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum