Jalan² Singapura

Ok, kali ni cerita pasal jalan² aku ke singapura. Ini telah berlaku pada xmas tahun lepas. Plan secara spontan seminggu sebelum pergi, Tesco hantar aku pergi seminar pasal design² shopping mall dan kebetulan salah seorang presenter present pasal street decoration during festive season dan dia bentangkan case study di s’pore. Sbb xmas tinggal lg seminggu terus je aku terasa nak pegi sana amek² gambar, called hifzan & terus on :). Mula² nak naik train tp sbb cuti xmas hari jumaat dan cuma tinggal seminggu lagi nak pergi tiket telah habis dijual. Tukar plan drive down to JB, tumpang parking kat rumah angah (eh, bkn angah adik aku, tp angah adik dina yg baru je tukar kerja ke JB months before) dan naik bas RM2.40 masuk s’pore tp nak masuk JB karang dia jadik SGD2.40, pulak... Bertolak dari Puchong lebih kurang 9mlm tp ngam² sampai Nilai aku tgh cerita² pasal passport si Hifzan jerit awak saya tak bawak passport!!! Waaahh!! Aku ingatkan dia gurau je rupanya betul sbb tak terasa mcm nak pegi oversea kerana tak naik kapal terbang. Huhuhu… jadinya bertolak semula ke JB dari KL 12++ pg sbb KL jem teruk nak celebrate xmas sana sini. Sampai di JB jam 4++pg itupun lepas sesat jalan mana² tah aku masuk huhu bawa je plat J tp satu jln kat JB tu aku tatau.
Sempat aku tidur 2~3 jam, pagi² jam 9 kitorang dah ada dlm bas, jam 10++ dah sampai ke hostel kitorang. Di S’pore ada bnyk hostel² budget yg harga tak lebih SGD50/nite/person boleh tgk kat hostelworld utk mana² lokasi kat dunia ni. Kami bermlm di the hive sorang SGD20 utk dorm 6 org, ok je takat tidur semlm dan kitorang pun masuk bilik pkl 11 pg, letak barang, terus keluar & balik pkl 12++ mlm. S’pore mmg terkenal dgn jaringan public transport yg efficient baik dari MRT, teksi mahupun bas dan jalan² di sana sgt pedestrian friendly.
Kami menaiki MRT dari Farrer Park ke Orchard Road kemudian berjalan kaki sepanjang orchard rd ke s’pore plaza, s’pore art museum, suntec city, esplanade, fullerton dan sempat naik river cruise (SGD15/person) tgk bandar s’pore mlm² selama 45minit sempat la juga rehatkan kaki. Ya, semua tu kitorang jalan kaki je mmg terasa mcm nak patah kaki pun ada dan rasa mcm berkilo² lebih ringan dan Alhamdulillah kaki masih elok utk terus berjalan melihat bumi tuhan nan indah ini. Mlm kami ke orchard rd semula bertemu kawan lama dinner dan menikmati pemandangan mlm xmas di orchard road dari roof top orchard central yg ntah berapa belas ke puluh tingkat sbb aku mmg tak prefer being in the crowd. Balik ke hostel aku tidur tak ingat dunia tau² dah pkl 6.30 pg.
Jam 9 kami sudah bergerak pula ke Far East Square. Susah juga nak cari sbb kalau tanya locals mereka mesti ingatkan shopping mall kat orchard rd ada satu mall nama far east square. Ia terletak berhampiran china town tak ingat nama MRT station yg kitorang turun tu. Bersarapan pagi nasi lemak disana dan ronda² ke kawasan sekitar china town dan mosque street. Di sini aku sgt suka kerajaan s’pore yg betul² berusaha dlm conservation of old shop houses dan old buildings. Aku mmg emo bila DBKL luluskan utk meroboh (dah roboh pun) penjara pudu yg berusia lebih 100 thn tu. Kalau alasan dorang sbb nak buat pembangunan dan penjara tu tak relevant duduk kat situ cuba korang buat case study kat s’pore tu mcm mana dorang conserve, make good of old buildings and integrate it into modern sophisticated city living. Hah amek keluar pulak minglish aku.
  
Ada sgt bnyk projek yg boleh dibuat case study kat sini, tp tolonglah kalau nak copy teknologi tu buat la betul² bukan mcm petaling street yg konon² nak buat mcm bugis junction tp bila ujan basah lencun gak aku kat PS tu. OK tinggalkan emo aku berbalik cerita jln². For lunch, we meet up with other old friend @ Bugis junction. Kemudian kami berjalan lagi ke masjid sultan singapura, bersembahyang disana dan meninjau² sekitar bussorah street, OTW nak ke MRT balik ke hastel terjumpa Bali street jalan² pulak kat situ, akhirnya aku surrender balik ke hostel jam 5 ptg.

Lepak² rehat sikit lebih kurang sejam kitorang pun gerak balik ke JB. Sampai JB hampir jam 8mlm sbb cuma 3 kaunter immigration yg buka sdgkan manusia nya ntah smpi 7-8 lanes benci je aku masa kitorang masuk s’pore immigration s’pore buka hampir semua kaunter tak smpai 15 min dah siap. Mlm angah bawa ronda² bandar JB hmm boleh tahan gak pembangunan JB ye, esok tu pagi² sarapan lontong kat mana tah angah bawa pastu terus balik KL ahad kami dah boleh lepak² buat laundry pula. Itulah kisah jalan² 2 hari 1 mlm aku ke s’pore, sekian terima kasih kerana membaca

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum