Redah & Terjah India ~ Kochi : Bandar Penuh Keramahan

and so the adventure begins - Happy Camper, Kochi, India

Assalamualaikum..
Ok ok, atas permintaan beberapa orang kawan, yelah, aku update segera pasal India ni :)

Twilight zone. Transisi antara malam dan siang semasa penerbangan menuju ke Penang dalam perjalanan berpatah balik dari Nepal

Sambungan daripada kisah tak jadi ke Nepal T_T

Ahad malam 26 April 2015, penerbangan jam 9:10 malam, kali ini kami selamat mendarat di Kochi, Kerala, India. Sampai di Kochi menghampiri tengah malam, kami mengambil teksi airport rs1200 (sejam setengah) ke Fort Kochi berdasarkan google segera sebelum terbang. Tiada booking dibuat kami minta pemandu teksi berhenti di mana-mana homestay atau hostel yang kami nampak. Kebetulan teksi terberhenti dihadapan Happy Camper, kami mencuba nasib mengetuk pintu hostel walaupun nampak sudah gelap gelita. Memang sudah ditakdirkan rezeki kami, ada dorm 4 katil yang masih kosong. It was just perfect, the dorm comes with private bathroom, dressing room, free laundry & breakfast, rs499 rate per person per night is very reasonable.
 Alhamdulillah, akhirnya kami selamat sampai ke sebuah destinasi
Happy Camper Hostel
One of the breakfast at Happy Camper- Puttu
Ada majlis perkahwinan di pagi hari. Penagntin di arak dengan muzik dan tarian sepanjang jalan

Isnin, 27 April 2015, kebanyakan masa dihabiskan di hostel merangka perjalanan. Pengurus hostel banyak membantu kami memutuskan destinasi yang sesuai untuk perjalanan ke Kolkata. Ada 2 options sama ada melalui jalan tepi pantai timur (Trichi - Chennai - Visakhapatnam - Kolkata) atau melalui jalan tengah  (Bangalore - Hyderabad - Kolkata), namun memandangkan option kedua akan melalui lebih banyak tarikan, akhirnya route Kochi-Coimbatore-Mettupalayam-Ooty-Mysore-Hampi-Hyderabad-Kolkata menjadi keputusan akhir. Bukan keputusan mudah untuk kami putuskan, dengan tiket keretapi Mettupalayam-Ooty yang sudah habis secara online dan tiket Hyderabad-Kolkata pula masuk dalam waiting list. Hadap saja lah. Petang itu kami hanya berjalan-jalan sekitar Fort Kochi. Pekannya lebih kurang seperti Melaka, dengan bangunan-bangunan lama pengaruh Belanda dan Portugis. Suasananya berbeza jika di bandingkan dengan bandar India lain yang pernah aku lewati. Bandar yang agak santai dan boleh dikatakan bersih. Orang-orang Kochi pula memang peramah belaka. Nampak saja kamera, masing-masing memberikan pose. Kochi juga boleh dikatakan bandar seni. Ramai seniman-seniman yang mempamerkan hasil seni mereka di dinding-dinding jalanan Kochi. Menurut Prince (salah seorang penjaga Happy Campers) setiap 2 tahun akan diadakan festival seni antarabangsa yang menarik seniman-seniman dari seluruh pelusuk India dan dunia. Tahun ini baru sahaja berlangsung festival tersebut di bulan March yang lepas. Satu lagi yang aku perhatikan, selain Hindu dan Islam, ramai juga penduduk Kochi yang beragama Kristian. Menurut Prince lagi gereja yang ada di Kochi adalah antara tertua di India. Katanya didalam sebuah gereja di sana terdapat makam paderi yang mula-mula membawa masuk kristian ke Kochi.
Street views around Kochi. Kambing pun ramai :)
The famous Kochi's chinese fishing net
 
Selasa, 28 April 2015, kami mencuba back water houseboat di Allepey. Keseluruhan tour mengambil masa 7 jam, termasuk bas pergi balik dari hostel dan makan tengah hari (nasi vegetarian daun pisang), berharga rs850. Agak mahal juga tapi i‏tu alternatif yang jauh lagi murah dan menjimatkan masa daripada menghabiskan masa pergi ke Alleppey, bermalam pula atas houseboat paling kurang 1 malam dengan harga rs6000 #meninggey nak bayar rm360! Cuma pada aku 7jam atas bot yang di dayung menggunakan sepenuhnya tenaga manusia adalah agak membosankan. Lebih-lebih lagi lanskap backwater lebih kurang sama dengan lanskap sungai di tempat kita. Kami di bawa menyusuri sungai yang besar, kemudian masuk ke anak sungai yang jauh lebih kecil. Kami juga di bawa singgah di kilang membakar kulit kerang (untuk kegunaan seperti membuat ubat gigi, ubatan dan sebagainya), juga singgah di sebuah kampung yang menghasilkan produk-produk daripada kelapa terutamanya sabut kelapa yang di buat tali untuk pelbagai guna. Selepas makan tengah hari (yang pada aku nasi daun pisang Kanna bawah office aku jauh lagi enak), ada option saama ada mahu tetap duduk dalam bot yang sama atau bertukar kepada bot kecil (tidak berbumbung) tapi lebih laju. Kami sepakat mahu duduk saja dalam bot besar itu memandangkan matahari yang menggigit kulit kami yang tak berapa mulus itu.
 Bot kami yang akan menyelusuri sungai di Allepey
Di gerakkan sepenuhnya menggunakan tenaga manusia
Macam di tanah air saja kan?
Rupa nasi vege daun pisang. Beras di sana gempal-gempal, beras Malaysia lebih langsing
Itulah boathouse untuk bermalam
Sejenis spesis bunga raya, memang bunganya terbalik, bukan aku saja terbalikkan gambar ye
Sejenis spesis ros
 
Pulang dari backwater, kami pusing lagi seround pekan Kochi sambil berbelanja sedikit baju untuk sepanjang perjalanan. Iyelah, apa sangatlah yang kami bawa memandangkan carca marba packing barang untuk kali ini. Kami makan malam diluar hari itu. Dapat juga merasa makanan laut masakan Kochi. Boleh tahan. Aku tak pasti namanya, panjang juga orang kedai tu menerangkan itu ini, aku angguk kan saja.
 Lagi gambar-gambar sekitar Fort Kochi
 
Pulang ke hostel malam itu, kami membalun basuh baju, baju yang sudah di pakai, ditambah lagi dengan baju yang baru di beli tadi. Bukan selalu dapat free laundry wehh. Dalam bikik kami merentang tali (tips: bawalah tali kalau travel, same goes to bila masuk hutan. Memang banyak kegunaan) dari katil ke katil (katil bunk bed kan), dah macam bilik dobi rupanya menyidai baju 4 orang!
 
Ok lah, panjang dah ni, aku sambung lain kali. Jya!

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum