Gua Batu Maloi, Kuala Pilah

Assalamulaikum..
Seminggu selepas ke mossy forest, kami rancang untuk mencuba caving dan selepas google sana sini serba sedikit gua yang terpilih adalah Gua Batu Maloi. Local guide sudah diaturkan dari KL lagi. Untuk ke sini wajiblah ambil guide, sangat bahaya ok. Pagi 21/4/12 (eh cantik la date ni) kami bertolak dari Puchong dalam jam 7++ pagi. Kami sampai di exit Simpang Ampat/ Tampin beberapa minit melepasi 8.30 pagi. Sempat juga berhenti sarapan nasi lemak segala, kami tiba di sana lebih kurang jam 10.15 pagi. Sesat barat segala sebab takde signage. Tanyolah kek pakcik naik beskal tu haa "Batu maloi kek belakang sano! Ekau dah salah ni!" Iyolah pakcik, kitorang patah balik la ni.. heee....
Bila nampak signage ni silalah belok ke kiri, kalau tak kenalah marah macam kami bila tanya mana batu maloi sebab kami tak nampak perkataan "500m" kat bawah nun. Tak sampai 500m pun simpangnya kena lalu pulak celah-celah kebun sayur, sebab tu kitorang confused

Keadaan dalam gua adalah 80% berair (air yang macam sungai) maka pakaian yang sangat sesuai adalah pakaian ala-ala nak menyelam macam yang kitorang pakai. hahaha.. menyelam dalam gua, sungguh aku tak tipu. Kebetulan malam sebelum tu hujan makanya air yang sepatutnya paras-paras lutut sentiasalah diparas dada. Kasut yang sesuai adalah kasut getah yang jenis berlubang-lubang (macam crocs or anything like that) sebab grip dan takkan takung air. Sila bawa head lamp sendiri, dan bawalah beg kalis air untuk simpan barang. Ada 2 option untuk caving di sini, samada nak cuba sampai 12 check point atau habiskan sampai 24 check points. Memandangkan ini pertama kali kami mencuba caving, jadi kami putuskan buat sampai 12CP sahaja.

Trekking to the cave entrance
Jumpa air sikit, ok lagi
Lepas tu hadoyai, belum masuk lagi air dah paras dada abang guide
OK, tu jalan masuk, not too bad

Masuk je dalam tu, keadaan terus gelap gelita dan air paras leher kami. Siap ada yang cakap, apalah yang aku buat kat sini pagi-pagi hujung minggu ni?? haahhaha..  Dalam tu, pelbagai aksi yang dibuat, merangkak, mengesot, menonggeng, meniarap, baring, segala-galanyalah yang penting boleh lepas celah-celah batu. Ada juga part kena menyelam dalam air, tapi disebabkan kami tak berapa confident dengan air yang sangat deras pagi tu, guide pun tak berani ambil risiko jadi kami ikut jalan pintas, heeee (ada mengelat la jugak) :P Jumpa juga makhluk-makhluk lain dalam tu macam katak (lain rupa katak-katak kat dalam tu), pacat (toksah cerita macam mana kitorang terjerit-jerit bila tiba-tiba pacat lekat kat tangan ngeh ngeh ngeh sungguh aku geli weh binatang merayap-rayap macam tu) dan juga kelawar.

Antara katak yang dijumpai

Akhirnya selepas 1 1/2 jam kami berjaya keluar. Sungguh lega rasanya, namun those adrenalin rush was so refreshing! :) Kami dijemput oleh encik guide untuk makan tengah hari di rumahnya, kami cuma malu-malu kucing tak malu sungguh masing-masing makan bertambah 3 pinggan!! hahaha.. lapar tahap gaban ditambah sedap gila gulai pakcik tu masak. Pulang dari Gua Batu Maloi, we decided to head to Melaka. On the way, masih sempat singgah makan cendol dan pisang, keledek goreng bagai walhal 1/2 jam lepas baru melantak nasi 3 pinggan. Masuk je bandar Melaka, ada pula yang terbayang coconut shake, hush, makan pulak nasi lemak buruk lantak sungguh tiga manusia ni. Kemudian kami hanya merayap-rayap sekitar jonkers street dan malam tu makan lagi sebelum balik KL. Kesimpulan? masuk gua boleh buatkan selera makan naik mendadak! haha...

1 comments:

    kalo saya nk masuk celah batu tu..sure stuck..hahaha...xmuat!!!

     

Blogger Templates by Blog Forum