Mossy Forest of Cameron Highland

Assalamualaikum...

Seminggu selepas pulang dari Medan, membuat adhoc plan ke cameron highland. Besides shopping around those stalls that sell all kind of vegetables, flowers, fruits, strawberries and so on we also went for trekking in mossy forest, gunung brinchang. Disebabkan tidak pernah ke sana, kami berkeputusan mengambil guide dengan bayaran RM50/person untuk servis lebih kurang 4jam. Kami lewat sampai pagi itu jadi kami terlepas trip pagi dan akan join trip petang. Sementelaah menunggu jam 2, kami ke ladang BOH, mencuba scone yang dikatakan sedap tu, tapi boleh la, yang aku makan di Sandakan lagi sedap kot. Selesai menikmati keindahan 'karpet' teh, kami singgah di kedai-kedai tepi jalan, sempat juga beli sayur, bunga, strawberry segala dan kemudian segera ke meeting point yang dijanjikan.
Scone & hot chocolate, yummy!
BOH tea plantation
Jom shopping!

Cuaca agak mendung sewaktu tengahhari dan bila guide sampai hujan mula turun rintik-rintik namun program tetap di jalankan. Bersama 2 orang omputih dari Scotland, sekali lagilah kitorang di bawa ke ladang BOH rupa-rupanya tour ini memang termasuk lawatan ke ladang teh. Kalau aku tahu mestilah pagi tadi tak ke sana kan. Kami diberikan penerangan terperinci mengenai teh, barulah kitorang ni 'owhh' 'eh?' 'hmmm' 'yeke?' pasal teh. Gila jakun weh.
Kemudian kami segera dibawa ke puncak gunung brinchang untuk ke mossy forest. Penerangan terperinci di berikan mengenai hutan hujan, sedikit info mengenai pokok-pokok disitu dan sebagainya.
 Pemandangan dari anjung tinjau
 Periuk kera
Dah nama pun mossy forest, mestilah banyak lumut kan. Kami diberitahu di sinilah lokasi pengambaran filem Puteri Gunung Ledang. The ambient is kinda creepy, ditambah dengan kabus tebal yang naik selepas hujan. Tapi pada aku this is a must visit place & I would love to repeat this again

Kami selesai lebih kurang jam 7malam, solat jamak maghrib dan isya', kemudian makan malam di tanah rata. Gerak semula ke kuala lumpur lebih kurang jam 9 malam dan sampai ketika jam menghampiri pukul 1 pagi. Seram juga drive turun dari Cameron ke Tapah tapi aku buat tak tau je lah. Fatt, ada berani mau repeat?? :)) Tapi next time kita buat trip pagi lah yek means kena gerak lebih awal dari sebelum subuh! huhu. Next entry aku sambung cerita Cambodia ok. Jya!

4 comments:

    Wahhh... kalau nak tahu di cameron highland juga pengambaran untuk iklan antarabangsa Louis Vuitton dibuat dan tersebar dalam merata majalah, tapi ramai yang tak tahu. Tapi saya tak pasti lokasi tepat pengambaraan tu dibuat. Suka Cameron Highland

     

    Ye ke.. tak tau plak pasal tu.. sebenarnya tak tau juga yg filem PGL buat pengambaran kat situ kalau tak ikut guide tu haritu.. yup, cameron kan sejuk.. ramai orang suka, lagi pun masih bnyk hijau kt sana :)

     

    Assalam tuan empunya blog. Nak tanya, berapa RM yer harga utk pakej ke mossy forest? amirudinahmad90@gmail.com Tq ;)

     

    Salam Amirudin Ahmad, harga ada disebut di atas dalam perenggan pertama. Thanks for reading!

     

Blogger Templates by Blog Forum