Assalamualaikum semua

Maaf kerana sangat lama menyepi, sudah sebulan dia pergi. Alhamdulillah segalanya berjalan seperti biasa semula walaupun hati masih sayu terkenangkannya. Life goes on anyway. Aku sangat sibuk di tempat kerja, tambah pulak sebenarnya banyak sangat post yang nak ditulis, sampai tak tau nak tulis yang mana satu. Oklah, kali ni aku sambung dulu part Hello Cambodia!

Masih lagi di hari ke-5, malam itu selepas maghrib kami berbasikal ke pekan Siem Reap. Basikal di Siem Reap Room disediakan secara percuma. Mula-mula confused juga sebab jalan sebelah kanan. Tercangak-cangak kejap tengah jalan macam mana nak belok! hahaha.. kalau kat KL mau dah cedera parah kena langgar :P. Kami ke Little India untuk makan malam bila ditanya nak pedas ke tak konon-konon mintaklah pedas sekali hambek ko, pedas gila sampai tak boleh bercakap! Melihat kami sampai tak boleh bercakap tauke kedai sampai bagi yogurt. Tapi kami tak sanggup nak telan sebab ia yogurt original india (susu masam) bukan yogurt moden yang ada perisa segala.
Kami order kari dan sayur apa tah, dua-dua pedas tahap dewa!
Pub Street, memang penuh pub kiri dan kanan. Semua orang pandang kitorang!

Kemudian kami hanya merayap-rayap sekitar pekan Siem Reap dan melihat-lihat 'pocket' night market yang banyak di sana. Kenapa aku kata pocket? sebab konsep pasar malam disini bukan seperti pasar malam kita, ia lebih kepada bazaar dan keluasan setiap pasar malam cumalah sebesar 1 atau 2 lot rumah kedai dan terletak dicelah2 bangunan, kira macam pocket antara bangunan. Ada banyak pasar malam sekitar pekan dan tak susah nak cari. Kami cuma meninjau-ninjau, masih belum bershopping segala, takut ter over spend :) Well, we survived our first night there after such a long time didn't ride a bike in a foreign country at night yang berlainan arah with a different driving way.
 Senang nak spot night market, ada 'papan tanda lip-lap
Hari ke-6, 10 Feb 2012 tuk-tuk sedia menunggu kami seawal 5.00 pagi untuk melihat matahari terbit di Angkor Wat. Urusan tuk tuk sudah aku selesaikan dari Malaysia lagi. Menyewa tuk-tuk atau kereta di Seam Reap bukan bergantung kepada jumlah jam atau jumlah peserta (peserta eh? macam nak lumba lari pulak!) tetapi sewaan adalah per vehicle dan ke mana. Disebabkan kompleks Angkor Wat ni terangatlah besar, biasanya ada 2 jenis tour- grand circles & mini circles. Kedua-dua circles boleh dibuat secara ekspress dalam sehari tapi bagi peminat sejarah ruins macam ni digalakkan spent more than a day visiting the complexes. Bawa bekalan air masak secukupnya dan bawa bekal apa-apa yang patut sebab tiada satu pun kedai makan yang halal kat dalam tu. Kami berbekalkan pisang yang dibeli semalam semasa driver teksi berhenti dalam perjalanan dari Poi Pet ke Siem Reap. Bayaran dikenakan untuk pas masuk - USD20 for 1day pass, USD40 for 3days pass & USD60 for 7days pass. Kami menyewa tuk tuk untuk 2 hari ke mini circles dan Banteay Srey pada hari pertama dan ke Beng Mealea pada hari kedua. Do shop around for best price. Sila jangan hilangkan pass masuk kerana setiap temple akan ada 'jaga' yang meminta pass anda (siap ada gambar hokeh, disebabkan aku pagi-pagi buta disuruh bergambar passport, memang tak semenggah la muka, harus dibuang saja pass itu lepas guna! haha)
 Umat manusia yang sungguh ramai
Hari masih gelap, bulan sangat indah pagi itu

Lama kami menunggu matahari untuk muncul. Aku siap bertekak dengan sorang pakcik dari Taiwan kot, sudahlah manusia ramai, dia datang mencelah-celah dengan kamera DSLR 2 biji tup-tup pacak tripod atas kaki aku. Apa celup kan? Dah la lagi2 menyentuh minah salleh depan aku nak suruh ke tepi dia tak nampak. "Hello pakcik! Kalau nak spot the best lagi meletop gambar ko karang, silalah datang awal. Kitorang ni dah terpacak kat sini dari gelap-gelap lagi! Bukan pakcik sorang je yang nak amek gambar kat sini!!BTW, pakcik pacak tripod atas kaki saya!" "betul!betul!betul! ko jangan nak sentuh-sentuh aku lagi! nak spot best, datang awal!" minah salleh depan aku menyokong. Eh dan-dan omputih pandai cakap melayu ek.. hahaha... off course dah aku translate weh. Lebih kurang 6.30 pagi masih tiada tanda-tanda mahari akan muncul. Ramai sudah beredar. Kami pun beransur perlahan-lahan. Akhirnya matahari muncul! Subhanallah! Walaupun aku dah banyak kali melihat sunrise, tapi kali ini berbeza. Bulat yang sempurna, merah dan besar.
Hari semakin cerah tapi matahari macam menyorok
 At last, dia menunjukkan diri
Sempat ber self timer

Kemudian kami segera ke Banteay Srey untuk mengelakkan crowd, 37km dari Angkor Wat dan mengambil masa 45minit menaiki tuk-tuk.

Aku sambung cerita kemudian yek! thanks for reading :) happy weekend

3 comments:

    Ohhhh cantiknyaaaa sunrise!!! Harus ke cambo tahun ni!!

     

    cantique photo pagi di angkor wat tu...

     

    Rayyan, Andak,

    Memang cantik sangat sunrise berlatar belakangkan angkor wat. Kalau kena timing, akan sangat cantik kalau dapat sunrise reflection dalam tasik tu, tapi masa kitorang kat sana tak dapat reflection tu...

     

Blogger Templates by Blog Forum