Kuching 2011

Assalamualaikum

Kali ni nak cerita pasal cuti² aku yang ke pertama kalinya ke Kuching, Sarawak. After such a long time tak pergi jalan² dgn kawan akhirnya hujung bulan lepas aku merentas laut china selatan sekali lagi untuk thn ni dok menempel dgn family kawan selama 5hari 4mlm (31 March-4 Apr 2011). Motif utama jalan² kali ini adalah memberi exposure kepada Adam & Adra untuk meluaskan pemandangan mereka. It is good that you bring your kids for travel starting from their early age (anyway, sila jgn salah sangka mereka bukan anak² aku, aku cuma ada anak mata + anak tekak, I am single and available by the way LOL) Seperti biasa ticket flight dibeli sempena promosi RM0 seat Air Asia thn lepas jadi tiket cuma RM55 return seorang. Kami menginap di Asian Hotel dengan family room (1queen bed+ 2 single beds) dan 1 single room yg berlokasi di hadapan waterfront. Walau bagaimanapun, aku tak berapa nak rekemen hotel ni, sbb bila dah jln² sekitar water front tu, ada bnyk hotel² budget yang lagi convenient yang juga converted from old shop houses.

Hari pertama kami sampai ke bandar Kuching sekitar jam 4 ptg dan rancangan asal mahu ke Bako dan bermalam di sana. Walaubagaimanapun, disebabkan ombak kuat waktu itu kami dinasihatkan tidak meneruskan rancangan memandangkan kami membawa 2 babies, agak berisiko disitu lantas rancangan terpaksa dibatalkan. Jadi kami terus check in hotel dan hanya keluar makan malam di kg gersik.
 Dinner dan jalan-jalan sekitar Kg Gersik-tgk adam n adra syok tgk air!

Hari ke-2 kami ke Jong’s Crocodiles Farm and mini zoo tak lain tak bukan meninjau² buaya dan kemudian ke Semenggoh Wildlife Centre melihat orang utan. Ladang buaya ini terletak 29km dari Kuching dan entrance fee untuk non sarawakian RM16 (adult) dan RM8 (child) ~ our comment; why it must be Sarawakian and non Sarawakian instead of Malaysian and non Malaysian? Well, we went in anyway. Selain buaya sebagai haiwan ‘peliharaan’ utama disini banyak juga haiwan lain seperti species² burung dan ikan~ I was amazed by the giant arapaima gigas that they have in their pond! Their sizes were massive! Jakun aku tgk ikan besar camtu, dah mcm dalam river monster kat discovery channel. Selain itu, tarikan utamanya sudah pastilah buaya. Gila besar buaya² kat sini. Kawasan buaya² ditempatkan dibuat seperti habitat semulajadi yang berpaya, ada yang sehingga hampir 5meter panjang (dari anggaran mata kasar saya) kepalanya sahaja lebih kurang semeter! Siap bergaduh sesama sendiri terasa mcm tgk national geographic secara live. Takut pun ada jugak! Sempat juga adam meniru bunyi buaya gaduh, sungguh comel kamu!

Ini kira saiz kecik je.. boleh pulak kawan kata ini buaya batu sbb dia tak bergerak langsung!
Yang kitorang tgk lebih kurang saiz dlm gmbr tu, malah ada yg lg besar
(erk aku tak amek pon gmbr buaya tu, mcm takot jek! )
           Geram Si Adra agagagaaa...                     Adam, mcm mana bunyi buaya? "khhuuuu... "

Lebih kurang 2 jam disana kami kemudian ke Semenggoh yang lebih kurang 15 minit dari situ untuk melihat orang utan pula. Entrance fee for Malaysian is RM3. Kalau sebelum ni kat Sandakan (Sepilok) cuma nampak seekor baby orang utan, kali ni bersepah² orang utannya dan ada 2 ekor ibu yang masih membawa baby yang belum bercerai susu.
Di Semenggoh, kawan mau compile family picture!
An orang utan with her baby

Hari ke-3 kami adalah hari bershopping sakan di pasar serikin. Perjalanan lebih kurang 1 jam dari Kuching dan lokasi pasar ini betul² dekat dgn border Kalimantan jadi ramailah peniaga dari sana yang mencari rezeki disitu. Bermacam² barang yang dijual dari tikar, minyak angin, kain baju, periuk belanga dan macam² lagilah. Untuk shopping disini aku mengekor jek ngan Cik Mah sbb dia terer tawar menawar. Tips shopping disini? Bargain till they drop! :D On the way pulang ke Kuching, kami singgah di gua angin, tp malangnya sudah terlepas waktu melawat ekoran over excited shopping tak hengat dunia di serikin, jadi cuma ambil gambar disekitar sahaja. Kami sempat singgah tepi jalan nak merasa durian Sarawak, tp mcm tak bape nak layan ek? Heh durian segamat gak yg syok! Sampai di Kuching, sambung shopping lagi di pasar malam Satok. Hee… besh.. membeli sedikit souvenir dan makanan untuk makan mlm, nyam nyam untuk ikan terubuk bakar! Pulang ke hotel, malu la jugak mengangkut barangan shopping ke bilik ala² nak pindah Kuching gamaknya.. huhuhu

Pasar yang sangat panjang, Cik Mah berjaya mengheret aku sampai hujung!
 Kemudian singgah di gua angin

Hari ke-4 kami hanya pusing² bandar sekitar muzium dan kemudian berkunjung ke kedai² sepanjang water front. Aku mcm biasa menjadi pemerhati tegar sambil ‘menumpang’ pembelian dari shopper tegar sbb dia beli 10, aku cuma nak 1 or 2 jek so tumpangla harga yg dah ditawar tu.. hehe.. Thank you Cik Mah yang bijak berbelanja! :D Petang tu kami melayan sun set pula di pantai Santubong. Gembira hati si Adam melihat air dan akhirnya dapat dia masuk dalam air tanpa kena marah
 Melawat muzium² sekitar Kuching
 Berjalan² sekitar water front
Bersama 2 org pen-shopping tegar
 Layan sun set
Ahli rombongan

Hari ke-5 merangkap hari terakhir dihabiskan dgn last minute shopping! Pagi² kami singgah ke pasar basah satok membeli ikan terubuk masin dan kemudian ke kg Gersik mencari kek lapis Sarawak yang popular itu. Kemudian saja² membawa Adam naik penambang sampai menangis takut! Haha apa la adam ni tak macho langsung! :P Sempat juga menyinggah ke tugu kucing dah sampai sini kenala ada bukti kan haha..
 Terubuk Masin
 Kek Lapis
Penambang
 Dan semestinya depan cat! Tmpt wajib amek gambar kalau melawat Kuching :D

Ok, mari aku listkan budget untuk cuti² 5hari 4mlm aku nih (seperti biasa tidak termasuk budget utk shopping dan makan² ye)

Air ticket                                                - RM   55.00 *note: this is from Air Asia free seats promo
Sewa kereta [Avanza] (RM160X4/5)  - RM 128.00
Minyak                                                  - RM   20.00
Asian Hotel [5D4N single room]           - RM 180.00 *Family room for 4 yg blh sumbat 6 org RM160/nite
Crocodile Farm + Semenggoh           - RM   19.00
TOTAL                                                    - RM 402.00

Total budget utk cuti² Kuching saya kali ini adalah RM 402.00. Owh, hint for next week’s weekend, since the sun is here it is beach time, I will be going beyond north!

1 comments:

    On April 21, 2011 at 11:10 AM ainiyah said...

    wahh..ko dah update.tak pasan.
    sampai arini Adam ingat bunyi buaya.gorgon dok practice though phone.

     

Blogger Templates by Blog Forum