Zaman Remaja

Hari ini 23 March 2011 keputusan SPM 2010 diumumkan. Kepada semua calon² SPM 2010, semoga memperoleh keputusan yang cemerlang dan selamat menempuh peringkat seterusnya dalam hidup. Teringat debaran aku ketika hari SPM diumumkan. Disebabkan aku bersekolah di Jasin maka pagi² buta aku dah gigih menunggu bas, dan perjalanan bas sangkut² dari Batu Pahat ke Jasin yang memerlukan pertukaran 3 bas dan memakan masa hampir 3jam itu menambah lagi gelora hati. Kira² jam menghampiri tgh hari sampailah giliran aku meneliti hasil usaha 2 tahun berhuha huha di MRSM Jasin dan Alhamdulillah keputusan melebihi target (percubaan SPM agg 13kot) dengan aggregate 7 (5A1, 4A2, 1C3).. erk, ya aku berSPM dizaman sebelum pensijilan terbuka, zaman pangkat dan aggregate masih digunakan. Pehh rasa tuanya aku :P Mungkin kedengaran result aku mcm gempak disini tp nak dibandingkan dgn rakan² lain beraggregate 6 dgn 9As dan 10As aku merasa kerdilnya aku. (Tp bila tgk balik, aku pon dpt 9As apa.. huhu..) keputusan sekolah sgt membanggakan dgn 100% pangkat 1 dan kalau tak silap ada 2 org kot yg dpt straight 9A1s. MRSM Jasin pada waktu itu merupakan top 3 bersama MRSM Taiping dan MRSM Pengkalan Chepa. Teringat aku pernah dapat anugerah penghormatan pengetua (kira mcm dean’s list kalau kat University) masa 1st sem aku kat sini, tp 1st sem jekla, heee… Ya, system peperiksaan di MRSM sama dgn system University menggunakan pengiraan GPA dan CGPA. Aku berjaya graduate dgn CGPA 3.37 kot? Haha.. tak ingat dah berzaman. Yang aku ingat GPA sem akhir aku 3.48 cuma 0.02 nak dpt anugerah penghormatan pengetua.. sedih weh masa tu, wahahaha… boleh gelak guling² kalau ingat balik.

Merenung kembali ‘zaman Jasin’ membuatkan aku tersengih kambing. Terima kasih emak dan ayah sebab sekolahkan aku, itulah harta yang tak ternilai yg mak dan ayah bagi. Hari pertama aku mendaftar di Jasin merupakan hari paling sedih aku rasa waktu itu. Hanya pak ngah yang menghantar disebabkan emak menjaga ayah yang terlantar dihospital sbb eksiden beberapa hari sebelum. Tipulah kalau aku kata tak sedih kan. Lama juga membiasakan diri hidup berjauhan dgn keluarga, berdikari menguruskan diri sendiri. My roommate Zura, ketika kami berreunion mengungkap hari pertama aku nyorok diam² belakang almari. Hahaha.. gelak besar aku.. Roommate aku Faezunur dan Zatul anak professor Universiti dari KL dan Zura anak cikgu dari Kuantan. Aku mmg susah untuk memulakan perkenalan. Terutamanya dgn org yg berbeza taraf hidup. Namun lama kelamaan kami semakin seperti adik beradik. Bilik kami adalah bilik paling hujung diblok E menghadap surau dan bersebelahan dewan makan. Setiap kali puasa, kamilah org paling tension sbb pakcik kantin akan ketuk periuk kuat-kuat tepi dewan makan untuk kejut sahur. Terima kasih pakcik dewan makan! Lauk paling biasa adalah ikan jaket a.k.a ikan caru goreng. Ingat lagi setiap khamis kot lunch adalah lauk besh so kami akan berlari² balik dari kelas nak berebutkan ayam yg besar, kalau lmbt dapatlah ayam saiz burung puyuh, hee.. menjelang hujung tahun bila beras hampir mencecah dasar, nasi kami penuh dgn kutu beras maka aku akan jadi org paling lmbt makan sbb aku tak sanggup nak telan kutu² tu jadi kene gigih membuang. Jadual makan kami~ 6kali sehari, sarapan-minum pagi-lunch-minum petang-dinner-supper. Sebab tu aku adalah terberat dalam hidup semasa kat sana, 60kg ada kot.. huh berat sungguh! :)

Asrama perempuan terbahagi kepada 3 blok, hampir kesemua penghuni blok E adalah junior (utk thn itu) kecuali 2 bilik kakak senior. Blok F pulak 50% junior, 50% senior. Manakala blok G adalah 100% senior, blok yg kami junior² blok E akan cuba elakkan, huhu.. aku mmg agak tak berapa senang dgn senior (biasalah sekolah berasrama mesti ada jurang senior junior) walhal kitorang cuma beza setahun jek kot. Salah satu yg aku menyampah yg senior asekla complaint, junior² ni tak reti nak bagi salam kat mereka sorang². Huh dahla muka masam mencuka je bila bertembung ngan kami dahtu kalau bertembung ngan 10-20 org senior sekali gus takkan aku nak bagi salam kat sorang² smpai 20kali? Bg salam sekali je cukuplah. Lain² complaint senior aku tak ambil peduli dan zaman aku sebagai senior, I just don’t give a damn about my junior. Sukatilah korang nak buat apa.

Aku bukanlah student contoh kat sana walaupun aku ditawarkan jadi Lembaga Disiplin Pelajar (LDP) kira pengawaslah masa form 5. Berdisiplinlah sgt aku masa tu padahal pernah ponteng prep mlm sembunyi dlm almari dgn roommate, selalu ponteng solat berjemaah disurau yang wajib setiap hari, pernah nama aku naik kat roll call pagi sbb tak pegi solat subuh berjemaah, selalu jek bilik kami disergah warden sbb bising tak hengat, pernah jek ‘fly’ ke Melaka atau Tangkak kalau outing (kami hanya dibenarkan keluar 2minggu sekali ke pekan jasin sahaja) sib baik tak pernah kantoi. Teringat pulak soto pasar gesel yg sedap hingga menjilat jari setiap sabtu kat Jasin.. erk.. lapar pulak.. haha sebenarnya pasar malam, tp sbb lorong pasar tu sempit gila dan ramai org smpai kene bergesel² sbb tu kitorang labelkan pasar tu pasar gesel ^-^ Fast food yg ada kat jasin masa tu cuma Mc Dota.

Banyak aktiviti yang dianjurkan sepanjang 2 thn aku bersekolah disana, antara yang dinantikan pelajar setiap tahun adalah minggu aktiviti. Mcm² aktiviti sepanjang minggu (takde kelas seminggu tu yg syok :P) antaranya pertandingan memasak antara homeroom, latihan haji, gerai², persembahan badan beruniform dan mcm² lagi. Setiap pelajar dibenarkan menyertai 1 pasukan beruniform dan 1 kelab. Aku masuk Persatuan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) yg ahli perempuan cuma 10 org dan untuk kelab aku menyertai kelab pencinta alam. Dgn PKBM kami dilatih oleh coach² dari rejimen askar melayu diraja Malaysia dari kem terendak dan sentiasa mengungguli acara kawat berpasukan di hari sukan yeay! :D Dgn PKBM juga aku merasa pegang M16 siap dgn cara bukak dan pasang semula, pegang stayer dan beberapa jenis senjata yg tak hengat dah apa namanya. Beberapa kali juga kami dibawa ke latihan menembak di lapang sasar tentera. Dgn PKBM juga kami berjaya menawan gunung ledang.

Dalam suka pasti ada duka. Maktab kami pernah dikejutkan dgn kematian seorang pelajar junior calon MPP (masa aku senior) kerana mati lemas di kolam renang maktab. Yup, sekolah kami ada kolam renang. Kemudian sebulan dua sebelum SPM, tirai di dewan bendahara dan langsir di bilik kaunselor telah dibakar. Asrama pejajar perempuan juga sekali sekala dilanda resah apabila ada kejadian ceroboh oleh pelajar IKM yg terletak dibelakang maktab kami. Kalau nak cerita mmg tak cukup satu hari nak mengungkap kembali cerita lama. Weh korang, bila nak buat reunion ni? Batch lain dah berkali² buat batch kita sekali pon tak pernah ni.. huhuhu… kalau nak buat, meh panggil aku jadi AJK aku volunteer ni, tp jgn pulak nak suruh aku jadi project managernya. OK, ini gambar aku korek dari fotopages, lama dah aku compose gambar ni.. sungguh aku rindu zaman itu..



3 comments:

    On October 5, 2012 at 5:44 PM Anonymous said...

    saya tak sempat rasa kolam renang tu siap, masa we all SPM, kolam tu still under construction..

    Jasin mmg best kan :)

     

    yeke... tahun bila tu? Xpegi ke recent reunion ansara jasin kat putrajaya baru ni? Sy x pg sbb kat bromo masa tu..

    Jasin mmg best :) those were one of the glorious time of my life! :))

     
    On October 25, 2012 at 10:39 PM Anonymous said...

    92/93 ..
    reunion tu pun tak pegi..

     

Blogger Templates by Blog Forum