Sandakan Feb 2011
Tuesday, March 22, 2011 by Fiza_Pja
Assalamualaikum
Kali ni nak cerita pasal cuti² aku ke Sabah untuk thn 2011 ni. Hee, Sabah dah macam destinasi yg wajib aku pergi annually. Pendek kata I love Sabah baa!! :) 2 minggu lepas balik Surabaya~Bromo aku terbang merentas laut cina selatan ke Sandakan selama 5hari 4mlm (15-19 Feb 2011). Seperti biasa air ticket dibeli sempena promosi RM0 seat Air Asia thn lepas jadi tiket cuma RM65 return seorang. Kami menginap di Nak Hotel dengan family room (1queen bed+ 2 single beds) yg berlokasi sgt strategic di tgh² bandar Sandakan.
Family room yang luas dan selesa
Hari pertama sampai kami hanya meronda² sekitar bandar Sandakan, berjalan kaki. Maka kami dgn excitednya menjejaki the so called ‘Sandakan Heritage Trail’ termasuklah tangga seribu. Disebabkan Sandakan baru saja 2minggu dilanda banjir dan tanah runtuh, tangga tersebut rosak teruk maka kenalah memanjat ala2 trekking gitu. Menikmati minum petang di English tea house sampai habis licin segala yg di order lantaran penat mendaki bagai, mendaki lah sangat! Haha.. Scone dia sgt sedap ok! Disebabkan tiada jalan lain selain menuruti jalan sama yg dinaiki tadi, terpaksalah meredah balik jalan tadi maka telah berlaku kejadian yg tak sanggup diingati lagi.. uhuks.. biarlah rahsia.. :P
Minum petang di English Tea House
Hari kedua kami ke Pulau Selingan untuk melihat penyu mendarat dan bertelur. Disebabkan penyu bertelur diwaktu malam, apa lagi yg boleh dibuat selain mandi laut sambil ber snorkeling di siang hari, heee…Alhamdulillah dapat menyaksikan sebahagian kebesaran Allah bagaimana makhluknya yg bernama penyu ini boleh mendarat ke tempat asal dia dilahirkan selepas berpuluh tahun berenang ntah ke mana² pelusuk dunia. Untuk ke Selingan, anda perlu membuat booking awal kerana jumlah pelawat dalam sehari adalah dihadkan. Disarankan berurusan terus dengan operator di sana (Qristal Quest~ cquest@tm.net.my ) bagi mendapatkan harga terbaik berbanding melalui ajen pelancongan yg lain.
Air laut yang membiru dan gambar di sebelah kanan menunjukkan kesan penyu naik, bukannya kesan tayar lori
Penyu ini bersaiz 1m panjang X 90cm lebar (cengkerang sahaja)
Acara melepaskan anak penyu ke laut
Keesokan hari plan asal mahu berkepulauan lagi ke Langkayan walaubagaimanapun, tiada day trip untuk kesana :( sekurang²nya kene bermalam semlm jadi terpaksa dibatalkan. Maka kami ke Sepilok Orang Utan Rehabilitation dan kemudian ke Rainforest Discovery Centre. Setiap hari ada charter bas ke sana jam 9pg dgn tambang RM4 sehala dan perjalanan selama 45min maka sempatlah melihat feeding time jam 10 a.m. Ntah tatau kenapa bas haritu berlepas awal (berlepas? mcm kapal terbang pulak bunyinya) 5min sebelum 9pg maka kami terpaksa naik van yg berharga RM50 sehala. Menunggu sebentar mana tau ada tourist yg nak ke Sepilok, tp cuma ada sorang makcik American yg ada maka naiklah kami berlima dlm van itu ke sepilok dgn tambang RM10 sorang (RM50/5). Kebetulan hari itu hujan maka kami² sudah kelihatan seperti pahlawan² Jedi la pulak dalam baju hujan disposable tu, heee…
Jedi dlm star wars pakai jubah hitam, kitorang jedi jubah biru dan putih
Entrance fee untuk Malaysian + camera fee = RM15. Disebabkan hujan agak lebat, hanya seekor anak orang utan yg keluar makan² menjadi tontonan semua. Selesai aktiviti orang utan makan², kami pulak sibuk mencari makan, hujan lapar doh! Kemudian kami ke Rainforest Discovery Centre (RDC) kira² 5 minit menaiki bas dari tmpt org utan td. Sepatutnya bas hanya lalu dan berhenti di tepi junction nak masuk ke RDC tersebut dan kena jalan kaki dlm 1km tetapi kami² yg charming ni (hahaha) berjaya membuatkan pakcik bas bersetuju menurunkan kami betul² di depan pintu masuk RDC dan pakcik itu telah berjanji menjemput kami di tempat yang sama untuk pulang nanti. Thanks pakcik bas, kami sayang kamu! Heee… Entrance fee for Malaysian is RM5 kot? Tak ingat la pulak, sorry.. Maka berjalan²lah kami dalam hujan di hutan hujan.
Us.. Thanks to self timer technology
Hari ke-4 kami ke gua gomantong dan sg Kinabatangan pula. Kami mengambil perkhidmatan Mr Aji Apa yang menarik dgn mr aji ni tour dia hanya 4-6 org sahaja. Kebanyakan tour agent yg aku browse akan charter org ramai² sampai penuh boat dan van dan mr aji start river cruise awal so takdelah crowded sg tu masa kitorang lalu. Dan pemandu boat tu selamba parking bot masuk celah² pokok sampai river banks seriau gak aku takot² ada buaya ke ular ke sedang bersantai tepi sungai tu. Mat saleh dlm bot lain nganga jekla tgk kitorang boleh masuk sampai celah pokok dorang cuma tgk dari tgh sungai. Perjalanan bermula jam 10.30 pagi kami sampai ke gua gomantong lebih kurang 2 ½ jam kemudian. Gua ini merupakan gua sarang burung layang² terbesar di Malaysia dgn saiz sebesar stadium bola sepak. Menghabiskan masa lebih kurang sejam disana lantas terus ke sg Kinabatangan. Sg Kinabatangan merupakan sg kedua terpanjang di Malaysia dan yg terpanjang di Sabah sepanjang 560km. Sepanjang menyusuri, berbagai jenis burung dan haiwan liar kelihatan termasuk monyet belanda atau proboscis monkey yang hanya boleh didapati di Borneo. Dan whoa sila berhati² di sungai ini semestinya ada buaya (gerun jugak aku tak berani dah nak kuis² air tepi bot tu)
Kijang Mr Aji yg berkonsepkan safari. Penuh gambar haiwan liar, erk, sebelah aku gambo ular!!
Inside Gomantong Cave
Menyusuri Sg Kinabatangan
Sign said: cautions! there are crocodiles in this river
(sorry, kecik plak resolusi gmbr ni)
Baby crocodile, I wouldn't want to see the mother ^_^
Snake head bird
Proboscis Monkey
Donno what bird is this
The Hornbill
Malam kami sampai ke hotel sekitar jam 8pm kemudian dibawa kawan ke pasar sim sim menikmati ikan bakar fresh yang enak hingga menjilat tulang. Kami berlima makan sorang seekor ikan bakar (yg bersaiz 2tapak tgn) + free flow nasi + sayuran dan lauk pauk lain hanya berjumlah RM50! Wahh.. maka esok adalah wajib repeat makan disini :P
Hari ke-5 merangkap hari terakhir dihabiskan dgn meronda bandar Sandakan dan of course, last minute shopping! As yg baik hati meminjamkan kereta hari tu maka seperti biasa sy adalah miss driver. Kami ke kuil Puh Jih Sih yg terletak di atas bukit, pemandangan adalah sgt besh ala² mcm di Negara cina. Eh, yeke? Ntah.. haha..
kemudian kami ke St. Michael and All Angels Church yang sudah berusia ratusan tahun with stone construction maka org architecture mmg wajib pegi sini (kalau boleh buat measured drawing project pasti menyeronokkan study the detailing.. erk, seronoklah sgt!).
Kemudian kami ke kg air sim-sim untuk shopping! Di sini mereka membuka kedai accessory dan souvenirs di depan rumah jadi harganya lebih murah kerana tiada sewa kedai bagai. Terlanjur ada di sim-sim, apa lagi kami pon terus menyerbu pasar sim-sim sekali lagi meratah ikan bakar serta sotong dan udang² dengan rakusnya. Kemudian kami ke pasar Sandakan bershopping lagi tp kali ini mencari udang dan ikan kering untuk dibawa pulang.. huh penuh bonet kereta si Az dgn ikan masin + udang kering kitorang, sampaikan stewardess kat check in counter tanya apa benda yg kitorang bungkus ni bau dia menyengat hidung! Huhuhu…
View of Kampung Air (water village) jambatan (bridge) no 23
Kedai depan rumah
Shopping pearl kemudian shopping ikan masin
As yg sungguh baik hati membawa kami pusing Sandakan + bagi pinjam kereta comelnya itu
Ok, mari aku listkan budget untuk cuti² 5hari 4mlm aku nih (tidak termasuk budget utk shopping ye)
Air ticket - RM 65.00 *note: this is from Air Asia free seats promo
Teksi Airport~ Sandakan [return] (RM50/4) - RM 12.50
Nak Hotel [4D3N family rm] (RM180X3/4) - RM 135.00
Selingan (1D1N including meals+boat) - RM 285.00
Sepilok + RDC (Van+Bus) - RM 15.00 * ask the bus driver to drop/pick you up@RDC
Gomantong Cave+ Kinabatangan River - RM 270.00 *inclusive of car+petrol, lunch, entrance fee
TOTAL - RM 782.50
Total budget utk cuti² Sabah saya kali ini adalah RM 782.50 sahaja jadi bolehlah anda² semua buat guide kalau bercadang nak bercuti ke sandakan..BTW, untuk ke Selingan dan Kinabatangan, deposit berjumlah RM200 telah dibayar 2 bulan sebelum so by the time ke sana, budget terkurang kepada RM582.50 (terkurang eh?haha) ah, satu lagi minus air ticket sbb dah beli thn lepas maka menjadi RM517.50. Dan disebabkan cuti² aku kebanyakkannya planned a year ahead, there should be no problem managing the budget :) . Owh, hujung minggu depan akan merentas laut cina selatan lagi ke satu-satunya tanah Malaysia yang belum pernah aku jejaki, Kuching!! Here I come!
selamat jln2 ke kuching pulak.
blh share no tel mr aji tu...
Hi Isa, boleh rujuk ke blog Mr Aji http://mrajiexpeditions.blogspot.my/