My Best Friend's Wedding

Ah, someone complaining that his/ her picture is not here, I think my guess should be correct who that someone would be. So here is the full entry dedicated to that someone
She was my classmate, my very close friend for 12 years, my housemate for 6 years and my sister whom I share my joy and happiness, sadness and madness. I can stay overnight at her parents’ place even without her present; that alone explained how close we really are. She knew him the same time as I was as we were classmate during our matriculation. They started seeing each other only when we were in our 1st year where they were doing building surveyor and I was being tortured as an architectural student. Time flies as far as I am concerned, they decided to tie the knot. Simple engagement was held at Nilai on Feb 2008 and was finally official on 4.4.2009, 11 days before her birthday which she claimed that he was the best ever birthday present in her life. Nothing can describe my feelings when they become one. I was one of the happiest person on their big day. They just celebrated 1st annyversary 2 months ago. Che Deen, I am very happy for both of you. We will be friend forever.
Nikah at Masjid Kg Pantai Seremban, Negeri Sembilan

Kg Pantai, Seremban reception

Muar, Johor reception


And 8 months later a casual outdoor at Putrajaya in Dec 2009

To Che' Deen and Che' Kod, may the joy & happiness will always be with you ever after.

*Footnote: That someone is not she, but he :)

Sabah 2010 (Part 1)

Ini adalah cuti² paling lama dlm sejarah hidup aku, 9 hari bersamaan kene ambil annual leave 6 hari. Sejarah juga aku yg baru masuk kerja 2 minggu dpt cuti seminggu terrer tak aku? Heee… Air ticket sudah dibeli advanced setahun iaitu bulan 4 thn lepas semasa promosi free seats air asia thanks to air asia dapat aku jalan² merata. Plan asal adalah nak terjun laut di Sipadan nan indah itu dan mandaki gunung kinabalu tp tak kesampaian sbb permit ke Sipadan sudah habis seawal Januari dan permit mendaki pun sudah penuh dibuking lebih awal lagi. Huh terasa mcm nak pegi hj kena book permit awal² sampai mkn tahun pula. Maka plan cuti² adalah ke Tawau~ Semporna~ Mabul~ KK. Flight ke Tawau telah lewat lebih sejam sbb air asia asyiklah delay flight dia sampai aku menyampah tp sbb dia murah aku beli la juga.

In between Semporna & Mabul, indahkan bumi tuhan ini?

Perjalanan ke Tawau lebih kurang ±3 ½ jam bosan weh buat Sudoku pon dah abes berkali². Kami tiba di Tawau lebih kurang jam 6.30 ptg tp disana hari sudah seperti jam 8mlm. Kami mengambil teksi airport RM40 sehala ke Semporna (alternative lain ialah menaiki bas dgn tambang RM10 sehala, 7pg- 5ptg). Tawau ke Semporna mengambil masa ±1jam kerana jalan sudah elok tak mcm ayah aku cerita dulu² Tawau –Semporna cuma jalan tanah merah mau 3-4 jam la juga. Di Semporna menginap di Dragon Inn utk semlm jd mlm tu jln² sekitar melihat² pekan Semporna. Bot ke Mabul esok hari adalah jam 7pg so aku kengkonon nak tgk sun rise bgnla jam 5.30 pg tp bila aku buka tingkap humang aih terang benderang dah mcm pkl 7.30 pg sunrise pejadahnya. Kami menggunakan perkhidmatan Billabong Scuba utk menginap di Mabul sbb yg lain² pakej mcm mahal. Billabong juga ada menyediakan transit accommodation semporna-Mabul dgn kos RM15/ person/nite tp kitorang tau masa dah sampai sana dan dah book dragon inn (RM60/nite for double room). Kos penginapan utk non divers (homestay) + mkn minum + bot Semporna-Mabul untuk 3D2N di Mabul adalah RM240 tak termasuk trip snorkeling/ dive. Sewa mask snorkeling RM10 dan life jacket RM10. Snorkel sekitar Mabul FOC, Kapalai RM50 dan ke lain² tmpt anda boleh berbincang harga dgn pengurus bot di sana. Utk pakej diving sila jgn tanya aku, aku bkn divers. Boleh juga tgk website dorang kat billabongscuba
Twelve in a boat- they are Bajau Laut spending almost the rest of their life on the sea

Pemandangan rumah bot semasa air surut

Perjalanan bot ke Mabul kurang 1jam disbbkan sampai terlalu awal nak check-in terus mereka² di sana ajak terjun laut. Melihat alam ciptaan tuhan yg indah itu mmg kami tak sabar nak merentungkan kulit dah terus je salin baju tinggal je segala barang bagai. Satu peringatan sebelum anda masuk bot bg yg tak confident terjun laut dalam dan yg tak pandai berenang, sila minta life jacket siap² sebelum bertolak kalau tak anda akan duduk saja atas bot tgk je la air laut tu smpai rentung sbb jacket dorang tinggal kerana di Mabul penggunaan life jacket tidak begitu diutamakan seperti pulau² peranginan lain yg menitik beratkan pemakaian life jacket walaupun anda juara olimpik acara renang. Di Mabul dia campak mcm tu saja ko dlm laut walaupun seumur hidup berenang dlm bath tub pon ko tak penah so kalau takut sila duduk atas bot diam² tak ke dah rugi. Owh, aku ada nampak shark masa dia campak aku kat tgh² laut tu. Tp shark tu dok jauh nun kat bawah la rasa seram gak tp tgk org lain relax aku pun control cun la juga haha. Penyu adalah bersepah² di sini memula nampak aku sgt jakun tp lama² dah tak heran dah. Ikan² di sini besar² belaka dan mmg species ikan laut dalam yg sekali lalu segerombolan dah mcm tgk national geography lives. Laut di sini juga ada pertembungan 2 arus, laut sulu & laut apa tah anda boleh rasa perbezaan suhu yg drastik yg mana laut sulu terasa sejuk.

Can you see the turtle? :)


Jadual terjun laut adalah 2X sehari jam 9 pg dan 11 pg. Aktiviti ptg selain melepak² sambil menikmati keindahan laut, boleh juga berjalan mengelilingi pulau Mabul takat jalan menonong tak tgk kiri kanan cuma dlm 30minit dah habis 1 round. Anak² kecil di sana mmg suka diambil gambar cuma kebanyakan mereka mesti akan meminta duit dgn anda kalau anda ambil gambar mereka jadi apa salahnya bawa je duit syiling lima posen bnyk² sket kalau ke Mabul.


Di sana pisang goreng dijual 10sen seketul gila murah smpai member aku boleh pula nak beli sorang singgit kat kitorang berempat tak ke jadi 40 ketul karang sapa pulak nak ngabeskan? Terus je akak tu blh tutup kedai sbb dah abes kitorang borong pisang dia Haha.. Ice blended agak² korang satu plastik kat gambar bawah ni berape hengget? Lima posen je! Kitorang terus je tetiap hari borong sorang satu. Satu benda lg yg aku rasa creative ialah barang yg dibungkus dlm plastik² ais krim m’sia. Korang rasa apa tu ek? mula² aku ingatkan dorang jual cordial ke aiskrim ke, rupa²nya clorox, softener, dynamo, dan mcm² lg keperluan harian dua posen saja sepeket. OOOO.. mcm org jakun pula aku ek.

Selain home stays yg bnyk utk cuti² yg budget, ada juga resort² mahal kat sini. Cthnya Kapalai dan Water bungalow yg aku dgr kosnya USD300 semlm. Humang aih gila mahal baik aku spend jalan² drpd p tido kat situ.
Kapalai Island

Water Bungalow, Mabul

Selepas 2 mlm di Mabul kami terpaksa juga tidak lupa daratan balik ke Semporna. Semalaman di sana dan esk pagi terus ke bandar Tawau.
Kami ke pasar gantung dan pasar besar shopping souvenir, kerepek dan keropok Sabah.
Tip: barangan souvenir di pasar gantung Tawau adalah lebih murah berbanding pasar filifina di KK.

OKlah, aku sambung cerita KK kat entry lain la ek. Jya!

Jalan² Singapura

Ok, kali ni cerita pasal jalan² aku ke singapura. Ini telah berlaku pada xmas tahun lepas. Plan secara spontan seminggu sebelum pergi, Tesco hantar aku pergi seminar pasal design² shopping mall dan kebetulan salah seorang presenter present pasal street decoration during festive season dan dia bentangkan case study di s’pore. Sbb xmas tinggal lg seminggu terus je aku terasa nak pegi sana amek² gambar, called hifzan & terus on :). Mula² nak naik train tp sbb cuti xmas hari jumaat dan cuma tinggal seminggu lagi nak pergi tiket telah habis dijual. Tukar plan drive down to JB, tumpang parking kat rumah angah (eh, bkn angah adik aku, tp angah adik dina yg baru je tukar kerja ke JB months before) dan naik bas RM2.40 masuk s’pore tp nak masuk JB karang dia jadik SGD2.40, pulak... Bertolak dari Puchong lebih kurang 9mlm tp ngam² sampai Nilai aku tgh cerita² pasal passport si Hifzan jerit awak saya tak bawak passport!!! Waaahh!! Aku ingatkan dia gurau je rupanya betul sbb tak terasa mcm nak pegi oversea kerana tak naik kapal terbang. Huhuhu… jadinya bertolak semula ke JB dari KL 12++ pg sbb KL jem teruk nak celebrate xmas sana sini. Sampai di JB jam 4++pg itupun lepas sesat jalan mana² tah aku masuk huhu bawa je plat J tp satu jln kat JB tu aku tatau.
Sempat aku tidur 2~3 jam, pagi² jam 9 kitorang dah ada dlm bas, jam 10++ dah sampai ke hostel kitorang. Di S’pore ada bnyk hostel² budget yg harga tak lebih SGD50/nite/person boleh tgk kat hostelworld utk mana² lokasi kat dunia ni. Kami bermlm di the hive sorang SGD20 utk dorm 6 org, ok je takat tidur semlm dan kitorang pun masuk bilik pkl 11 pg, letak barang, terus keluar & balik pkl 12++ mlm. S’pore mmg terkenal dgn jaringan public transport yg efficient baik dari MRT, teksi mahupun bas dan jalan² di sana sgt pedestrian friendly.
Kami menaiki MRT dari Farrer Park ke Orchard Road kemudian berjalan kaki sepanjang orchard rd ke s’pore plaza, s’pore art museum, suntec city, esplanade, fullerton dan sempat naik river cruise (SGD15/person) tgk bandar s’pore mlm² selama 45minit sempat la juga rehatkan kaki. Ya, semua tu kitorang jalan kaki je mmg terasa mcm nak patah kaki pun ada dan rasa mcm berkilo² lebih ringan dan Alhamdulillah kaki masih elok utk terus berjalan melihat bumi tuhan nan indah ini. Mlm kami ke orchard rd semula bertemu kawan lama dinner dan menikmati pemandangan mlm xmas di orchard road dari roof top orchard central yg ntah berapa belas ke puluh tingkat sbb aku mmg tak prefer being in the crowd. Balik ke hostel aku tidur tak ingat dunia tau² dah pkl 6.30 pg.
Jam 9 kami sudah bergerak pula ke Far East Square. Susah juga nak cari sbb kalau tanya locals mereka mesti ingatkan shopping mall kat orchard rd ada satu mall nama far east square. Ia terletak berhampiran china town tak ingat nama MRT station yg kitorang turun tu. Bersarapan pagi nasi lemak disana dan ronda² ke kawasan sekitar china town dan mosque street. Di sini aku sgt suka kerajaan s’pore yg betul² berusaha dlm conservation of old shop houses dan old buildings. Aku mmg emo bila DBKL luluskan utk meroboh (dah roboh pun) penjara pudu yg berusia lebih 100 thn tu. Kalau alasan dorang sbb nak buat pembangunan dan penjara tu tak relevant duduk kat situ cuba korang buat case study kat s’pore tu mcm mana dorang conserve, make good of old buildings and integrate it into modern sophisticated city living. Hah amek keluar pulak minglish aku.
  
Ada sgt bnyk projek yg boleh dibuat case study kat sini, tp tolonglah kalau nak copy teknologi tu buat la betul² bukan mcm petaling street yg konon² nak buat mcm bugis junction tp bila ujan basah lencun gak aku kat PS tu. OK tinggalkan emo aku berbalik cerita jln². For lunch, we meet up with other old friend @ Bugis junction. Kemudian kami berjalan lagi ke masjid sultan singapura, bersembahyang disana dan meninjau² sekitar bussorah street, OTW nak ke MRT balik ke hastel terjumpa Bali street jalan² pulak kat situ, akhirnya aku surrender balik ke hostel jam 5 ptg.

Lepak² rehat sikit lebih kurang sejam kitorang pun gerak balik ke JB. Sampai JB hampir jam 8mlm sbb cuma 3 kaunter immigration yg buka sdgkan manusia nya ntah smpi 7-8 lanes benci je aku masa kitorang masuk s’pore immigration s’pore buka hampir semua kaunter tak smpai 15 min dah siap. Mlm angah bawa ronda² bandar JB hmm boleh tahan gak pembangunan JB ye, esok tu pagi² sarapan lontong kat mana tah angah bawa pastu terus balik KL ahad kami dah boleh lepak² buat laundry pula. Itulah kisah jalan² 2 hari 1 mlm aku ke s’pore, sekian terima kasih kerana membaca

Mereka yg aku panggil kawan


Kawan aku takdelah ramai dan kawan baik a.k.a BFF lagilah tak ramai. Aku acknowledge mereka adalah penting dalam hidup aku. Huda Ainiyah adalah kawan yang aku panggil kawan dan dia juga panggil aku kawan. Jadi dia selalu melabel kawan aku sebagai kawan kawan (ala sama mcm konsep 8x sayang tu- sapa tatau cepat pergi cari menda apa 8x sayang tu). Aku kenal dia pada tahun 2006 melalui satu forum internet. 1st time jumpa pada mlm 1st time nak panjat bukit tabur sambil layan char koew teow kerinchi. 1st impression aku- bnyk ckp gak minah ni. huhu.. Selepas xpdc bkt tabur kelolaan en john lennon a.k.a john tabur yg masa tu pon perot tak berapa ke depan mcm skrg, sikit² aku start ikut dia pegi jalan2. Uih mmg boleh jadi geng sbb aku pon suka jalan² tp kelompok kwn² aku adalah kaki shopping saja bukan jalan². Masa ni dia belum pon kenal wawi (skrg husband dia) dan mula² kami ber-3 jln² sama² ke Cameron. Aku tau ada apa dgn mereka tp aku buat² tatau je, hehe. 
Daripada masa tu wawi slim melim boleh nyuruk blkg pokok kat bukit tabur skrg perut dah mcm pragnent 7 bulan sila lihat gambar sebelah kalau tak percaya. Lepas tu bnyk jalan² dgn kawan; langkawi, penang, pangkor, bali, sabah, melaka, terengganu dan yg dekat² KL mmg toksah cakap la terutamanya bukit tabur hampir setiap minggu naik sampai kami boleh lari2 naik bukit itu tp sekarang adalah mustahil memandangkan aku naik 2-3 kali je setahun. Kawan kahwin dgn wawi thn 2008 sekrg kawan dah ada adam dan adam pun nak ada adik sudah. Aku mmg selalu p dating dgn adam ni sbb dia mmg suka geng mata sepet dia sbb mama dia suka mengata mata sepet aku jadi turun kat mata adam. Walaupun dah ada family tp aku selalu je nyempil kat jalan² kawan. Thanks kawan menjadi tempat aku cerita hidup aku yang merepek² ni dan selalu ingat aku bila p jalan². Kita pasti akan teruskan jadual jalan² dgn pertambahan ahli baru (aku je tak tambah ahli lagi :P)

Dina Husna pula aku panggil dia che’ deen. Aku dah lama kenal dia dah 12 tahun (fuyyohh lama tu che’ deen!) Kalau Aini adalah kawan aku jalan², dengan dina pula tahap persahabatan kami dah macam adik beradik sampai mama papa dia dah macam mak ayah aku yg aku boleh je balik rumah dia tidur guling² bagai tak payah ada dina pun balik sama. Ramai gak org kata kami adik beradik dan ada yg kata kitorang kembar. Huh aku rasa tak sama langsung, huhu. Aku kenal dia start masuk UM kat pra alam bina sama² rentas padang UM dari 11th sampai alam bina, then degree kat fakulti alam bina aku masuk architecture dia masuk building surveyor. Bila dia start kerja kami duduk serumah kat Vista Angkasa yg glemer dgn aksi terlampau budak UM kat tangga tu huh buat malu UM saja. 2007 bila kesemua housemates lain nak kahwin dan tinggal kami berdua je akan hidup membujang kami pindah ke Puchong sbb mana mampu nak bayar sewa vista yg mahal tu berdua. Bila dia kahwin tahun 2009 tinggal lah aku sorang kat puchong tu sampai sekarang. Sob! sob! sob! Tp skrg pun aku selalu je melepak kat rumah dia yg dekat je ngan rumah aku dan kitorang still pegi shopping , tgk wayang & tgk teater sama². (oh, dgn kawan aku tidak pernah tgk wayang). Thanks Che’ Deen menjadi sahabat, kawan, kakak, adik, kembar aku selama ni. Juga mendengar luahan2 hati yg ntahapaapantah yg bila aku fikir balik alangkah bodohnya aku masa tu. Ahahaha.. Sila padam memori itu ye :D. Kita akan teruskan aktiviti melagho lepas ni ek.

Ok sekarang kita berkenalan pulak dengan housemate gelap aku Nurulain Muhamed Hassan amek ko nama penuh aku sebut. Huhu mmg aku selalu sebut nama penuh dia. Dia jadi housemate gelap sbb sekrg ni dia kat Penang, aku kat Segamat, kitorang jumpa sebulan sekali dua kat Puchong! Tak ke mcm pelik kan? Eh taklah.. Aku kenal ain pun start kat UM pra alam bina. Aku selalu panggil dia Ain san! Dan dia akan panggil aku p-ja san! Kami berkongsi hobi minat gila baca manga dan tengok anime. Tp dia lagi minat tgk j-pop & k-pop, oh che’ deen pun minat gila kat j-pop & k-pop ni. Aku tak layan pon tp boleh je masuk bila dorang cerita². Ain ni bercita² nak kahwin dgn Yamapi- super star kat Jepun. Huh aku selalu kutuk kata yamapi berak tak cebuk! Haha dan dia akan marah :P. Ain nampak je sgt ganas tp dia adalah manja dan sangat lurus bendul selalu jadi bahan bila kumpul ramai² sbb apa² benda merepek yg kita bagitau dia mesti mati² dia percaya. Contohnya masa lalu dpn loji kumbahan aku pon ckp ada org bela udang kat loji kumbahan tu dan dia mesti percaya 100% itulah dia nurulain muhamed hassan. Dia sgt suka pergi berpoya² di padang pasir (aku tatau apa kaitan padang pasir dgn shopping mall) dan sangat mudah terpengaruh dgn promoter. Jadi sangat bahaya membiarkan dia pegi shopping sorang² takut setroli tesco yg besar tu pun tak cukup dia membeli. Jadi aku akan sentiasa berpesan pada dia bila aku takde di sebelah masa shopping jgn beli benda² tak perlu. Dia juga sgt suka laut tp tiap kali aku ajak mesti dia tak blh ikut sbb waktu kerja dia sentiasa tak sama dgn org lain. Oh, ain suka naik lift sbb dia benci escalator mahupon travellator sbb malas jalan punya pasal jadi aku selalu heret dia naik tangga, haha. Dulu aku pernah gaduh ngan dia tp skrg tidak lagi. Ain sang, sila jgn simpan dlm hati ye saya minta maaf bnyk² dah tua² ni pun tak elok gaduh² nanti lagi cepat tua, eh dah tua ke aku :P. Hidup mesti gembira! gembira! (aku baca dlm nada ain menyebut). Di samping ain selalu ada sorang lagi, muna a.k.a che' moon. Dia ni suka japs & korean series sama mcm che' deen & ain dan muna sgt suka main video game. Kalau dgn aku kitorang sgt suka bahas pasal satu topik dan aku mesti nak menang, bak kata muna lah tak kira aku nak gak menang :D

Sorang lagi kawan kategori rapat adalah seseorang yg aku panggil Daley. Daley pun aku kenal kat pra alam bina UM dan satu kelas masa amek amek degree. Aku serumah dgn dia sepanjang di UM dan sama² bersengkang mata tak tidur berhari² menyiapkan presentation. Tp Daley selalu cover tidur dia dlm kelas dgn tersengguk² 360° menjadi jurus cantum kepala dgn mizi yg pun selalu membuat putaran 360° kat sebelah Daley. Kitorang selalu buat kerja gila tgh² sibuk ada submission tetiba hilang pergi tgk movie kat Mid valley mementang mid valley tu aku gelarkan pasar malam kitorang. Yelah, nak beli bawang pon pegi mid valley. Naik bas lima posen je takyah susah² cari parking. Lepas grad dia jadi tutor kat UPM amek master dan skrg dah bergelar dr nurdalilah dahlan. Tak lama lagi dia nak kahwin eh sorry daley aku ter announce pula kat sini :D.

Kesimpulannya aku bangga ada kawan² macam dorang nih (macam BM2 ada kesimpulan ek). They always be there when i need them. Utk kawan² yg lain bukanlah aku tak ingat korang sbb tak cerita kat sini yek, aku pun sayang korang semua.. mmuahh!!

Blogger Templates by Blog Forum