Suka Duka 2012
Sunday, December 30, 2012 by Fiza_Pja
Assalamualaikum..
2 hari lagi 2012 akan melabuhkan tirai, dah terlaksana ke segala azam dan impian korang tahun ni? Untuk aku 2012 membawa segala macam turun naik dalam hidup aku. Menjelang hujung tahun 2011 aku start rancang 2 major travel plan untuk 2012 - satu di awal tahun dan satu di hujung tahun. Alhamdulillah keduanya terlaksana walaupun ada banyak cubaan disebaliknya.
Aku memulakan tahun baru 2012 dengan kerja baru, suasana baru. Dari kerja berpanas berhujan kat construction site ke dalam office yang ber aircond nyaman sepanjang hari tapi hakikatnya aku lebih prefer kerja di site. Walaupun tak dapat menandingi rekod 2010 apply cuti 6 hari dalam masa 2 minggu baru bekerja, tapi kali ini boleh tahan juga dalam sebulan setengah bekerja, aku dah apply 3 hari cuti :P. Hasilnya 8 hari overland Hatyai~Bangkok~Siem Reap. Mac aku hanya duduk diam-diam kat office ganti balik cuti yang aku ambik Feb tu. April aku ke Medan (tak habis tulis pun lagi entry ni!), kali ni ke Lake Toba dan Berastagi. April juga aku berpeluang ke Mossy Forest, Cameron Highland dan mencuba pengalaman baru caving di Gua Batu Maloi.
Mae Khlong Market, Bangkok. Feb 2012
Bayon Temple, Siem Reap. Feb 2012
Lake Toba, Medan. April 2012
Mossy forest, Cameron Highland
Gua Batu Maloi
5 May 2012, aku di Terengganu merancang untuk ke Pulau Kapas. Pagi-pagi aku menerima SMS adik kata ayah masuk hospital. Segera aku berkejar pulang ke kampung. 7 May 2012, hari yang tak akan aku lupakan seumur hidup aku. Aku sendirian menatap ayah pergi, pergi yang tak kembali. Idola hidup aku sudah tiada lagi. Manusia yang sentiasa aku banggakan telah pergi selamanya. Semoga ayah tenang di sana, Al-fatihah. Jadual jalan-jalan aku sepi sehingga selepas raya - raya pertama kami sekeluarga tanpa ayah.
Ayah akan sentiasa dalam ingatan, Al fatihah
Tahun ini juga hanya sekali kami masuk pulau, itu pun hanya over the weekend dan tak berapa nak syok sebab ku sangkakan panas sampai ke petang tapi ribut petir di tengah hari jadi tak boleh nak berjimba-jimba di tengah laut. September aku berjaya meredah debu segala untuk menyaksikan keindahan Ijen dan Bromo setelah trip ke Bromo tahun 2011 tidak seperti diharapkan.
Kawah Ijen, Sept 2012
Bromo, Probolingo, Sept 2012 (photo credit to Fatt)
Sepanjang September hingga November aku terkena tempias penstrukturan semula office, ramai yang kehilangan mata pencarian, syukur rezeki aku masih di sini tapi kehilangan rakan sekerja dengan cara sebegitu bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Bebanan kerja bertambah, tanggungjawap membesar. Pun begitu life must go on. Jalan-jalan tetap jalan. Terbaru dan terakhir untuk travel 2012 bulan lepas aku menghabiskan saki baki cuti tahunan yang ada - aku pertama kali ke bumi kangaroo, Australia. Merata jugalah kami merayap sepanjang perjalanan 12 hari seramai 8 orang - rombongan paling ramai yang aku pernah sertai sepanjang berkecimpung dengan jalan-jalan ni. Banyak emosi yang terlibat, aku anggap itu sebagai pengalaman & lesson learned.
Mount William, the grampians, VIC. Nov 2012
Sepanjang bulan December ni disebabkan cuti yang dah neutral aku dengan sabar tapi excited menanti tahun baru muncul untuk isian semula cuti. Macam tahun-tahun sudah, 2 major plan untuk awal tahun dan akhir tahun sudah ada. Destinasi? tunggu lah bila dah balik dan entry keluar yek. Apa pun yang berlaku perjuangan hidup akan tetap di teruskan. InsyaAllah dengan izinNya aku takkan kering dengan jadual jalan-jalan. Semoga tahun 2013 membawa lebih makna dan lebih rezeki buat kami sekeluarga. Dan aku ucapkan selamat tahun baru kepada korang semua, terima kasih baca blog tak seberapa ni. All the best for all of us. Jya!