Penang, christmas 2011 (Part 2)

Salam semua

Ok, jom sambung cerita ni
Hari kedua walaupun secara umumnya (umum eh?) kami bangun awal dan keluar ketika kuliah subuh yang boleh didengar dari rumah baru je habis, tapi hakikatnya kami sudah terlewat untuk agenda ke Bukit Bendera dan Kek Lok Si Temple, tetapi untuk sedapkan hati sendiri gagahkan juga memandu ke sana dan hasil yang seperti di jangka barisan tersangatlah panjang dan berlingkar mengalahkan ular atas pagar. Maka segera menukar rancangan, kami ke Suffolk House. Berpusing2 juga mencari jalan disebabkan tanda arah di Penang yang pada pandangan aku tidak begitu tersusun dan tidak efektif. Mana taknya, papan tanda jalan yang comel molek untuk masuk ke Suffolk House terletak di hujung jalan secondary yang mana tak mungkin aku atau sesiapa boleh nampak dari jalan besar yang serupa highway tu. Kami tak masuk pun ke Suffolk house tu kerana bayaran masuk agak mahal RM15 kot tak ingat sudah, jadi kami cuma bergambar2 di kawasan luar rumah tersebut. Dan sebenarnya orang datang situ sebab nak try makan fine dining ala2 mat salleh klasik di restaurant dia. Masa kami sampai restaurant tu tak buka lagi dan kalau dah buka pun tak mungkin aku nak makan kat situ confirm harga tak sesuai dengan poket aku. Actually, Suffolk House ni mempunyai nilai sejarah yang tersendiri, didirikan pada 1805 dan didirikan didalam Suffolk Estate milik Kapten Francis Light. Korang boleh baca sejarahnya di sini.
 Signage confusion, which way to go to bukit bendera? Left or straight?
 Signage yang maha kecik, takde yang lagi kecik ke?
Inilah dia suffolk house
Selepas itu kami ke Rumah P. Ramlee, juga sekali lagi dek kerana poor road signage, kami berpusing2 juga mencari lokasi rumah ini yang sepatutnya cuma 10-15 minit dari Suffolk House. Nasib baik handphone agak canggih bolehlah bergantung harap sebagai pemandu arah. Rumah P. Ramlee ni sebenarnya di bina di tempat lain tetapi telah dipindahkan ke tempat sekarang untuk tujuan conservation. Rumah yang comel ini merupakan rumah tradisional melayu yang simple dengan sebuah bilik tidur.
Destinasi kami berikutnya adalah Botanic Garden. Kemudian nampak orang beramai2 menaiki trem yang kami sangka adalah percuma rupa2 tidak. Segera kami mendapatkan tiket dan naiklah satu pusingan taman dengan trem, tapi yang tak syoknya trem tu laju untuk tujuan menikmati taman dan tak boleh turun2 dan perjalanan dalam 5 minit sahaja. Turun sahaja, kami decide jalan kaki masuk balik ke dalam taman. Lama juga menghabiskan masa menikmati kehijauan alam.
Dalam perjalanan ke George town untuk makan tengahhari sebelum meneruskan agenda berikutnya tiba-tiba ternampak signage straits quay dan-dan tu jugak aku masukkan dalam itinerary. Terserempak dengan Tesco maka singgah lunch dan solat zohor dan terus sahaja ke straits quay yang cuma 5 minit dari situ. Straits quay ni merupakan pembangunan bercampur yang melibatkan shopping mall, hotel, service apartment, marina bay dan macam2 lagilah. Architecturally it is interesting to study the connection in between circulation of usable spaces and also the detailing. Heee... sebagai orang yang berada dalam industri pembinaan, this is part of things yang akan aku observe kalau aku travel.
Sekitar Straits Quay
Seterusnya kami ke George Town herritage sites. We parked our car near Lebuh Victoria and then we just walked around. We wander around little india dan kemudian mencari Penang Peranakan Mansion. With RM10 entrance fee, this mansion is well preserved inclusive of all the furnitures, ceramic collections, utensils, accesorries as well as the outfits. If no visitors, its kinda creepy dengan  deretan gambar-gambar potrait dahulu kala dan ada yang berskala 1:1 saiz manusia. Suasana bilik tidur juga agak menyeramkan dengan pakaian pengantin yang dibentang di atas katil sebagai pameran. Hush, meremang jugak bulu roma aku sekarang ni...
Jalan2 George town herritage site
Dah tau seram lagi mau ambik gambar macam ni kan.. haha sengal

Selesai rumah peranakan kami ke St Georges church dan Goddess of Mercy Temples. Tak masuk pun, cuma ambil gambar dari luar. Kami solat Asar di Masjid Kapitan Keling dan seterusnya niat di hati nak ke Khoo Kongsi tapi malangnya sudah lewat petang waktu lawatan sudah tamat. Kami berjalan menyusuri Lebuh Cannon, lalu di depan Masjid Melayu Lebuh Acheh terus ke Lebuh Acheh dan kami ke Chew Jetty dengan harapan nak tengok sunset. Tapi cuaca agak mendung maka hasrat terpaksa dipendam saja. 
Little India
 Masjid Kapitan Keling
 Walaupun takde sunset, tapi ada pelangi petang di Chew Jetty

Kemudian memandu ke Victoria Clock Tower dan parking berhampiran Fort Cornwallis dan berjalan kaki sepanjang Jalan Tun Syed Sheh Barakah ~ Lebuh Light untuk kembali ke kereta, kiranya membuat satu pusingan besar sambil melihat-lihat Town Hall, City Hall dan Penang State Art Gallery semuanya secara touch & go sementela'ah semua pun dah tutup dan hari semakin lewat. Malam itu kami dinnerz di sebuah chinese Muslim restauran aku tak pasti kat mana yang pasti makanan dia sedap hingga menjilat jari :D. Arigato Ain san!!


Semestinya pulang awal hari itu kerana esok adalah hari terakhir aku di Penang dan mau tak mau kena juga bangun awal untuk ke Bukit Bendera kalau tak hai hai bye bye tunggulah lain kali aku turun Penang baru boleh ke sana.

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum