KL ~ Siem Reap an Overland : Damnoen Saduak (Part 4)

Salam semua

Sambungan daripada Part 3
Hari ke-4 selepas subuh kami sudah pun berada dalam MRT menuju ke stesyen Lumphini seterusnya tukar ke BTS stesyen Sala Daeng dan turun di stesyen Victory Monument. Acara hari ini adalah ke Damnoen Saduak Floating Market dan ke Mae Khlong Market. Daripada research yang aku buat dan hasil questionaire sana sini, aku boleh conclude ada 2 cara (excluding naik teksi) samada naik bas 996 (route Bangkok ~ Mae Khlong ~ Amphawa ~  Damnoen) dari Southern Bus Station (Sai Dai Mai orang Thai panggil) tambang lebih kurang TB90 ~ TB100 dan mengambil masa 2~ 3 jam atau naik minibus (van) dari Victory Monument BTS Station dengan tambang TB90 dan mengambil masa 1 1/2 ~ 2 jam perjalanan. Dan lama juga aku buat research nak combine kedua-dua destinasi untuk hari ini kerana keretapi terakhir dari Mae Khlong market adalah pada pukul 3.30 petang dan perjalanan keretapi untuk ke/dari Mae Khlong ni agak complicated sikit, nanti aku cerita lebih detail pasal ni. Google punya google macam tak ada orang pernah combine trip ni tapi akhirnya aku terjumpa satu post berbahasa cina di cari.com oleh Joe Eu menceritakan trip dia ke kedua-dua tempat ni dalam sehari. Boleh tengok blog dia kat sini tapi bahasa cina lah yek, boleh cuba guna google chrome kemudian translate ke english. Walaupun translation tu tak berapa nak accurate, tapi bolehla juga faham apa benda yang dia cerita. Haa.. korang dah try tak translate blog sendiri? sungguh aku gelak guling-guling membacanya. hahaha... Ok, back to story. Aku email dia dan surprisingly dia reply and the info given was beyond my expectation. Belek-belek jelah page dia tu walau pun tak faham tapi penuh gambar mana tau ada destinasi yang korang tengah research boleh la tanya.

Mula-mula masa aku buat itinerary, aku plan nak ke Amphawa floating market yang tidak di commerciallized macam Damnoen Saduak tapi Amphawa dibuka pada hujung mingu (Friday to Sunday, 12 ~ 8pm). Dikatakan pasar ni belum diwar-warkan lagi dalam lonely planet jadi tidak ramai western tourist yang tau malah ada yang mengatakan tiada western yang tahu (aku rasa mustahil kot takde yang tahu) suasana adalah lebih original dan authentic, kalau anda ada masa nak ke sana dicadangkan bermalam di sana lagipun kan pasar dia petang ke malam. Ada banyak homestay dan boleh rasa suasana kampung. Tapi malangnya macammana aku pusing itinerary tu, tetap tak dapat berhujung minggu di Bangkok makanya terpaksalah ke Damnoen Saduak. Damnoen saduak ni polular sebab pernah dijadikan tempat penggambaran filem James Bond, sila jangan tanya yang mana, aku tak tengok sangat cerita tu hokeh. Mengambil kira tambang yang lebih kurang dan waktu perjalanan yang lebih pendek, aku berkeputusan menaiki minibus sahaja. Kami sampai di BTS Victory Monument lebih kurang jam 8 pagi dan sempat la rasa bersesak bersama warga bangkok nak pergi kerja. Dari stesyen minibus ini juga boleh ke Amphawa (TB70) dan Mae Khlong (TB80)
The Victory Monument
 Pintu masuk stesyen minibus, kat celah2 pulak tu mamang susah nak nampak at first sight. Atas tu Victory Monument BTS station

Turun di bawah stesyen, aku tercari2 kemudian bertanya dengan orang2 di situ, mereka tak faham sangat apa yang aku tanya, aku sebut "damnoen saduak, damnoen saduak" banyak kali baru lah dorang "oo.. damnern saduak, there! there!" Penat juga bertanya sebab ayam dengan itik bercakap, hasilnya kami membuat satu pusingan yang sangat besar sebelum menjumpai stesyen minibus yang betul. Ada banyak stesyen minibus di sekitar Victory Monument tu dan memang agak mengelirukan. Stesyen ke Damnoen Saduak ni terletak betul-betul di bawah stesyen BTS, kalau dah turun tapi macam takde stesyen pon? tengoklah diseberang jalan, mesti ada. Jam 8.30 kami jumpa stesyen tu dan kami mendapatkan tiket di kaunter. Aku tanya pukul berapa van nak gerak, dia boleh pula cakap pukul 10.30 pagi, terjerit aku kejap, then aku minta driver tu boleh tak gerak seawal yang mungkin dan siapa sangka dia terus angkat punggung, panggil semua penumpang masuk van, tunggu dalam 10 minit dan jalan. :)
Antara pemandangan di perjalanan
Pintu gerbang Damnoen Saduak.. tengok lampu jalan tu, comel kan
1 1/2 jam kemudian kami diturunkan disalah satu stesyen boat yang banyak terdapat sepanjang jalan. Berdasarkan pemerhatian aku sepanjang jalan terutamanya semakin menghampiri damnoen, kami dapati banyak floating market yang lain yang pada pandangan aku pasti tidak terlalu beroreantasikan pelancong macam Damnoen. Kami masing-masing ke tandas, keluar je aku tengok semua omputih yang satu van dengan kami tadi dah takde, 'alamak, baru nak pakat naik satu bot reramai mesti lagi murah' nampak gayanya bakal di'ketuk' tanpa belas ehsan. Seperti yang dijangka, TB400 seorang dikenakan padahal dari info questionaire aku sepatutnya cuma TB150~200 per person, paling busuk pun TB300 lah (ada tour agent yang mengenakan cuma TB490 dari bangkok dan termasuk ke Kwai Bridge!) aku cuba juga negotiate, tapi tak berhasil. Benci!! Dahtu takkan nak balik pulak kan dah sampai sini, nak tak nak naik lah juga untuk 1 jam boat ride (sekurang-kurangnya kami cuma 3 orang satu boat berbanding orang lain yang bersesak beramai-ramai dalam satu boat [tapi dorang dapat murah!:( ] - ayat sedapkan hati sendirilah kan). Yang aku lebih hangin aku nak turun kat main market tu tapi boat driver bagi macam-macam alasan tak boleh parkinglah, bot berenjin tak dibenarkan berhentilah, tak boleh turun lah, tapi boleh pulak dia turunkan kami di sebuah kedai souvenir walaupun kami refuse. Hati sudah panas, dahla hari memang panas! Lepas tu dia pusing kedai souvenir ntah berapa kali agaknya, memang langsung hilang mood. Aku datang situ tujuan utama adalah gambar, gambar, gambar dan gambar, bukan souvenir. Tapi dalam pada tu sempat juga si Ezu beli T-shirt. Aku? aku beli pisang goreng kat sorang nenek yang garang gila muka penuh bedak sejuk, hahaha.. terus hilang mood marah tadi bila kena sergah dengan nenek tu. Seplastik cuma TB20 jek, kira brunch kami hari itu.
 masih mampu tersenyum walaupun hati panas.. pakcik bot yang sungguh dibencikan itu! haha

1jam kemudian kamudian kami kembali ke tempat kami naik tadi, kemudian timbul lah persoalan, macam mana nak ke tempat seterusnya? Sebab melalui pembacaan dan pertanyaan aku sepatutnya boat ride akan berakhir di pasar utama bukannya kembali ke tempat naik bot. Jadinya kalau dari pasar utama Damnoen Saduak tu aku taulah macam mana nak balik ke pekan, tapi kalau dari sini?? naik teksikah yang berduyun menanti kat depan tu? hish tak mungkin kot aku merelakan kena pancung pulak dengan pemandu teksi dahla baru lepas kena ketuk.  

Jadi tunggulah sambungannya bila aku menulis lagi yek.. :)

5 comments:

    Memang enjoy travel melalui jalan darat ni.... macam-macam experiance yang dapat kita timba sepanyang perjalanan tu kan...

     

    cantik gambar ;)

     

    andak, mmg seronok ada je benda tak dijangka n require quick desicion.
    niza, thanks.. ur pictures pon apa kurangnya,love ur entry about myanmar:-)

     

    great! saya pu akan ke sini bulan depan

     

    Hi Lavendar, wahh sudah semakin sakan jalan solo yek.. love ur vietnam journey, cantik kan vietnam... If possible sy tak rekemen p damnoen saduak ni, better pergi amphawa, then kalau teringin gak nak ke damnoen saduak, boleh todur amphawa satu mlm then esok pagi2 buta selepas subuh ke damnoen dari amphawa cuma 1/2 jam rasanya then baru worth it sebab pagi2 tourist tak ramai lagi..

     

Blogger Templates by Blog Forum