KL ~ Siem Reap an Overland : Hat Yai (Part 2)
Sunday, March 11, 2012 by Fiza_Pja
Jom sambung cerita part 1 ni
Hari berikutnya 6 Feb 2012 kami keluar agak awal memandangkan sudah berjanji dengan tauke kedai sourvenir untuk datang jam 8pagi, tetapi hampeh betul tak buka pun lagi! Makanya, terus mencari sarapan pagi, bersarapan roti canai dengan harga cuma TB5 (tapi portion memang kecil la). Kami balik ke bilik membuang segala kumbahan, mengemas beg dah bersiap untuk check out. Kami tinggalkan beg di guest house dan berjalan kaki ke kedai ‘Honda’ berhampiran Kim Yong Market untuk menaiki minivan ke Samila Beach. Tambang seorang TB30 untuk seperjalanan tak kiralah turun di mana, jauh atau dekat.
45minit kemudian kami sampai di Samila Beach. Pemandu minivan tu siap
bagi kami satu nota untuk ditunjukkan kepada pemandu tuk tuk bila kami nak
balik nanti kerana perlu menaiki tuk tuk untuk ke stesyen minivan yang terletak
agak jauh dari pantai tersebut. Basically takde apa² sangat di pantai ni tetapi
ada satu patung mermaid yang mempopularkan pantai ni. Pantai ni memang cantik
dan bersih tapi yang peliknya tiada orang mandi manda. Merbahaya, mungkin.
Hari berikutnya 6 Feb 2012 kami keluar agak awal memandangkan sudah berjanji dengan tauke kedai sourvenir untuk datang jam 8pagi, tetapi hampeh betul tak buka pun lagi! Makanya, terus mencari sarapan pagi, bersarapan roti canai dengan harga cuma TB5 (tapi portion memang kecil la). Kami balik ke bilik membuang segala kumbahan, mengemas beg dah bersiap untuk check out. Kami tinggalkan beg di guest house dan berjalan kaki ke kedai ‘Honda’ berhampiran Kim Yong Market untuk menaiki minivan ke Samila Beach. Tambang seorang TB30 untuk seperjalanan tak kiralah turun di mana, jauh atau dekat.
Roti canai pengalas perut di pagi hari
Tambang minivan sebanyak TB30 seorang
The famous mermaid of Samila Beach
Kami berjalan² sekitar pantai tersebut kemudian
makan tengahhari di sana. Banyak kedai makan halal sepanjang pantai dan memang
nikmat makan masakan thai di tiup angin pantai yang sepoi² bahasa sampai licin
pinggan 3 orang manusia ni makan. Selesai makan, kami segera mendapatkan pakcik
tuk tuk lantas menunjukkan nota pakcik minivan tadi. TB20 seorang untuk
perjalanan 5 minit di tengah panas terik memang dirasakan berbaloi. Perjalanan
balik agak lama kerana pemandu van yang memandu maha slow kalau boleh nak
disumbat van tu sepenuh-penuhnya. Nasib baik dia on TV bukak DVD concert artis
Thailand la kan, walau tak faham, aku layankan aje. Oh, sebiji bakul kecil akan
di pass untuk kutipan tambang. Jadi hanya kau dengan tuhan je yang tahu
kejujuran diri, duit baki pun kira dan ambil sendiri.
A small basket will be passed around for fare collection
Kami turun berhampiran Honda tempat kami naik
pagi tadi untuk ke masjid yang terletak di kawasan berhampiran. Terima kasih
pada uncle peramah yang duduk sebelah kami yang sempat memberikan sedikit tips
kalau bershopping di Bangkok. “Excuse me sir, do you speak English?” “Yeah! I
do speak English, a lot!” lepas tu tak berhenti bercakap pulak uncle tu..
hehehe… Selesai urusan di masjid, kami kembali menuju ke walking street untuk
last minutes souvenirs. Akhirnya, kami hanya melepak makan ABC moden di food
court Robinson untuk menghabiskan masa. Sebab apa aku panggil ABC moden? Dia
ada banyak pilihan topping seperti strawberry, blueberry, raspberry, chocolate
chips, cookies, macam² segala bagai lagilah. Manisannya juga boleh pilih samada
susu, honey atau coklat cair. Kami
memilih 2 topping untuk TB30 seorang. Lama juga kami melepak di Robinson tu
menahan diri dari shopping segala, nak shopping bagai tapi ini cuma hari kedua perjalanan
yang masih panjang memang memerlukan iman yang teguh!
Entrance of Louise Guest House
Cukup waktu, kami kembali ke guest house
mengambil beg yang ditinggalkan pagi tadi maka bergeraklah kami ke stesyen
keretapi dan seperti dijangka keretapi lambat hampir sejam. Kali ini kami memilih
untuk menaiki special express DRC (diesel rail car) untuk ke Bangkok kerana jadual
yang lebih menepati itinerary (ETD 4.23 pm, ETA 5.55am) manakala train lain ETA
adalah antara jam 9.00am ke 10.30am dengan ETD yang 2-3 jam lebih awal dari
DRC. Mengambil kira keretapi memang selalu delay maka jangkaan waktu ketibaan
5.55pagi dengan allowance 2~3 hours delay is the best option. Harganya juga
lebih murah (TB675) dibandingkan dengan 2nd class sleeper train
(TB945).
Beg kami ada yang dah "beranak"..
Sepatutnya keretapi dah sampai, tapi masih belum muncul lagi
Tiada katil untuk keretapi jenis ini maka terpaksalah tidur duduk. Tetapi (ada tetapi lah pulak kan)
keretapi DRC ni special sikit sebab ada peramugari, dinner, supper dan selimut
di sediakan. Makanannya ada logo halal dari jabatan agama islam Thailand, jadi
boleh makan tanpa was-was.
View dalam train DRC
Standard mesti ada kipas siling
Dinner on the train
Maka bergeraklah kami meninggalkan Hatyai petang itu menuju Bangkok, sampai jumpa lagi Hatyai!