KL~ Siem Reap an overland : Hatyai (Part 1)
Wednesday, February 29, 2012 by Fiza_Pja
Assalamualaikum
Syukur Alhamdulillah aku berpeluang lagi menjejaki
bumi tuhan yang maha luas ini. Kali ini kami membuat overland dari Kuala Lumpur
~ Hat Yai ~ Bangkok ~ Siam Reap selama 8 hari. Rancangan untuk membuat trip ini
sebenarnya datang apabila salah seorang daripada kami memberi cadangan untuk ke
Hat Yai atau Bangkok menaiki keretapi pada musim cuti panjang memandangkan
harga tiket kapalterbang sudah pasti mencanak-canak naik lebih² lagi di musim
perayaan dan harga tiket keretapi tak mungkin berubah-ubah. Makanya timbul idea
untuk lajak ke Siem Reap apabila aku dapati ramai yang sudah berbuat demikian
melalui carian Google. Rancangan asal untuk membuat perjalanan terbalik dari
Siem Reap turun ke Kuala Lumpur terpaksa dirombak memandangkan tiket flight dari
KL ke Siem Reap lebih mahal berbanding Siem Reap ke KL. Basic plan was:
KL~ Hat Yai (overnight sleeper train)
1 night @ Hat Yai
Hat Yai ~ Bangkok (overnight special diesel express
train)
2 nights @ Bangkok
Bangkok ~ Aranyaprathet (3rd class
train)
Aranyaprathet ~ Poi Pet ~ Siem Reap (tuk tuk /
taxi)
3 nights @ Siem Reap
Siem Reap ~ KL (Flight)
Kami sampai awal di KL Sentral pada Sabtu
petang, train jam 9.30 malam, jam 6 petang kami dah terpacak di sana. Punyalah
excited! Keretapi punctual hari tu, kami mengambil coach katil RM60/person untuk katil
bawah bagi lebih keselesaan (katil atas RM54 tetapi agak sempit dan perlu
panjat memanjat). Kami sampai di Padang Besar keesokkan harinya lebih kurang
jam 9.30 pagi. Selesai urusan kastam, kami diberitahu train dari Bangkok akan
lewat lebih kurang 3 jam, makanya melepaklah kami di satu-satunya kedai makan
yang ada di stesyen keretapi tu. Lebih kurang jam 12 (waktu Malaysia) train
sampai maka officially we were oversea just a few minutes later :D. Lebih
kurang sejam kemudian kami selamat sampai di bumi Hat Yai lebih kurang jam 12pm
waktu tempatan (Bangkok time +7GMT). As expected, we were ‘greeted’ by a few
tuk-tuk drivers, terpaksalah mengharungi segala dan tak sampai 10 minit
berjalan (masih ada tuk-tuk driver yang gigih mengekori) kami nampak Louise
Guesthouse dan apa lagi terus saja walk in. Terima kasih pada Fatt yang pernah review pasal guest house ni masa
dia buat trip overland yang sama tahun lepas so aku yakin untuk tidur di situ
walaupun reviewnya macam ala² creepy gitu :P. Korang bacalah seluruh blog dia
ek nak cari review tu.. tee heee.. membaca amalam mulia! :P Kami ambil bilik
ber aircond untuk 3 orang TB700 semalam. Lepas tu menyesal sebab aircond sejuk
gila, nak adjust tak boleh, nak off pon tak boleh sebab aircond jenis zaman
purba, remote control pon takde.. nak Tanya receptionist masa tu dah tengah
malam uncle tu takde kat kaunter, nak panjat tak sampai la pulak.. nanges
sambil tidur! haha… @_@
Morning in the train
Hello Hat Yai!
Selesai membersihkan diri, solat dan berehat
sebentar kami keluar semula. Today’s destination is Khlong Hae floating market,
open from Friday to Sunday, 3pm to 9pm. Tapi sebelum tu wajiblah mengisi perut
dulu. Jalan tak sampai 10minit, terjumpa kedai halal Maliam Restaurant. Belasah
jelah, dah lapar! Lepas makan kami berjalan² sekitar bandar dan tiba² di
sapa oleh pemandu tuk tuk menawarkan TB500 untuk return trip to floating
market. Bincang tepi sekejap, kami setuju dengan harga TB400. Lebih kurang
20minit perjalanan kami sampai awal di floating market tersebut. Sebenarnya ia
lebih kepada pasar malam yang bersampan dan banyak juga gerai atas tanah yang
berkonsepkan bazaar. Pelbagai jenis barangan dan makanan yang comel² belaka
yang membuatkan kita akan rasa rambang mata macam nak beli semua barang. Kami
sedaya upaya (sedaya upaya eh?)untuk meneliti setiap kedai yang ada, sempat la membeli sedikit kudapan
dan souvenirs (penat aku jaga bendalah tu sepanjang perjalanan tau memandangkan
ini hanya hari pertama perjalanan untuk 8hari).
Khlong Hae Floating Market
Some exotic foods, good source of protein!
Cute sourvenirs
Umat manusia memang ramai, ramai juga Malaysian
Lebih kurang sejam lebih di
sana, kami kembali ke tuk tuk yang setia menanti dan kami minta dia turunkan di
night market. Rupa²nya ada 2 night market, satu di Green way (weekend only) dan
1 lagi Asean Trade Market (tidak dapat dipastikan hanya hujung minggu atau
setiap hari atau hari² tertentu sahaja). Kami ingatkan
itulah Green way night market tapi sebenarnya asean trade market. Tapi takpe
lah, kitorang tak tau pun berada di pasar malam yang salah, belasah jek jalan².
Ada orang grab travel iron 2 biji TB500 (survey² kat bandar Hat Yai harganya
sebiji TB400), ada orang rembat travel hair dryer for only TB170! Heee…
berbaloi² memborong barangan elektrik kat sini. Kitorang cari² juga travel
cooker tapi tak terjumpa. Aku pun tetiba ada jugak tambahan plastic bag kat
tangan :D Masa mencari arah untuk balik barulah kitorang perasan ‘lohh.. salah
night market lah!’ nasib baik dua² pasar malam tu agak dekat, jadi on the way
kami singgah di Green Way weekend night market. Tidaklah semeriah mana yang
tadi lebih menarik mungkin sebab kitorang awal + dah puas shopping kat pasar
sebelumnya, konsepnya seperti damansara new town night market. Tak meriah² pun
ada juga orang sambar sehelai baju.. heeee… murah kot shirt TB60.
Kemudian kami berjalan kaki pulang ke hotel,
jauh la jugak lebih kurang 1 ½ jam berjalan kaki rasa macam nak tercabut tapak
kaki. Sampai ke hotel, sempat berguling² kemudian bersiap untuk explore suasana
malam di Hat Yai. Kami menuju ke Hameed restaurant, rancangan asal adalah
mencuba saja mana² kedai makan halal yang dijumpai di tepi jalan. Yup, kami tak
kisah sangat makan tepi jalan, kalau kat KL sanggup makan tepi longkang, apa
ada hal takat makan tepi jalan. Namun setiap gerai yang ditemui semuanya penuh
dan orang ramai beratur panjang, terpaksalah juga masuk ke Hameed restaurant
itupun menuggu lama juga untuk meja dibersihkan. Mungkin malam minggu menyebabkan
kedai makan penuh sesak dan aku dapati mostly yang makan adalah orang Malaysia.
Selesai makan kami hanya berjalan² melihat² deretan kedai² souvenirs. Kemudian
kami mencuba apa lagi kalau ke Thailand jika bukan foot massage, untuk 1jam
hanya TB200 seorang sebagai aktiviti penutup hari itu.
Nasi lemak Hat Yai.. a very long Q
reward diri sendiri yang gigih berjalan seharian :)
Next entry bagi aku sambung cerita pasal Penang dulu yek :P