Suka Duka 2012

Assalamualaikum..

2 hari lagi 2012 akan melabuhkan tirai, dah terlaksana ke segala azam dan impian korang tahun ni? Untuk aku 2012 membawa segala macam turun naik dalam hidup aku. Menjelang hujung tahun 2011 aku start rancang 2 major travel plan untuk 2012 - satu di awal tahun dan satu di hujung tahun. Alhamdulillah keduanya terlaksana walaupun ada banyak cubaan disebaliknya.

Aku memulakan tahun baru 2012 dengan kerja baru, suasana baru. Dari kerja berpanas berhujan kat construction site ke dalam office yang ber aircond nyaman sepanjang hari tapi hakikatnya aku lebih prefer kerja di site. Walaupun tak dapat menandingi rekod 2010 apply cuti 6 hari dalam masa 2 minggu baru bekerja, tapi kali ini boleh tahan juga dalam sebulan setengah bekerja, aku dah apply 3 hari cuti :P. Hasilnya 8 hari overland Hatyai~Bangkok~Siem Reap. Mac aku hanya duduk diam-diam kat office ganti balik cuti yang aku ambik Feb tu. April aku ke Medan (tak habis tulis pun lagi entry ni!), kali ni ke Lake Toba dan Berastagi. April juga aku berpeluang ke Mossy Forest, Cameron Highland dan mencuba pengalaman baru caving di Gua Batu Maloi.
 Mae Khlong Market, Bangkok. Feb 2012
Bayon Temple, Siem Reap. Feb 2012
Lake Toba, Medan. April 2012
Mossy forest, Cameron Highland
Gua Batu Maloi

5 May 2012, aku di Terengganu merancang untuk ke Pulau Kapas. Pagi-pagi aku menerima SMS adik kata ayah masuk hospital. Segera aku berkejar pulang ke kampung. 7 May 2012, hari yang tak akan aku lupakan seumur hidup aku. Aku sendirian menatap ayah pergi, pergi yang tak kembali. Idola hidup aku sudah tiada lagi. Manusia yang sentiasa aku banggakan telah pergi selamanya. Semoga ayah tenang di sana, Al-fatihah. Jadual jalan-jalan aku sepi sehingga selepas raya - raya pertama kami sekeluarga tanpa ayah.
Ayah akan sentiasa dalam ingatan, Al fatihah

Tahun ini juga hanya sekali kami masuk pulau, itu pun hanya over the weekend dan tak berapa nak syok sebab ku sangkakan panas sampai ke petang tapi ribut petir di tengah hari jadi tak boleh nak berjimba-jimba di tengah laut. September aku berjaya meredah debu segala untuk menyaksikan keindahan Ijen dan Bromo setelah trip ke Bromo tahun 2011 tidak seperti diharapkan.
Kawah Ijen, Sept 2012
Bromo, Probolingo, Sept 2012 (photo credit to Fatt)

Sepanjang September hingga November aku terkena tempias penstrukturan semula office, ramai yang kehilangan mata pencarian, syukur rezeki aku masih di sini tapi kehilangan rakan sekerja dengan cara sebegitu bukanlah sesuatu yang menyenangkan. Bebanan kerja bertambah, tanggungjawap membesar. Pun begitu life must go on. Jalan-jalan tetap jalan. Terbaru dan terakhir untuk travel 2012 bulan lepas aku menghabiskan saki baki cuti tahunan yang ada - aku pertama kali ke bumi kangaroo, Australia. Merata jugalah kami merayap sepanjang perjalanan 12 hari seramai 8 orang - rombongan paling ramai yang aku pernah sertai sepanjang berkecimpung dengan jalan-jalan ni. Banyak emosi yang terlibat, aku anggap itu sebagai pengalaman & lesson learned.
Mount William, the grampians, VIC. Nov 2012

Sepanjang bulan December ni disebabkan cuti yang dah neutral aku dengan sabar tapi excited menanti tahun baru muncul untuk isian semula cuti. Macam tahun-tahun sudah, 2 major plan untuk awal tahun dan akhir tahun sudah ada. Destinasi? tunggu lah bila dah balik dan entry keluar yek. Apa pun yang berlaku perjuangan hidup akan tetap di teruskan. InsyaAllah dengan izinNya aku takkan kering dengan jadual jalan-jalan. Semoga tahun 2013 membawa lebih makna dan lebih rezeki buat kami sekeluarga. Dan aku ucapkan selamat tahun baru kepada korang semua, terima kasih baca blog tak seberapa ni. All the best for all of us. Jya!

Sunrise Collection

Assalamualaikum

Sementara aku boring membelek-belek gambar OZ untuk draft entry baru, maka akan mengorek gambar lama mengimbau kenangan lalu, aku perasan banyak juga koleksi sunrise dan sunset yang aku ada. Personally aku memang suka capture sunrise & sunset. Both has a different kind of attraction and beauty. Its not that easy to capture a sunrise (especially) when you have to wakes up early and in some destination you got to get up really really early to allow some hiking, trekking what so ever to get the best view. And not necessarily eh! awat tetiba aku beromputih ni, ok tukar mode balik. Tak semestinya setiap kali outing mengejar sunrise akan berhasil kadang-kadang hari hujan lah, mendung lah, kabus tebal sangat lah tapi bila dah lepas that 'golden' moment boleh pula hari cerah terang benderang lagikan bersuluh. Ada juga masa aku bangun-bangun je dah terang benderang hampeh punya alarm tak cukup kuat ke buat aku bangun. So here we go, aku kongsikan antara koleksi matahari terbit yang aku ada. Ada masa nanti aku kongsi koleksi matahari terbenam pula ye.
Above picture is silhouette of Aini, my companion to Tabur hill for almost every week before she got married (can't believe we did that). This 2 pictures were captured back then in 2007 when I was still using SLR film camera.

This 2 also captured at Tabur hill, but at different level & angle. Right photo- I manage to capture a silhouette of an ant 
This was taken at Melaka. The only rice field in Melaka. I was amazed by the size of the sun. MasyaaAllah! 
This is 1 of my fav. Redang Island 2008
Not 2012, but 2011. Taken at Bromo while it was heavily shooting ashes.
and this was captured 2 month ago also at Bromo while she is in good condition
Ini juga adalah tahun lepas, 2011 semasa cuti krismas di Bukit Bendera, Penang
Ini semasa perjalanan ke Hatyai awal tahun ini
Ini semasa perjalanan ke Bangkok juga awal tahun ini
Another beautiful sunrise moment, Angkor Wat 2012

Trip DownUnder ~ Melbourne (Part 1)

Assalamulaikum..

Jom start cerita pasal trip down under to Australia. Tiket flight sudah dibeli seawal February yang lepas semasa promosi Air Asia. Kami menaiki flight malam pada hari Jumaat, masing-masing masih bekerja hari itu dan masing-masing cuba mencari alasan pulang awal sedikit dari biasa untuk mengelakkan jem petang Jumaat. Perjalanan ke Airport saja sudah mendebarkan dengan hujan yang maha lebat, traffik tidak begitu menyebelahi terutama di Dengkil menuju ke LCCT. Alhamdulillah kesemua 8 orang sempat sampai dan berlepaslah kami ke tanah kangaroo.
Hujan agak lebat malam tu, nasib baik tak delay

Keras bon**t weh 8 jam dalam tu. Nak tidur pun bukan boleh tidur sangat dengan posisi duduk tu. Keluar dari perut kapal terbang aku dah terbayang pesanan-pesanan dari ramai orang yang mengatakan pihak kastam australia yang sangat ketat. Sekiranya membawa makanan dan ubatan silalah declare bagi mengelakkan tertangkap dan barangan tersebut akan dibuang depan mata. Immigration di lepasi tanpa masalah. Selepas itu memang bersepah-sepah pegawai yang secara rawak mendapatkan sesiapa yang sampai dan bertanya soalan-soalan seperti nak ke mana, berapa lama di sini, travel macam mana dan banyak lagilah. Lepas yang itu tibalah ke kaunter kastam. Berdebar-debar jugalah takut segala yang di bawa di campak masuk tong sampah. Sebagai salah satu langkah berjimat sah-sah kami membawa bekalan makanan termasuklah beras, pre-pack instant Brahims, maggie, tuna, sardin dan sebagainya. Yup memang ala-ala berani mati jugalah kan bawa masuk segala macam barang untuk melepasi kastam yang dikatakan antara paling cerewet dalam dunia. Semuanya sudah lengkap kami senaraikan. Memang awal-awal kami thick kat declaration card untuk item membawa barang makanan dan ubatan

Pegawai : "OK, let me see your bag. You want to declare things right. So you have foods & meds"
Kami : "YESSS!!!" Lantas menyerahkan senarai yang hendak di declare
Pegawai : "Owh! you got a list!" (muka terkejut) "Let me see..."
Dia menuding ke tulisan Brahims dan minta barang itu di keluarkan, kemudian merujuk kepada rakan sekerjanya. Mereka membelek-belek dan bincang tepi dan kemudian "That's fine!" Pegawai tadi kembali kepada kami
Pegawai : "Does everyone got the same thing?"
Kami : "YESSS!!!"
Pegawai : Let me see another bag randomly, just 1 bag"
Seorang dari kami menyerahkan paket yang sama
Pegawai : "Ok then, you can go"
Kami : "Thank You!" dalam hati melonjak gembira, dia hanya tengok paket lauk. Beras, tuna, sardin segala lepas! Alhamdulillah, jimat sikit duit makan

Korang boleh check jenis makanan yang boleh/tak boleh dibawa masuk ke Australia kat sini.
Contoh food list yang aku buat

Semasa mendarat pilot mengumumkan cuaca baik dengan suhu 11°c. Dalam airport masih tak terasa, keluar saja dari bangunan sudah terasa kesejukan angin menyucuk kulit. Kami segera mencari booth merah sky bus. Tiket sehala berharga $16 tapi kami dapat group ticket dengan harga $120= $15 /person. Yeay!! thats what good about travelling in a group, you'll get discount! Walau pun cuma $1 it is still a saving. Disebabkan kami ramai dan barisan sudah agak panjang 'pengurus' penumpang meminta kami naik bas seterusnya jadi kami terus bersahaja melepak di bahagian hadapan barisan kerana we will be the first on the next bus. Sempat juga bergambar-gambar penjaga kaunter siap tutup kaunter sekejap tolong kami ambil group photo. What a very friendly 1st immpression! Sudahlah tadi bagi kami diskaun kan.
Us upon arriving. In front of the skybus kiosk

Sampai bas seterusnya kami naik tanpa berlengah. Nampaknya ada makcik yang tak puas hati sebab dia menyangka kami potong barisan. Membebel pasal beg pulak bagpack & small luggage letak kat 2nd layer, yg bawah sekali untuk luggage besar, rasa macam nak campak beg 10kg tu kat dia, tak cukup besar ke bagpack 65l aku ni nak letak kat bawah? Ahh.. blah la kau mat salleh, ada mat salleh lain letak beg laptop kat bawah tu kau takde pula nak marah? Racist gila! Sukati kau lah, kami buat muka toya + muka menyampah.

Bas berhenti di Southern Cross Station. Ada perkhidmatan shuttle bus percuma bagi yang menginap di kawasan yang jauh dari stesyen tersebut. Aku dah booking di All Nation Backpackers yang cuma 2 streets away maka kami hanya perlu jalan kaki. Kesemua hostel sepanjang berada di sana telah aku booking siap-siap takut risiko takde katil sebab kami ramai. Disebabkan masih awal dan belum lagi waktu check in kami tumpang tinggalkan beg di hostel dan tanpa berlengah menuju destinasi pertama- Queen Victoria Market.
Nanti aku sambung cerita jalan-jalan kami sekitar Melbourne yek. Jya!

Wisata ke Jawa Timur [Part 5] : Semarang

Assalamualaikum..

Sebelum aku start berjela-jela cerita pasal Australia dan melupakannya, lebih baik aku habis kan dulu Surabaya ~ Semarang part 4 yang lepas.

Hari terakhir 18 September 2012, flight kami jam 5.10 petang jadi kami ada masa untuk meronda-ronda sekitar Semarang. Pagi itu kami berkesempatan berguling-guling bangun lebih lewat berbanding 3 hari yang lepas harus bangun jam 3 pagi. Lebih kurang 8.30pagi kami turun untuk bersarapan. Rasa macam jenjalan orang kaya lak, tidur hotel ada bintang berserta sarapan pagi. Kami lepak sampai tamat tempoh bersarapan di jam 10. Melantak sesedap rasa, buruk lantak betul dua orang ni, heee. Kami bersiap untuk check out, tumpang simpan barang di reception dan bertanya arah serba sedikit. Berpandukan peta yang di beri kami berjalan kaki menuju ke Pasar Johar (kalau aku tak silap la). Since plan nak ke Gedung Songo dibatalkan (kompleks yang mengandungi 9 pura yang memerlukan kudrat kaki dan kena bangun pagi juga nak naik sana) kami memang tiada tujuan pun haritu, hanya ikut gerak kaki. Kami memasuki bangunan yang ada banyak kedai-kedai yang konsepnya lebih kurang pasar payang di Kuala Terengganu, tingkat bawah untuk barang-barang basah seperti sayuran, ikan, ayam dan tingkat atas pula grosir dan barang-barang keperluan lain.
Bahagian bawah untuk masuk ke bangunan utama
Suasana di dalam gedung.. agak sempit dan panas la jugak

Terlalu banyak 'cabang' atau 'wing' yang boleh di masuki, kami masuk je ikut sedap hati. Aku mencari travel cooker dan Fatt mencari travel kettle. Akhirnya kami terjumpa juga 'wing listrik (barangan elektrik)'. Kedai-kedai dalam tu semuanya old school. Suasananya menyebabkan kami terasa macam berada di sekitar tahun 70-an. Aku beli jugalah travel cooker IDR120.000, tawar-tawar tak boleh kurang, ahh boleh la daripada beli kat KL RM150!
Kedai lestrik
Travel cooker yang aku beli.. boleh pegang sebelah tangan je

Lepas tu kami ke Pejabat Pos pula, kena berjalan melalui kedai buah-buahan dan sayuran dan menyeberangi sungai. Selesai Fatt mengepos poskad kami cuma merayau-rayau tanpa tujuan di kawasan kota lama dan kemudian mengambil teksi ke Lawang Sewu (bermaksud seribu pintu) - dahulunya stesyen keretapi yang di bina Belanda. Semasa penjajahan Jepun, bahagian bawahnya di jadikan penjara dan dikatakan bangunan ini berhantu! Tiada apa di sini, hanya ruang-ruang kosong dan memang sungguh banyak pintu mungkin kalau betul-betul kira ada kot 1000?? kami tidak turun ke basement kerana bayaran tambahan dikenakan lagi pun melihat laluan masuk ke bawah sahaja macam agak mengerikan dengan keadaan yang gelap gelita dan lembap.
Aku pun tak pasti pasar apa ni.. erk, pasar ke??
Sekitar kota lama, graffiti pun ada!
 
Sekitar Lawang Sewu
Tidak lama di sana kami bergerak ke Jalan Pandanaran yang terkenal dengan 'jajanan' ole-ole untuk dibawa pulang. Macam-macam makanan Indonesia yang boleh diperolehi antaranya lumpia, bakpia, wingko babat dan sebagainya. Kami hanya melihat-lihat saja, tiada yang menarik minat. Sedang merayau-rayau terjumpa pula dengan billboard ni...
Vouge gitu nak pergi haji weh!
Quest hotel

Eh, banyak sangat dah gambar aku tepek.. Oklah, lepas jumpa billboard hajah dan haji vouge tu, kami terus tahan teksi balik hotel. Masa untuk pulang. Semestinya pengalaman naik bas dengan harga IDR65.000 selama 8 jam dengan makan percuma adalah sesuatu yang baru dan kami sangat kagum dengan servis itu. Oklah, lepas ni boleh start cerita meleret-leret pasal OZ. Jya!

Australia Trip ~ Ringkasan Perjalanan

Assalamualaikum..

Maaf sebulan tak update apa-apa. Office sedang membuat penstrukturan semula semenjak 2 bulan lepas dan ramai yang terkena bahangnya termasuklah aku. Bagi yang tidak bernasib baik lebih teruk lagi diminta melepaskan jawatan. Sekarang kerja sangat bertimbun-timbun tapi dalam pada kerja banyak, plan jalan tetap jalan!

Hampir setahun juga aku merancang perjalanan ini. Tiket di beli seawal Febuari yang lepas. Itinerary asal masuk ikut Sydney dan pulang ke KL melalui Melbourne, tetapi terpaksa diterbalikkan lantaran tiket KL-Sydney dan Melbourne - KL lebih mahal hampir sekali ganda berbanding sebaliknya. Dan perjalanan sehala juga menjadi faktor harga tiket lebih mahal berbanding perjalan 2 hala pergi balik dari tempat yang sama. Tiket flight berjumlah lebih kurang RM1300. Terlalu banyak itinerary yang di rombak sampai aku rasa dah macam nak buat design presentation tak tau berapa kali aku revised. Ahli rombongan seramai 8 orang aku tak tau macam mana tiba-tiba menjadi seramai itu padahal pelan asal cuma 4 orang makanya jadilah rombongan cik kiah! heeeee

Perjalanan bermula pada 9 Nov 2012 flight malam dan pulang pada 21 Nov 2012 flight pagi. Jadi merasalah menjadi nomad selama 12 hari berpindah randah dari satu tempat ke satu tempat memikul "beruang koala" di belakang dan "anak koala" di depan. haha.. Ada yang beruangnya sudah beranak seawal hari pertama!

Ringkasan perjalanannya :
Day 1 - Melbourne City
Day 2 - Belgrave & Phillip Island
Day 3 - Phillip Island & Mornington Peninsula
Day 4 - Great Ocean Road
Day 5 - The Grampians, Halls Gap
Day 6 - Adelaide
Day 7 - Adelaide & Canberra
Day 8 - Canberra~ Snowy Mountain
Day 9 - Canberra & Sydney
Day 10 ~ 12 - Sydney

Dari Melbourne ke Adelaide kami menyewa kereta selama 5 hari, flight dari Adelaide ke Canberra, menyewa kereta lagi di Canberra ke Snowy mountain dan menaiki bas dari Canberra ke Sydney. Aku share lah sedikit gambar-gambar sepanjang perjalanan, selebihnya akan di upload bila dah start cerita berjela-jela nanti yek.
Rombongan Cik Kiah di Melbourne
The puffing Billy, Belgrave. Kami tak naik pun
Cat Bay, Phillip Island
Mornington, Mornington Peninsula
Lorne, Great Ocean Road
Mount William, The Grampian Halls Gap
Kangaroos at Mount Sturgeon, the Grampians National Park
A kangaroo at MacKenzie Falls
Somewhere nowhere in Horsham
Morning in Adelaide- It's spring in Australia
An evening in Canberra
Kemain bergulingan jumpa salji, padahal takde salji turun pun. Thredbo, Snowy Mountain
Wild flower
Three Sisters Blue Mountain. It was raining :(
A visit to Sydney will not complete without this iconic icon- Sydney Opera House

Eh, banyak pulak gambar yang aku up. Tunggulah je bila aku rajin aku start la taip entry Aussie ni yek. Semarang pun tak habis tulis lagi heh. 

Jya!

Blogger Templates by Blog Forum