Pulau Sibu May 2011

Salam Semua..

Kepada semua umat islam tak kira dimana jua anda berada diucapkan selamat berpuasa di bulan ramadhan yang mulia ini. Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada yang sudah-sudah.

Lama dah tak cerita pasal jalan2 aku ek, sbb dah lama tak jalan, dah 2 kali batal trip untuk jun dan july *_* sedih! Ok, back to the story. End of May our project manager cum our boss decided to take us on short break from site, so we went to pulau sibu, Mersing. Ramai orang bila aku cerita pulau sibu terus jek cakap 'sibu, sarawak??' pulau sibu di mersing, OK! :) Actually since end of last year PM dah berzikir kat aku suruh arrange site trip. Mula2 we decided to go for white water rafting at Taman Negara Endau Rompin quotation dan tarikh dah dapat, tp musim hujan la pulak sampai ke March masih lagi hujan dan pihak Taman Negara menasihatkan kami supaya trip dibatalkan. After that ahli2 rombongan pulak berzikir kat telinga aku nak pergi pulau dorang syok tengok gambar-gambar aku masuk pulau sana sini, so kira punya kira pulau yang agak dekat dengan segamat yg kat tengah hutan ni adalah kepulauan di Mersing. Sekali perjalanan makan masa 4 jam ++ itu pon drive setengah mati kelajuan average 140km/j dengan jalan yang berlubang-lubang dan ular kena palu pon lagi tegak dari jalan tu masing2 sibuk tanya bila nak sampai hampir muntah hijau, hambek ko nak sangat ke pulau kan? hahaha...
Ahli rombongan yang excited

Anyway, rombongan adalah selama 3hari 2 malam untuk 13 orang. Kami bertolak jam 7pagi dari Segamat, masuk h/way di Yong Peng Selatan, keluar h/way di exit Ayer Hitam, melalui Kluang~Kahang~Mersing~Jeti Tg Leman, mengambil masa lebih kurang 4jam. Sampai di jeti Tg Leman lebih kurang jam 11pg, bot telah sedia menunggu. Kami menginap di Junanza Villa dan untuk budget yang sedang-sedang memang sesuai menginap di sini tambahan pula kedudukannya yang agak terpencil jauh dari kebisingan dan lebih privacy. Ketibaan kami terus sahaja dihidangkan makanan tengah hari, takde kot gambar makanan sebab lapar dowh! Makanan memang terbaik la di Junanza Villa ni sepanjang 3hari kami di sini, setiap orang mesti tambah nasi dan lauk habis licin kuah pun takde. Seafood sangat2 fresh masih boleh rasa kemanisan udang/ sotong/ ketam/ ikan yang dihidangkan.

Selepas lunch, kami bersiap2 untuk bersnorkeling ke Pulau Tinggi. Hujan tiba2 turun mencurah2 tapi alhamdulillah akhirnya berhenti maka dapatlah kami meneruskan aktiviti terjun laut yang hampir2 dibatalkan. Perjalanan ke Pulau Tinggi cuma mengambil masa 15 minit dan kami diturunkan di tengah2 laut di kawasan taman laut johor. Corals di sini cantik2 belaka tetapi since hujan sebelum itu so air laut sedikit keruh but anyway who cares, we just enjoy it :) Puas berendam, kami minum petang di Pulau Tinggi dan kemudian berjalan2 sekitar kampung di situ. Malam itu selepas dinner kami berkaraoke pulak melalak melayan lagu zaman bila apa2 tah yg ada kat chalet tu, asal boleh.

 Yay!! Hujan dah berhenti, boleh angkat kain di jemuran..
nak angkat mendenya, dah basah kena hujan!


Mereka 1st time bersnorkeling bagai, memang sungguh excited

Yang ni lagi la excited, beria lompat bagai

Hari ke-2 kami dibawa berjalan2 sekitar kampung di pulau sibu yang indah dan permai itu dan ke pantai berhadapan Twin Beach Resort yang merupakan proposal asa aku untuk menginap tapi ditolak bulat2 oleh PM yang mulanya suruh aku cari yang paling mahal sekali tapi bila aku hulur quotation terus jek "mahalnya! cari lain!" keluar dari mulut dia. Hampeh punya PM, kata nak cari paling mahal! Sampai disitu baru la terhegeh-hegeh nak kata '"sini lagi best ek ada macam-macam aktiviti" "dah en yang reject proposal saya!" "hehehe..." sengih kambing tak mampu nak jawap balik. Anyway, kami menghabiskan masa berendam tepi pantai sampai lebam. Puas berendam, kami pulang ke chalet dan lunch.

 Comel tak mereka? ahaks :P


Petang itu waktu yang ditunggu-tunggu PM kami, mencandat sotong! Nasib la dia dapat rasmi naikkan 1st sotong. Overall, aku berjaya naikkan 8 ekor! hehehe.. terrer tak? :) 4 jam di lambung ombak, kami pulang ke chalet ketika sunset. Tak sabar nak makan hasil tangkapan! Malam tu masing-masing flat terus balik bilik tidur pon sodap! Tapi ada juga makhluk-makhluk yang layankan karoks lagi.

 Sabar menunggu hasil tangkapan

 Me with my catch
  
Esok pagi selepas sarapan pagi, bot sedia menanti untuk kami pulang, huhu sedihnya nak kena balik dah. Perjalanan hari itu sangatlah panjang kerana menyinggah pula ke Batu Pahat makan nasi beriyani. Huih, kalau aku tau, mau aku drive kereta sendiri dan balik rumah terus hehe.. anyway, it was a great memory for all of us warga kerja projek PULAPOL zon selatan. Thanks En Naza, silalah sponsor lagi eh, saya ok je jadi tourist agent ni :))

 Group Photo

 From left; me, dilla & sue

Masa untuk pulang

1 comments:

    oooo..Mcm best jek pulau sibu nie..ader bc paper mcm byk activiti bley buat sini..kan?

     

Blogger Templates by Blog Forum