Tak Puasa?

Sungguh aku tak faham melihatkan ada manusia yang tanpa segan silu, tanpa rasa bersalah, tanpa rasa berdosa selamba badak duduk makan2 kat kantin lengkap pakej sarapan, minum pagi, lunch sampaila minum petang. Aku tau kita ni kerja kat construction site, tapi korang tu bukan kerja membanting tulang empat kerat tengah2 panas macam pekerja2 indon ngan bangla2 yang lain. Obviously you are the back hoe/ crane or excavater driver dan pak guard, bukan penat mana pun sama je mcm bawak kereta kot cuma takde air cond. Kalau pun ye tak puasa agak2 la makan tu toksah nak tayang bangga sangat ko menebeng kat kantin tu. Tu semua bapak2 budak yang menebeng muka tembok dengan rokoknya lagi

Aku juga sungguh tak faham macam mana orang2 perempuan tanpa segan silu waktu lunch pergi beratur beli KFC/ Mc D bagai bulan2 puasa ni. Siap yg ada makan situ lagi. Ye, memang tuhan bagi kita orang perempuan tak puasa bila sampai 'waktu tu' tapi mana perginya perasaan malu seorang perempuan eh? Sekurang2nya, hormatlah orang lain yang berpuasa dan tak malu ke dengan tuhan? Alhamdulillah parents aku didik kitorang untuk tak makan sesedap rasa depan orang puasa walau pun 'waktu tu'. Kami adik beradik memang takkan makan sampailah waktu berbuka. Sungguh aku terkena kejutan budaya masa 1st time puasa di asrama kawan2 yang tak berpuasa makan macam bukan bulan puasa.

Dan aku pun tak faham kenapa mesti lunch macam biasa kalau tak puasa, especially kalau office melayu mesti waktu lunch akan ada bau makanan dari belakang tak pun kat surau. Most of my career (cecewah career weh) aku kerja dgn cina dan ada 2-3 office yang aku sorang je melayu tapi diorang mesti hormat aku bila time bulan puasa. Tak pernah tapau makanan dalam office sepanjang ramadhan, even nak minum pun dorang tak minum depan aku, kalau kebetulan aku ada kat tempat dia dan dia nak minum siap cakap 'sorry arr, i minum'. Tapi kalau office melayu, confirm time lunch mesti bau nasi. Siap kalau yang lelaki tak puasa boleh kirim lagi. Dah bersubahat pula dengan orang ponteng puasa. Dan kenapa kebanyakkan lelaki tak puasa eh?

Sedih melihat rukun islam ketiga itu dipandang sebelah mata oleh ramai orang. Padahal setahun sebulan je itu pun cuma siang hari, ada sebelas bulan ko nak mentekedarah sampai muntah. Mungkin inilah yang dikatakan umat akhir zaman. Sama2 lah kita saling mengingatkan dan moga ramadhan kali ini membawa lebih keberkatan untuk kita semua dan moga dapat kita bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang, InsyaAllah.

1 comments:

    On August 19, 2011 at 6:33 PM Anonymous said...

    makhluk 38 yg mmg x malu mmg wujud.. sini lagi syok, siap pg makan kat kedai makan cina lagi...

    aiii... kalau name tu ah seng a/l manusamy xpe la.. mmg x pose.. ni tak, obviously ckp melayu.. slang lagi.. kulit muke diorg ni tebal sgt.. xpon 'malu' xde dlm kamus idop diorg!!??

    hmm.. other races pon tau show some respect for fasting people...

    oo.. yg syok lagi bile bg alasan gastrik!!! gastrik kepala lutut kau!!! mati ke x makan 14-15hours???

    mmg manusia akhir zaman betol!!!

    -ain2209-

     

Blogger Templates by Blog Forum