Ramadhan 1432H

Salam semua.

Alhamdulillah Ramadhan dah masuk hari ke 25, rasa macam cepat sangat masa berlalu. Orang kata makin nak dekat kiamat, makin cepat waktu dirasakan. Selalunya datang ramadhan aku mesti tanam cita² nak khatam alQuran, terawikh sebanyak yang boleh, sedekah yang mampu dan nak kurus. Eh? Ini pon ada dalam list? Mesti. Walaupun jeans yang aku pakai dah boleh masuk kedua² tangan sekali dengan kaki dan ada bnyk ruang lagi tapi kaki masih lagi saiz batang kelapa, camne tu? Masih lagi belum dapat nak khatam al-Quran dalam sebulan, moga aku panjang umur untuk capai cita² tu.

Puasa kali ini aku memang sangat simple (macam la yang dedulu meriah bagai). Kalau dulu rasa macam excited sangat nak cari/ buat baju raya tapi thn ni kain ela aku berlambak² tak terhantar tailor. Mana tak berlambak pg jalan² asek beli kain bukan takat selai dua lama² aku boleh jadi tauke kain. Kain dari Vietnam tahun 2008 pon masih ada yang tak bersentuh. Hiks.. OK fine, 3 tahun akan datang aku takyah beli kain dah buat baju raya. Apa merapek pasal kain nih?? Dalam tak excited pon aku dah terbeli (terbeli ek?) 3 pasang gak, haha.. pastu simpan kumpul habuk dalam almari bila nak pergi kenduri bising² takde baju kurung bagai. Apakah? Kuih satu apa pon aku tak beli harap kuih tunjuk mak aku je, cuma minggu lepas tetiba teringat kek gula hangus mak wawi yang moist tu lalu ter-order 2 biji.

Tahun ni paling banyak bangun sahur tak macam tahun sudah mananya aku bangun sahur kecuali di rumah mak. Paling tidak pon aku bangun teguk air kosong. Buka puasa tahun ni di Segamat lagi makanya tiadalah acara masak² kerana ketiadaan peti sejuk dan kepayahan mencari bahan mentah segar dari ladang di pekan kecil ini. Kalau tiada sponsor buka puasa makanya membeli di bazaar Ramadhan yang semakin cekik darah dengan rasa yang ntahapaapantah mungkin nak cepat naik haji. Membawa RM5 ke bazaar Ramadhan sungguh memang tak cukup wei. Air sahaja dah RM1.50, nasi lagila mana nak dapat RM3.50 walaupun kat ceruk Segamat ni. Aku sebenarnya lagi suka kalau dapat masak² untuk berbuka walau pun cuma sekadar telur dadar + sardin. Dapatlah sekali masak² jemput kawan² datang berbuka di Puchong 13 Ramadhan lepas. Sempat order homemade kuew tiaw goreng dari kawan, thanks kawan sedap sangat. Seronok jumpa Adam, geram jumpa dradra asekla melekat kat mama dia. Nanti raya jemput datang rumah auntie apish tau baru dapat duit raya, heee…

Hujung minggu lepas mak dah siap masak ketupat. Lepas ni tunggu ketupat orang pulak melimpah ruah atas meja sampai raya, sampai aku dah tak mau tengok ketupat dah sampai tahun depan. Tradisi orang jawa (ke Johor? ke jawa Johor? Ntah) ketupat, rendang, kari, sambal gorang segala dimasak sebelum raya dan diberikan kepada saudara mara, jiran tetangga sampai lah ke pagi raya masih ada yang menghantar ketupat.

Dikesempatan ini aku nak mengucapkan kepada semua rakan dan taulan Selamat Hari raya Aidilfitri. Aku minta maaf atas segala yang aku kutuk² yang sengaja mahupun tak sengaja, mengumpat², terambil, makan minum, kalau korang terasa hati dengan aku, aku mintak ampun mintak maaf banyak² ye. Siapa yang balik kampung tu drive carefully kereta banyak takyah la bawak laju².

Assalamualaikum dan salam lebaran semua!

0 comments:

Blogger Templates by Blog Forum