Mari sambung cerita cuti² Sabah aku ke Kota Kinabalu pula. Sebelum ke Airport kami ke bandar Tawau lebih kurang 30minit drpd airport. Kami sewa teksi dari Semporna~ bandar Tawau~airport; RM120/ 4 org= RM30 seorang. Mcm yg aku cerita dlm part 1 haritu, souvenir seperti mutiara dan kristal di Tawau sebenarnya lebih murah berbanding di KK tp pilihannya kurang sikitlah. Kami tiba di KK tengahhari dan terus check in di Promenade Apartment. Apartment ni jadi pilihan sbb dia mmg berkonsepkan apartment siap dgn dapur anda boleh main masak² bagai kat sini. Location wise juga sgt dekat dgn pasar filifina, pasar basah, shopping malls dan bnyk bas + teksi yg lalu lalang di sini senang nak bergerak ke mana² tanpa perlu menyewa kereta. Room rate utk studio apartment (kami sumbat 4 org dgn tambahan tilam ±RM150/ night, so 4mlm seorang jatuh RM150 lah.
Utk makan juga sgt mudah kerana shopping malls berhampiran pasti ada bnyk fast food dan kedai² mkn juga bnyk di tingkat bawah apartment ini. Sekiranya anda nak masak sendiri sbb tak lalu nak telan makan tempatan di sini pasar juga hanya 10minit berjalan kaki dari sini. Oh, setiap hari ada pasar malam yg juga bnyk gerai² menjual seafood segar yg dibakar.
Kalau mcm hidangan kami ni cuma RM30++ sahaja termasuk nasi dan minuman ye. Ya! mg sgt murah! Tp kalau anda mcm tak lalu nak mkn kat pasar mlm bolehla mkn kat restoren² berhampiran tp jgn pulak aspect harga dia sama mcm pasar mlm ni.
2nd day we went to Kundasang, melawat Kinabalu Park dan kemudian ke Poring hot spring dan seterusnya ke Ranau melihat ikan sungai dan Sabah Tea Plantation. Perjalanan ke Kundasang dlm ±70-80km mengambil masa lebih kurang 2jam kerana jalan yg berbukit bukau. Bg yg senang mabuk, diingatkan utk mengambil ubat menahan mabuk supaya perjalanan takde la pulak jadi 3jam++ karang anda lagi melepek tu tak masuk nak balik karang. Kami menyewa kembara manual RM80 sehari disebabkan org lain semua pemandu kereta auto jadi sy adalah miss driver untuk hari itu.
Kami terus ke Poring hot spring, tiket masuk ke park tersebut RM3 di dalam anda boleh mandi air panas atau celup² kaki pon boleh. Juga ke canopy walkway RM3 tp kalau nak ambil² gambar (HP & digicam) RM15 dikenakan. Chehh apa jadah aku bukan pakai kamera ko. Hahaha aku seludup je ambil gambar kat atas tu lalalala… Anda perlu berjalan mandaki tangga lebih kurang 500m untuk sampai ke walkway tersebut, tp bukan la mendaki sampai mcm naik bukit tabur ye. Kemudian kami merehat²kan kaki dgn mencelur didalam air panas. Amaran ia mmg panas! Kemudian kami ke Sg Moroli, Ranau membuat terapi kaki lagi dgn ikan lampam (aku tatau ejaan dia) yg besar² tp manja. Nah tgk gambar kalau tak caya. Boleh tangkap guna tangan je tp aku sebenarnya mcm takut+geli+excited tgk ikan² ni. Oh nak masuk kena bayar RM4/ person dan makanan ikan RM1/ packet. Kemudian kami ke Sabah Tea sebelah je dgn sg ni tp kedai dah tutup so cuma ambil² gambar jela kat sini.
Perjalanan pulang ke KK kami singgah ke Kundasang membeli sayuran utk dinner sambil² itu dapatlah melihat kegahan gunung kinabalu yg belum lagi dapat kami tawan. Mlm di KK, sempat memasak utk dinner lauk ikan masin, sambal sotong dan sayur goreng sedap weh lapar² mkn ramai².
3rd day kami ke Tunku Abdul Rahman Park untuk sesi merentungkan kulit pula. Bgn pagi² menggoreng nasi bagai sebagai bekalan hari itu. Teksi ke jeti cuma RM10 dlm 5 minit dari apartment. Setelah berbincang, kami berkeputusan nak terjun di 3 pulau~ Sapi, Manukan dan Mamutik. Kos sekepala RM60++ (termasuk bot, yuran masuk pulau, guide dan snorkel mask). Kalau di Mabul ikan² di sana adalah ikan laut dalam yg tak heran pun kalau aku campak roti walaupun roti krim, tp di KK ikan² sini sungguh jakun dgn roti tgk jela ikan ni kerumun abg guide ni. Kitorang lagila jakun tgk ikan² warna warni ni wahh sungguh aku teruja! Sehari suntuk di kepulauan, aku mmg sudah naik lebam.
4th day merancang aktiviti santai ke pasar filifina dan ke One Borneo yg katanya best la sgt tu. Naik saja bus transit free tp takde la gah mana pun mall tu. After lunch kitorang decided balik ke KK, pusing lagi sekitar² area pasar filifina tu. Malam kami ronda² lagi kawasan situ ada pasar mlm setiap hari. Tip: Barangan aksesori di pasar mlm ini juga lebih murah drpd pasar filifina lebih² lagi kalau anda terrer gila mengayat boleh dapat smpai separuh harga. 5th day memandangkan hari untuk pulang jadi membuat last minutes shopping! Shopping mmg menyeronokkan kan kawan²? Heee..
Ok, mari aku listkan budget untuk cuti² 9hari 10mlm aku nih (tidak termasuk budget utk shopping ye)
Tawau~Semporna~Mabul
Air ticket KL~Tawau~KK~KL - RM 103.50 *note: this is from Air Asia free seats promo
Teksi Tawau~Semporna/3 - RM 17.00 *note: blh naik bas kalau sampai di antara 7pg-5ptg RM10 sehala
Dragon Inn/person X 2nite - RM 66.00 *note: blh bermlm di billabong RM15/nite
Mabul (Billabong 3D2N) - RM 240.00
Kapalai, snorkel mask, etc - RM 40.00 *note: this is negotiated price, u really should!
Teksi Semporna~Tawau~Airport/ 4 - RM 30.00 *note: this is also negotiated price or alternatively, naik bas!
TOTAL - RM 496.50
KK~Kundasang~Ranau~Tunku Abd Rahman Park
Promenade apartment (studio suite with additional bed)/4 - RM 150.00
Car rent to Kundasang + petrol / 4 - RM 50.00
Bayaran² masuk di Kundasang+Poring+Ranau - RM 14.00
Sapi~Manukan~Mamutik Island - RM 60.00
TOTAL - RM 274.00
Total budget utk cuti² Sabah saya kali ini adalah RM 770.50 sahaja jadi bolehlah anda² semua buat guide kalau bercadang nak bercuti seperti saya.. tp budget shopping sila kira sendirilah yek. Oh BTW saje nak bgtau kat sini, thn depan kami akan ke Sandakan pula. Return flight ticket cuma RM65, mari merentungkan kulit!