Wisata ke Jawa Timur [Part 4] : Bromo ~ Semarang

Assalamualaikum..

Sambungan dari berpagian di Bromo. Selepas turun dari kawah Bromo, kami kembali ke hotel. Selesai mandi, packing segala kami check out, bersarapan dan sampai masa untuk meninggalkan Bromo. Acara hari ini selain Bromo, kami sepatutnya ke air terjun Madakaripura dan kembali ke Surabaya mencari tiket bas/ keretapi ke Semarang. Tahun lepas waktu tidak mengizinkan kerana waktu itu musim hujan dan merbahaya ditakuti ada kepala air. Tapi dek kerana penat dari semalam asyik acara trekking dan untuk ke Madakaripura perlu trekking juga 2 jam pergi balik maka kami batalkan saja. Cukup sekadar tengok dari jauh, dari tepi jalan saja.
Ini adalah rumah yang sama, gambar atas di ambil tahun lepas.
Antara pemandangan sepanjang perjalanan turun
Lori yang sarat dengan muatan di bawa turun dari Bromo
Madakaripura
Perjalanan ke Surabaya

Tiba di Surabaya lebih kurang jam 1 petang, kami terus ke stesyen bas. Tiada tiket kaunter untuk bas ke Semarang harus terus ke platform. Yang di kaunter semuanya untuk perjalanan malam. Kebetulan ada bas yang akan ke Semarang memang sempat kalau kami nak naik tapi sudah penuh, pemandu memberitahu bas seterusnya jam 4 petang. Kami diberitahu tambang sekitar IDR100.000 dan perjalanan lebih kurang 6 jam. Ada 3 jam lagi maka kami berkeputusan meninjau tiket keretapi pula. Sampai di stesyen Keretapi Gubeng, keretapi seterusnya jam 4.50 petang dengan tambang IDR195.000 tapi perlu naik dari stesyen Pasar Turi. Mengambil kira bajet yang ketat, kami dengan rasa bersalah meminta Dedi menghantar semula ke stesyen bas tapi memandangkan waktu masih panjang kami lunch dulu. Kali ni kami pastikan si Dedi ni makan apa yang kami makan. Rupanya semalam dia tak makan ayam tu sebab dia membela dan menjual ayam, disebabkan kedai itu menjual 'baby chicken' maka dia tak sampai hati nak makan. Loh, kalau tak makan kenapa bawa kitorang makan situ? tak kisahlah, itu cerita semalam, hari ni sila bawa kami tempat yang kamu bisa makan. Pecel aku makan! Ok, jom pecel!

Tambah tolak waktu makan, jem segala ngam-ngam saja kami sampai bas mahu bertolak, nak ke toilet pun tak sempat. Azab juga la Fatt menahan tunggu bas berhenti rehat. Tambang sebenar hanya IDR 65.000 dan perjalanan akan memakan masa 8 jam! Wallah!! Kami dapat lihat sunset di perjalanan. Teringat pula aku bersunrise dalam train ke Bangkok awal tahun haritu. Selepas beberapa kali Fatt tanya pakcik co-driver bila nak berhenti akhirnya jam 7 malam sampai ke perhentian. Kami bergegas ke tandas. Keluar tandas, berborak-borak dengan pakcik bas tadi, tiba-tiba dia suruh kami masuk makan. "udah, pergi makan! tunjukkan aja tiketnya" kami masih terpinga-pinga tapi mengikut saja arahannya. Sambil beratur Fatt bertanya kepada penumpang lain, gratis?? iya! sampai giliran, ditanya lagi kepada tuan punya kedai, gratis?? Iya, mau lauk apa? memang kami tak percaya. Tambang IDR65.000 dapat makan percuma. Nasi campur hokeh, boleh pilih 2 lauk, nak nasi gunung pun boleh. Air teh O. Tak sia-sia kami pilih naik bas berbanding keretapi yang 3X harga bas.
Sunset dalam bas
Inilah rupa basnya dan tiket bas
Nasi separuh

Kami sampai di Semarang lebih kurang jam 12 tengah malam dan pakcik bas tadi sungguh baik hati menemankan kami mencari teksi. Kami minta di hantar ke Quest Hotel. Pemandu teksi seperti mahu mengambil kesempatan menawarkan untuk menghantar ke airport esok dengan charge IDR80.000 kami tolak. Pihak hotel hanya mengenakan IDR40.000 ke airport. It was a long day for us. Sangat melegakan dapat check in dan mandi manda kemudian guling-guling sambil tengok TV.
Lega akhirnya dapat jumpa katil

Nanti-nanti aku sambung ye acara berpeleseran di Semarang ye. Jya!

Coming Soon...


Months of saving
12 days
8 pit stop
5 modes of transportation
4 regions
More than 2000 km of overland
This will be my 1st time travelling outside Asia
Wish me luck! :)

Wisata ke Jawa Timur [Part 3] : Berpagian di Bromo

Assalamualaikum...

Arghhh!!! Aku tensi si Fatt ni sangat pantas menghapdet blog, tekanan! tekanan!  x__x

Anyway, sambungan Part 2. Selepas membersihkan diri di kaki Paltuding, kami meneruskan perjalanan ke Probolinggo seterusnya naik ke Bromo. Aku baru perasan aku terbawa kunci bilik dalam poket yang sepatutnya dipulangkan pagi tadi semasa check out, haishh!! sejak bila pulak aku jadi pelupa? sejak sampai semarang kot..eh! Ijen lah. Tengok, aku kat mana pun boleh lupa. Dedi cadangkan untuk ditinggalkan di post pengawal dan seseorang dari Catimor Homestay akan datang ambil atau dikirim kepada sesiapa yang akan ke sana. Fuhh.. lega, kalau tak rasanya terpaksa menempuh jalan malam tadi sekali lagi untuk 2 hala. *keras b**tut*
 Antara pemandangan sepanjang perjalanan

Kami sempat singgah di Indo Maret memborong berus gigi oral-B, lulur segala (murah kot Oral B cuma RM3++) kemudian singgah kedai buah, si dedi membeli buah tangan untuk keluarga kawannya di Bromo kerana dia akan tumpang tidur di sana malam itu dan Fatt membeli buah salak yang katanya tiada di Malaysia. Kemudian kami berhenti makan siang di Probolinggo dan kami paksa si Dedi duduk makan sama-sama. Boleh pulak dia malan nasi lauk tempe + sayur semata. Vegetarian ke dia ni?

Memasuki kawasan Bromo, suasana sangat berbeza dibandingkan dengan tahun lepas. Kalau dulu suasana kelabu asap menyelubungi Bromo, kali ini hijau di mana-mana. Tahun lepas aku lepak di Nadia, sangat la ke bawah (sebab masa pergi tu baru seminggu Bromo mengeluarkan asap) jadi semua hotel di atas tutup jadi terpaksa menginap di bawah. Kali ini kami menginap di Bromo Permai 1 dan kedudukannya hanya 5 minit ke viewing point mengadap Bromo. Petang itu kami plan nak tengok sunset tapi hampa keadaan agak berjerebu dengan berarak awan kelabu. Harapnya esok pagi cuaca cerah dan dapatlah kitorang tengok sunrise nan indah.

Acara esok pagi akan bermula 30 minit jam 4. Kami sangka 4.30, rupanya 3.30. Nasib baik ringan mulut bertanya. Pukul 3 pagi aku dah bangun, sekali lagi kami mandi bujang lapok je (tapi gosok gigi tau) sebab suhu lagi sejuk dari Ijen semalam. Lama juga kami menunggu jeep yang dijanjikan lebih kurang sejam baru kami di kutip sebab pemandu jeep tersalah kutip orang dari bilik 210 sedangkan bilik kami 310, hmmm.. kitorang memang dah start bising-bising memandangkan manusia yang ramai-ramai tadi tinggal 4-5 orang, nasib baik tak terlepas sunrise. Kali ini kami melihat sunrise di Panajakan 1 berbanding tahun lepas di Panajakan 2 kerana panajakan 1 di tutup kerana terlalu hampir dengan Bromo. Jika tahun lepas kena naik tangga yang hampir tiada dan kemudian mendaki untuk ke view point, di Panajakan 1 jalan lenggang kangkung je patutlah pagi tadi ada manusia bertumit tinggi bagai. Ketika sampai keadaan sudah agak cerah dan memang sangat ramai homo sapien memenuhi segenap ruang viewing platform jadi aku dan Fatt memutuskan untuk turun ke bawah viewing deck tersebut untuk mendapat pemandangan yang lebih jelas. Pertama kali nampak Bromo macam tak percaya apa yang terpampang depan mata. Tuhan itu maha pencipta. SubhanAllah! Masih ingat rupa Bromo tahun lepas?

Ini rupa Bromo waktu aku ke sana February 2011
Bromo September 2012
 Matahari mula memunculkan diri
 Itu aku.. Selalunya aku mesti tepek gambar ahli rombongan kan?? kali ni gambar aku jek sensorang, fatt seorang yang low profile! *gambar oleh Fatt* 

Lama juga kami bergambaran di atas tu, sampai kena panggil dengan mat salleh poyo yang konon-kononnya dia pantas sangat. Pigi daaa.. ingat ko mat salleh aku heran? Pak supir kata tak lambat mana pun, lebih dari sempat nak naik kawah Bromo tu, nak masak gulai kawah pun sempat. Hokeh, kami menaiki jeep menuruni Penajakan menuju ke lautan pasir. Memang agak pelik ada kawasan tandus seperti padang pasir yang mengelilingi kawanan gunung-gunung tersebut. Kawanan eh? belasah la.. Dalam 15minit gedebak gedebuk dilambung lambung dalam jeep maka sampailah ke kawasan parking jeep dan masa untuk menapak! Adehh.. Nampak MACAM dekat, tapi MACAM je la.. jauh kot. Dekat sejam juga menapak mengharungi tanah berpasir sambil mendaki, harus tabah hati menolak godaan kuda ku lari gagah berani! Dan yeah, kami berjaya mengerah kederat sampai ke kawah walaupun kami cuma dapat meluangkan masa lebih kurang 10minit kat atas tu sebab malas nanti ada orang bising-bising kami lambat lagi.
Merentasi lautan pasir
Jeep parking
Jauh lagi nak menapak nun atas kawah sana
Tempat parking jeep pun dah tak nampak dari sini
Macam padang pasir walaupun aku tak pernah sampai padang pasir
                            Gunung berapi sanggup ku daki!                              Itu kami...
Inilah dia kawah Bromo *gambar oleh Fatt* idok lah saye nak duduk-duduk di tepian kawah tu!
Di tepian tebing kawah Bromo
Ok, jom turun sekarang. Untuk aku yang gayat ni acara turun sentiasa menjadi cabaran terutama turun tangga yang tak serupa tangga, serupa cerun Broga!

Tak lama kat atas tu kami bergegas (bergegas la sangat kan) turun. Perjalanan seterusnya macam biasa tunggu lah bila aku rajin nak sambung... Jya!

Wisata ke Jawa Timur [Part 2] : Kawah Ijen

Assalamulaikum..

Jom sambung entry Part 1. Lepas cubaan mengejut Fatt tak berhasil aku sambung balik tidur. Jam 3 pagi alarm sekali lagi berbunyi, aku biarkan snooze sekali dua baru bangun. Alahai sejuknya nak mandi, makanya mandi bujang lapok jela, nasib baik aku dah mandi bersungguh sebelum tidur 5 jam yang lepas. heee... Siap 'mandi' aku kejut Fatt, dia pun sama 'mandi' macam aku gak. Jam 4 pagi pintu bilik di ketuk untuk wake up call. Apa daa, patutnya wake up call biarlah 1/2 jam awal boleh pulak kata nak gerak jam 4, kejut pukul 4 jugak. Nasib baik kitorang ni idak le nak menepek bedak seinci. Sarapan yang dihidang ala kadar, sebiji telur dan roti yang disapu margerin dan ditabur choc rice. Kami sampai di kaki ijen lebih kurang jam 5 pagi. Waktu itu keadaan sudah mula samar-samar jadi kegigihan membeli lampu suluh semalam sebenarnya tak di[erlukan langsung. Kami mula melalui jalan mendaki yang keadaannya sangat berdebu dan licin. Jadi kalau nak datang sini, sila pakai kasut yang sesuai lagi berbunga tapaknya lagi bagus. 2-3 kali aku terduduk semasa turun nasib baik tak berguling turun sampai bawah. Perjalanan mendaki sejauh 3km sepatutnya mengambil masa 1-1 1/2 jam tapi kami mengambil masa sedikit lama kerana tak biasa bersenam dalam cuaca sejuk dengan udara yang nipis (alasan je padahal dah 2 bulan kot aku tak pergi trekking, hehe).
Inilah rupa paras jalan yang wajib di daki

Semakin tinggi pendakian pemandangan semakin cantik. Dan matahari juga mula memunculkan diri, keadaan semakin terang jadi sudah terang lagikan bersuluh. Ramai juga yang memintas kami, ahh pedulikan semua itu, yang penting sampai. Bila dah kepenatan semestinya perut mula minta di isi, apatah lagi ku sangkakan si Fatt punya beg yang nampak gemuk empat segi dan berat tu mesti bawa kek coklat tapi hampa dia bawa Lonely Planet! Adehh... Dari keadaan sekitar yang berbelukar beransur-ansur kepada suasana hijau semakin ramai pekerja-pekerja yang lalu memintas kami. Mungkin shift pagi atau mungkin sudah trip yang ke berapa semenjak malam tadi, kami tidak tahu. apa yang dapat aku perhatikan, mereka terpaksa membanting segenap tulang empat kerat demi mencari rezeki. Muatan penuh yang di pikul adalah seberat 80-100kg.
Pusat pengumpulan sulfur/ belerang. Ada 1km lagi dari sini untuk ke kawah Ijen. Berusahalah!! hait! hait! Ganbarimasu!!!
Semakin menghampiri
Para pekerja membawa bakul kosong naik ke kawasan kawah dan akan turun sarat dengan muatan
Pertama kali aku nampak kawah ijen depan mata, subhanallah, masyaAllah! Ketika ini matahari baru menampakkan diri
Nampak sahaja kawah Ijen, hati memang sangat excited. Sungguh tuhan itu maha besar. Namun kami terpaksa 'menyeberang' ke sebelah sana untuk melihat kawah ini dengan lebih jelas lagi. Kebetulan hari itu angin sangat kuat jadi untuk menyeberang kawasan yang seperti padang pasir itu agak menakutkan bila-bila masa saja boleh melayang masuk dalam kawah di tolak angin lintang. Kami gagahkan juga menyeberang takkan nak duduk belah sini je penat kot aku naik takkan nak duduk kat situ je. Kami terus ke tempat paling ramai manusia melepak, the spot with the best view. Ada juga Mat salleh yang pejadahnya siap posing guling-guling kat tepi lereng, kalau jatuh alamatnya rentungmati kering mengalahkan ikan masin. 
Perlu menyeberang kawasan angin lintang di sini. Mereka melaluinya dengan muatan 80 - 100kg
Berjaya menyeberangi
Nun di bawah berhampiran dengan kawah tempat mereka mengumpul sulfur. Korang boleh rujuk link yang Fatt bagi dalam blog dia
 Thanks Fatt for this picture. Sukee!!!

Selepas 2 jam lebih kami mula beransur. Berat juga hati nak meninggalkan Ijen, ntah bila boleh ke sini lagi. Perjalanan turun mengambil masa 1 jam, kalau pakai kasut grip confirm lebih cepat. Sesiapa yang nak ke sini dinasihatkan memakai kasut berbunga/bergigi. Lagi bergigi lagi bagus kerana condition tanah yang peroi menyebabkan mudah tergelincir sewaktu turun. Kalau ada yang alah dengan debu/ habuk sila bawa mask sebab memang berdebu terutama semasa angin lintang tiba-tiba. Sampai di bawah, kami membersihkan diri ala kadar dan kemudian meneruskan perjalanan seterusnya ke Bromo. Haish, terpaksa sekali lagi menempuh jalan yang dilalui malam tadi tapi dalam keadaan terang dan menurun perjalanan menjadi lebih cepat.
Latar belakang awan guling
Kami membeli sulfur bentuk kura-kura dari pakcik ini sebagai sourvenir, cuma ada 2 ekor so dapat la sorang satu takyah berebut 2 orang ni
Rear elevation of Fatt
Berehat sebentar
Depan pakcik ni la aku tergolek =.=
Ijen dari kejauhan. Sampai jumpa lagi

Since entry lepas takde gambar, kali ni aku tepek banyak-banyak, tengoklah sampai boring. Lain kali aku sambung pasal Bromo pula. Nantikan pemandangan yang bagaikan lukisan dalam studio. Jya!

Blogger Templates by Blog Forum